Friday, September 18, 2009

Selamat Beraya!


Selamat datang Aidilfitri...

Terkenang raya tahun 70an, bukan setakat bom, meriam pun kami produce sendiri...hebatkan?
Apabila senja diselimut malam, tak tau mana arah dan tempatnya, meriam2 ini berdentum dikanan dan kiri lorong2 kampung memecahkan keheningan mlm tujuh lekor...

Sampaikan pihak berkuasa terpaksa masuk kampung dgn landrover buru dan rampas meriam2 buluh ni, tapi budak-budak kampung yg sememangnya mahir bermain perang-perang (ala gerila) ni cepat je menghilangkan diri mencelah-celah kegelapan. Zaman meriam buluh dah jauh berlalu, hari ini awal dan akhir ramadhan tiada lagi suasana malam yg dapat aku membezakannya.
Selamat jalan Ramadhan, insyaAllah tahun depan kita bertemu lagi...

Kepada kawan-kawan semua Salam Aidilfitri...

Wednesday, September 16, 2009

Seiko DX (RM350)


Ha, ha...Ramai juga peminat seiko yg tak tau kewujudan siri DX ni (tak terkecuali aku sendiri), memang susah jumpa DX ni...

Bertingkat-tingkat, best....






 Perhatikan hujung jarum saat, ada dua tone warna merah dan hijau yg pudar.

Enjin 6106-7480 masih berdesup ligat dan tepat.
Satu hal lagi, jarang kita lihat seiko lama dgn no arabic ni.

Tuesday, September 15, 2009

Seiko Samurai

Samurai, perwira tempur kelas elit zaman jepun kuno, sesiapa yg nak tengok....

....inilah rupa Samurai tu. Hensem kan?

Puas satu KL aku cari, jumpa kat deretan kedai kecil. Sampai rumah tali besi aku cecepat tukar kulit...

Payah nak jumpa dalam pasaran. Tak tau kenapa...

Design nampak padat, kemas dan berkualiti...

Keseluruhan hitam dengan hujung jarum saat warna merah menberikan makna 'kemas tapi tersembunyi garang'...

Itulah sifat terpuji pahlawan yg sentiasa merendah diri,...


....bersopan dan sentiasa menghulurkan tangan dan bukan asyik2 melatah nak hunus pedangnya aje..

Dail ada texture la... Samurai

Tuu dia... dah duk kat tangan...
he, he..nak beli pedangnya pulak...

Selamat berpuasa....

Sunday, September 13, 2009

Diver 4r15

Ni Si Ah Hoo punya pasal le... dia tau kelemahan aku yg alergic dgn jam diver, selesai aku bayar utk jam Orient tetiba dia masuk stor dan buka kotak depan aku berisi besi putih ni, 4r15 seiko diver terbaru...
  


'Benda' ni buat aku tak mampu pikir panjang, terpaksa aku keluar 20helai kertas untuk ditukar dengan seketul besi keramat ni.
  

Ah Hoo kata, ini jam enjin 4r15 boleh jalan 4 hari tanpa makan/minum!
   


Jarum-jarum dail dempak-dempak semua dengan gigi bezel yg besarrr.
Date kat no 4.
    


Nampak semak.. line putih tebal bertindih-tindih. Berbanding dgn Orient di sebelah tu, muka bersih gila...
      


Tebal, rubber strap design baru lebih mencengkam, tapi aku tak suka strap baru ni, ditangan nampak terlalu kembang, mungkin utk disuaikan dgn tangan yg kecik.
  

Waa... kali ni ombak tsunami agak beso
   


44mm...saiz yang padan untuk sebuah jam diver era akhir zaman ni.
Selain enjin 4r15 yg belum aku test-drive tak ada yg lebih istimewa pada design baru ni, tapi cuba tunggu warna apa bakal menyerang pasaran nanti...

Friday, September 11, 2009

JAM PUNYA CERITA


Dengarlah hai tuan- tuan satu kisah hai suami isteri...., Tapi ni kisah jam, semoga kisah-kisah betul ni dapat mencuit-cuit hati..



  
MISTERI JAM SATU JARUM
Masa kecik-kecik dulu aku kerap bermain dlm rumah siAbu ni. Aku terpandang jam dindingnya, masa’allah tuan! jam tu berputar dengan sebatang jarum aje iaitu jarum jam, jarum minit tah lari mana.
Pelik aku rasa tika tu, macamana depa sekeluarga boleh hidup dengan satu jarum. Tapi ajaibnya, Pakcik kat rumah tu selamba je baca waktu dgn tepat...
 

