Showing posts with label seiko digital. Show all posts
Showing posts with label seiko digital. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

Belangkas SEIKO 200M_M796-5A10

 Bagaikan sepasang belangkas beromen di persisiran pantai...

 Itulah dia dua model terunggul berlainan spesis, sebelah kanan Seiko Scuba 200M yang jarang-jarang muncul di daratan, sementara yang kanan Casio diver 200m yang mana kedua-dua mempunyai beberapa fungsi bagi kemudahan para penyelam macam aku...err korang tentu pecaya kan? hehe.

 Kedua-dua model ini memiliki otak eletronik yang takde pada jam kunci/automatik, maka sebab tu jam-jam digital selalu dicemburui oleh jam-jam kunci.
 
 Terdapat sensor yang berfungsi sebagai hidung yang menghidu data-data sekeliling. Bau kentut je sensor jam ni tak boleh hidu (tak sanggup kut). Kalau le ada sensor bau tentu kita selamat dari terhidu gas-gas toksik yang selalu dilepaskan tanpa amaran, kan?

 Nak tau lebih lanjut keboleh sensor jam ni korang tanya le tuannya penyelam profesional Bro Muhamad Shah (duk depan tu). Sehari tak pakai jam Selam boleh lemas katanya haha

2 model ini mempunyai fungsi penting depth-meter untuk mengetahui kedalaman/tekanan air. Pada kedalaman tertentu alam akan berfungsi memberi amaran...uihh garang jugak jam ni ye.

 Beso, padan le garang...
 
  Tapi beso tangan aku lagi kan?
Memandangkan kita bukan penyelam maka semua kecanggihan yang terpapar pada skrin tersebut tak berguna kecuali angka-angka yang menunjukkan waktu, hari/bulan dan suhu aje.

 Bacaan suhunya boleh kita layan secukupnya. Kalau nak tau panas demam kepitkan aje jam dabak ni kat ketiak, tak payah kulum stick thermo lagi...kecik sangat, tak rasa apa hehe.


 Ingat digital korang ingat Casio aje, sebetulnya Seiko juga mengeluarkan banyak model digital, tapi sayang pasarannya agak terhad disini.

 Tahun 1980-an Seiko banyak mengeluarkan jam-jam digital sebelum pasaran ditenggelami Casio.

Maka kerana itu hari ini kemunculan Seiko digital di celah-celah kebanjiran Casio sangat memeranjatkan. ..aduhhh bahasa aku...Hantam aje la asalkan korang paham!

Tuesday, July 24, 2012

HOROLOGY bikin HARU LAGI!

Bagaimana aku boleh jatuh cinta pada Samurai?

Pada awal 2008 jam 12.00 malam di Keramat  Selangor, ketika aku berurusan membeli seketul 6309 dengan seorang penternak tiba-tiba dia sebut "Fuh! ...jarum saat Samurai memang cantik....bla bla bla..." aku teringat sesuatu! Apa lagi esoknya aku berdesup ke sebuah kedai di Kuala Lumpur, disitulah seketul Samurai (st. steel) aku nampak setahun sudah, alhamdulillah...masih ada di kedai itu. Apa betul jarum saat Samurai cantik?...


Ye, jarum samurai (st. steel) memang mengerikan...macam tombak Samurai yang berdarah di hujungnya. Maka versi st. steel ini yang pertama aku miliki.

Tapi aku tak berhenti di situ, dari kaji selidik aku rupa-rupanya ada spesis samurai kelahiran Jepun yang tak masuk Malaysia! Iaitulah Samurai Titanium JDM! Aduhai..Haru lagi! 

Puas aku cari merata Malaya akhirnya penghujung 2008 aku jumpa di mudah.com! Tanpa fikir panjang aku buat temu janji dengan si penternak, nak jumpa jam 8.00 malam di Kuala Lumpur, sedang asyik membalas sms dengannya di tepi jalan tiba-tiba handpon aku di ragut mat rempit...aduhhhh. Baru petang tadi aku labur rm1.3K malamnya pula habis lebur semua. Tak mengapalah, mungkin rezki aku hanya sampai disitu. 

Syukur...pagi esoknya kami bertemu dan aku berjaya memiliki seketul Samurai Titanium yang anggun dan bergaya.

Separuh lebih ringan dari versi st. steel. Mungkin korang bertanya kenapa aku memilih kereta kebal sebagai latar belakangnya? 

Haha kerana kedua-dua model ini serupa, kebal dan kalis asakan dan serangan.

Rekabentuk yang matang bagi sebuah jam diver.

Sungguhpun nampak moden ia masih di selaputi gaya ketimuran.

Lug atau 'kaki' jam yang besar! Serupa seiko Sumo!

'Bunga' ring bezel yang halus, selain Seiko samurai  bezel Alba mantaray juga serupa ini.

Zulu, nato, leather semua boleh masuk!

Nak nampak sikit garang elok dikenakan dengan zulu belang oren.

Kalau diberkan 5 pilihan jenama/model untuk dipakai... 1,2 dan 3 aku pilih samurai.

Rasanya orang ramai masih agak fobia dengan Samurai ni...

...apatah lagi mereka baru saja digemparkan dengan kejadian amuk dengan samurai baru-baru ini... Kalau keluar  berjalan dengan Samurai mungkin berlaku HARU LAGI...errr


Monday, April 16, 2012

TEST DIRVE 'TIGER' H556-5029! (RM750)

Jentera peragut nyawa kelahiran German 70 tahun dulu. Ketika itu suara enjinnya bisa membasahkan seluar musuh kelilingnya,...

...sebiji Tiger 60tan ini bisa meratakan sebuah kampung menjadi padang jarak padang bola. Namun begitu Tiger ini sangat takut pada anjing! Sehinggakan tentera German terpaksa menembak setiap anjing yang dijumpai berkeliaran. Kenapa Tiger takutkan anjing? 

Diceritakan banyak kereta kebal German dimusnahkan oleh skuad anjing anti-tank. Dimana anjing-anjing 'terlatih' pihak musuh (Russia) akan memburu tank-tank tersebut dengan berlari masuk dibawahnya berserta sebiji bom yang terikat dibadannya, suis bom akan tersangkut dibawah tank dan menjahanamkan mereka semua. 

Sebetulnya anjing-anjing yang kelaparan itu berlari mencari  tank (Tiger) kerana menyangka dibawah setiap Tiger itu ada chicken chops. Mereka dah lama dilatih begitu oleh pihak Rusia dimana mereka dibiarkan kebulur dan setiap kali dinner time mereka di ajar mendapatkan chicken chorp yang sedia diletakkan hanya dibawah model tank German itu.

Maka berbesar hati aku menganggap model Seiko ini juga sebagai 'TIGER'! 

Keliling kepala tank ada 3 muncung meriam yang berfungsi. Bezelnya sedikit calar akibat serangan peluru anti-tank yang dihala bertubi-tubi. Ini menambah haruman klasikalnya.

Dalam gelap lumi  indek menyala lagi...

Jentera era 80-an ini masih utuh terpelihara kerana  kualitinya.

Era ana-digi yang popular era 80-an dulu.

Istimewanya jam-jam gaya military ialah ia tak akan 'buruk' walau dilenjan dan disagat. Bahkan celoreng dan calar menampakkan ia lebih kelihatan 'militar'.

Istimewanya kini semua Tiger ini dah bertaraf klasik vintaj...kini model lagenda ini menjadi kegemaran para kolektor mesin-mesin ganas.

Bersiar-siar bersama 'Tiger' ditengah-tengah dunia hari ini memberikan pengalaman yang berbeza... Perbezaan yang membuat kita sedikit teristimewa....