Showing posts with label bulova diver. Show all posts
Showing posts with label bulova diver. Show all posts

Monday, October 27, 2014

Militan Seiko berkumpul...


 Maklumat risikan ada perkumpulan militan di Amcorp. Awalnya aku sangka itu hanya berita hangin aje. Tapi setelah tengok mesej dan dapat missed call tipon dari kekawan yang sedia berada disana aku mula naik semangat nak kesana.

Alhamdulillah kedatangan aku minggu ini sangat berbaloi biarpun tak membawa balik/membeli apa-apa jam, disana terhidang beberpa model menyengat milik rakan-rakan harulogi yang hanya membenarkan aku membawa pulang gambar-gambarnya aje huhuuu...sampai hati korang ye.

 Model lucah yang dulunya hanya dapat ditatap di internet, tapi petang tadi sempat beramas-mesra. Dah ikat kat tangan payah pulak nak bukak, menurut kata orang-orang lama tu tanda kita serasi haa... tapi bila diberi tahu reganya lebih US$1000 jam terlucut sendiri. 

 Militan Seiko, tangan depa semua sangkut Seiko, tak silap aku topi kaledar tu pun Seiko...erkkk

 Sedang militan Seiko bermusyarah dan membentangkan usul masing-masing tetiba seorang perwakilan dari JDT akhie Marwan membangkitkan isu hangat..BOLUVA SNORKEL OREN! Model yang jarang sangat kita jumpa.

 Lagi tak pernah aku jumpa...Rado Chronograph!

 Bagai keluar dari cengkerangnya seutas lagenda yang tak perlu aku sebutkan.

 Satu-satunya model yang tak perlu lagi pakai di tangan, letakkan saja diatas meja insyallah teh tarik sekelilingnya menjadi tawar tiba-tiba.

 Seiko single button yang menjadi buruan militan Seiko. Ada dua ketul tadi, tapi sayang gambarnya agak kabur jadi aku tak paparkan kat sini kerna risau korang gosok-gosok mata yang mungkin akan merosakkan mata huhu...

 Spesis berbisa STINGRAY. Bukan senang nak tangkap nih...

  IWC...korang kena pegang baru tau kualiti bahan binaannya.

 Satu lagi model buruan! Dipalu enjin 4S15 Hi-beat dari baka Grand Seiko yang lahir di pertengahan 1990-an.

 Gaya kemas sebuah model military. Sungguhpun kecil tapi garang nak mampos...(pinjam bahasa budak2 tadik jaman sekarang)

 Sangkut kat tangan, tangan nampak cantik. 
Sangkut kat dinding, dinding pun nampak cantik...

 ... kira sapa pakai pun nampak cantik la, pergh!

 Datang bertiga, tapi yang ni enjin bateri 7N21.

 Jangan bersedih kalau hari ini kita tak dapat bawak balik model-model lagenda ini...

 Kerana ada kekawan kita yang sudi dan bermurah hati membawa koleksi tersayangnya untuk dikongsi dan ditangisi bersama.

 Jadi tak rugilah andai kata kita meluangkan sedikit masa bertemu di sini.

 Kerana disebalik pertemuan dengan rakan-rakan militan jam ni kita dapat pendedahan dan pengetahuan disebalik sembang-sembang mereka.

Dari sembang dan tawar-menawar di sana adakalanya kita terasa membawa sekumit pengetahuan jam lebih berfaedah dari balik membawa jam.

Kerana kemunculan jam-jam ini memberi kita peluang membeleknya dengan lebih dekat serta mengenalinya berbanding hanya membaca dan menatap kehebatannya di internet sahaja.

Saturday, May 26, 2012

BULOVA SNORKEL.

Bezel hitam dan merah memang menawan, menjadikan model klasik ini segak dan garang.

Tali rubber yang dikenakan agak kurang sesuai, tapi itu tak menjatuhkan maruah dan harga dirinya.

Dah berusia hampir setengah abad tapi masih bergaya akibat sentuhan berkualiti tangan-tangan yang membuatnya.

.Beginilah nilai jam-jam lama, usia menambah rahsia.

Punggung saling tak tumpah macam Seiko 6105 yang selesa ditunggangi tangan.

Casing yang mecengkung begini mesera dan selesa.

Dah banyak kali aku sebutkan bahawa design jam-jam klasik tidak diluput oleh waktu. Sekalipun banyak model2 baru mencabar dipasaran model diver klasik ini tak sikit pun rasa tergugat.. Fikirkan kalau model ni dikilangkan semula?

Korang pernah jumpa orang pakai jam kat belakang tangan? Ini gaya klasik memakai jam. Tahun 70-an dulu aku kerap jumpa orang pakai jam gaya ni.

Bos aku masih pakai jam gaya ni. Mungkin cara pemakaian begini lebih memberikan perlindungan pada jam dari panas dan hujan, ini dapat mengelakkan jam rosak akibat tersedak air, maklumlah kebanyakan jam-jam dulu rendah tahap kalisnya.

Berbagai jam diver Swiss yang mewarnai pasaran dunia suatu ketika dulu.

Namun lebih 90% nama-nama gagah Swiss itu tenggelam ditelan arus teknologi quartz/digital yang melanda. "BULOVA? APENDA TU?.... tanya seorang kawan yang pelik mendengar jenama itu.

...Jelaslah nama BULOVA kini menjadi asing buat generasi mutakhir ni.

Bulova Snorkel ini adalah lagenda Swiss yang masih bernyawa...

...suatu ketika dulu digilai dan sangat digeruni pesaing-pesaingnya seperti Seiko maupun Rolex. Dah hampir 40 tahun berlalu namun saki baki model ini masih menjadi buruan para penternak seluruh dunia.