“Sabor le Mah, berbuka kejap lagi, jam ni baru pukul 7.23minit 23.35saat...”

   
JAM LAMA?  
Gua respect kat pencinta jam lusuh ni, lagi berkulat lagi depa suka... apa specialnya jam berkulat ni? hanya depa aje yg sangat2 arifff...respect beb!
   



“Mak oi, taik besi apa ni? crown je yg tinggal?”
“Hah! Ko ni betul2 jahil murakab! Ini le sebetul-betulnya JAM LAMA“
   
JAM SAIZ XXL
Peminat jam saiz ni tentu lengannya besar batang pisang nangka kan?
   












“Man, jam pukul berapa sekarang..(he,he)?”
“ Asyik2 tanya, asyik2 tanya!! Nah tengok le sendiri” 
   
JAM KECIK
Bukan aje pempuan, lelaki pun ada minat jam halus ni...
  





“Baru pukul errr, tujuh... errr lima minit”
  

JAM KUNCI

“Apasal tokey tukar crown besar ini macam??”
“Haiya, lu ciakap mau tukar besat, sinang mau pusing maa”
    
OMEGA
Ada seorang mamat mana bawak jam omega satu beg penuh , cantik2 pulak tu...tangan aku teringin nak pakai maka aku belikan sebiji, rm30 je...







"Ni bukan jam OMEGA! tapi jam JUALAN MEGA!!! Tipuuu...Bak balik duit aku!"

Tuesday, September 8, 2009

Memikul sifat manusia...



Ganas singa kerna lapar, jika perutnya sentiasa kenyang ia mesra dijadikan kawan , malah jinak ditunggangi, begitulah perhatian aku pada dunia manusiawi ni. Diantara sebab kita mampu jadi baik kerana cukup makan-pakainya.
   

Memenuhi keperluan nafsi ini satu tuntutan, juga tekanan yg boleh mencetus peperangan dimana tipu, ganas dan kejam dah jadi halal didaerahnya.
Nafsu, kelihatannya spt sejenis mahluk yg rakus dan ganas, apabila dimasukkan ia kedalam tubuh kerdil bernama manusia, maka sudah tentu berbagai berita kerosakan, ngeri, zalim dan kejam didengar berlaku disana sini, semua ni disebabkan tangan-tangannya.
  

Setinggi mana liar nafsu ni boleh dilihat pada kecenderungan kita. Cuba perhatikan diri kita;
Sebelum kita membeli suratkabar, berita (muka depan) apa yg menarik? Tentu berita buruk lebih menarik daripada berita baik bukan? Berita cerai lebih menarik dibaca dari berita kawin, berita kematian lebih menarik dpd berita cedera ringan je. Begitu juga selera ketika tonton movie, cerita lebih ganas dan lebih seram lebih menarik dpd yg kurang ganas/seram... Maka 'makanan' siapakah semua itu?
Salam ramadhan.

Jom layan benda yg super-super rare ni, mungkin boleh release tekanan. Tapi jika silap boleh buat tekankan juga...hehe 
(Jam kacukan, teknik kacukan baka kambing india jamnapari dgn kambing jepunmari)

Friday, September 4, 2009

SEIKO KERORO! (SOLD)

Sedang aku mengemas rumah (suami mithalyy beb) aku terjumpa kepala alien, mainan kegilaan anak aku KERORO. Sejenis mahluk asing yg menyamar untuk menguasai bumi, cerita katun ni ada di TV. Entah kenapa aku pun minat tengok muka Keroro ni, garang tapi muka kelakar.
  


KERORO......SAMA SERUPA KITA KAN?
  


Dial putih tapi ring tychemeter hitam, sudah bikin ni...tapi cantik.
    


        


  Pangkal tali jam tersorok kemas dalam helmetnya.
        


  

Kepala keroro yg unik, berat dan kelihatan lasak bagi melindungi otaknya yg kecik.
    


  

  

Yang putih ni jepun kata 'JARANGJUMPAKA'
Yang hitam depa kata 'WORANGSUKA'
  

Ha, ha...Aku namakan seiko 6139 ni dgn nama baru, SEIKO KERORO...

Thursday, September 3, 2009

JAM SELAM

Seketul jam bukan saja memberi tahu kita tentang masa, tapi lebih dari itu...

   "Tak payah lagi nak kata cantik, jam ini sendiri beritahu bahawa dia cantik" itulah kata-kata kawan aku bila membelek-beleknya. Dgn aksesori2 ori, Kenal..kan?