Showing posts with label citizen. Show all posts
Showing posts with label citizen. Show all posts

Sunday, June 5, 2016

JOM BERSAHUR!!!

Esok kita mula berpuasa, cabaran pertama yang kacang aje diatasi ialah bangun bersahur. Juadah sahur pertama biasanya lazat dan berselera al maklumlah nak meniup semangat suami dan anak-anak bangun sahur. Kalau sahur awal bolehlah tidur semula tapi kalau sahur lewat terus aje ke surau atau masjid untuk solat subuh berjemaah.



Bulan puasa ni tentu ramai berehat dirumah aje. Bagi kekawan haru-logi bolehlah mengisi kelapangan di siang ramadan ni dengan membelek-belek dan mengilap koleksi yang ada. Gosok-gosok mana yang kelam, tenyeh-tenyeh mana yang berkerak kut-kut boleh meredakan sikit bunyi-bunyian perut.

Koleksi Ramadan yang nak aku paparkan kali ni adalah satu spesis sangat rare Citizen model 1969! Otai tu!

 
 Double crown 'compressor'.

 Glass flat menonjolkan ciri kemodenan.

 Window date/day diasing jauh supaya tak gaduh.

 Ciri diver compressor yang sangat popular di zamannya.

 Diameter 42mm kira saiz paling besar dieranya. Masa tu masyarakat pengguna lama terdidik dengan jam-jam saiz kecik, anggapannya lagi kecik lagi canggih teknologi jam tu..

 Dulu-dulu jam-jam bercrown lebih dari satu dianggap jam canggih dan mahal, memang pun.

 Dulu-dulu jika berhujan dan berenang tanpa metanggalkan jam ditangan kira gempak dah, sebab kebanyakan jam-jam dulu takut air.

 Sayang beribu kali sayang, model2 berteknologi lasak macam ni tak masuk pasaran kita...

 ...kebanyakannya mengerumuni negara-negara maju Eropah dan Amerika.

 Dah 50 tahun baru ko kenal Malaysia ye...

Klasik

 Cushion case yang sedap ditangan.

 Bahagian paling seksi...

Rekabentuk yang tegap dan teguh membuatkan mesin ini mampu berputar sehingga kini.

Koleksi wajib para penternak CTZ.

Monday, October 12, 2015

JERUBU 2015

 Satu lagi bencana alam yang melanda setiap tahun. Kali ni lebih serius lagi sehingga sekolah-sekolah diserata negara ditutup. Ramai hidung berair dan pedih mata, ramai le ke klinik dan bomoh  mendapatkan obat...aduhhh.

 Aku ambik obat pedih mata bukan sebab jerubu...
Tapi sebab dibawah ni sob sob...
 
Inilah Citizen 62-6198 spesis air paling payah didaratkan. Tahniah pemiliknya seorang kolektor yang bermurah hati berkongsi besi kesayangannya ini.

 Model yang mempunyai 3 versi, dikeluarkan bermula pada tahun 1972/74/78 dengan sikit perubahan.
 
 Indek jam berkotak-kotak dengan lume kehijauan ditambah lagi dengan glass buncit dalam... racun.

Lume yang terpancar dari kotak indeks. Try suluh2 sikit dengan lamput picit.. 
Hah? kurang terang? Kalau nak terang lagi bukak lampu la! Apa daa...

  Kuasa selaman 150m tapi kalau tengok pada bentuknya yang mantap seolah2 ia diver 300m.

 Tak silap aku beberapa tahun lepas harga model ni mencecah RM2500. Jadi sesapa yang ada keluarga spesis 150m ni korang simpan le baik-baik. Tuah ayam di kaki, tuah korang di tangan.

Sayang... Banyak model-model hebat Citizen tak memasuki pasaran kita kerana dolu-dolu kala takde pengedar besar di sini sebagaimana Seiko.

Movt 6000. Citizen memang mempunyai movt2 yang bagus. Sesetengahnya bagus dari Seiko.

Crown besaq. Gigi bezel nipis dan halus yang diwarisi beberapa keterunannya.

 
 Tak silap aku ni model sekitar 1974/75 satu era dengan Seiko 6105. Masing-masing miliki ciri tersendiri.

Kalaulah korang berada pada 1974 nak beli satu diantara dua jenaman ini, yang manakah pilihan korang?
Tumbuk dada tanya selera...

Friday, March 6, 2015

CITIZEN ULTRA SEVEN!

 Tahun 1971 ada satu 'peti' buruk atas meja. Ada dua tombol di kanan kirinya. Aku tau itu radio gram tapi tak pernah dengor ia berbunyi kerana tak pernah dibelikan bateri. Di katup denga alas berbunga-bunga menjadi perhiasan aje, mungkin ketika itu bateri kering susah nak dapat.

Tapi bila radio dipasangkan bateri hanya waktu-waktu tertentu aje radio dibunyikan kerana nak menjimatkan bateri, sebab kalau bateri habis alamatnya sebulan lagi le radio lagi.. Bateri yang habis tu tak dibuang saja, ia di jemur untuk digabung dengan bateri-bateri lama yang ada untuk dipakai semula haa... tau susah tak susah hidup dulu-dulu.

Tapi ketika itu bila juruhebah radio mainkan lagu meletop artis popular seisi rumah akan bergegas depan radio, haha seksa... Abis aje lagu tu semua bersurai semula buat kerja masing-masing.

 Masa tu mana ada banyak saluran hiburan macam hari ni. Dapat dengar lagu dari radio serak pun jiwa dah berbahagia.

Satu lagi, dulu-dulu dinding rumah dihias dengan bingkai-bingkai potret keluarga, bagus orang-orang dulu menjaga hubungan dan melempiaskan kerinduan. Uniknya bingkai gambar disangkut tinggi dengan disendengkan sikit dari dinding supaya senang nak tengok. Belakang bingkai tempat selit barang-barang dan dokumen penting...hehe.

 Dulu pengaruh artis tak kurang hebatnya. Dari style rambut sampai kasut semua menjadi ikutan haha.

  Satu lagi barang 70-an, Citizen Seven Star!

Dicipta bagi menandingi Seiko 5 saingannya.

Memangpun, model ni berjentera automatik dan boleh kunciii..

Original semua.

 Rasa-rasanya elok dipadankan dengan tali klasik tropic.


Jarum jam besar dengan permukaan indek yang menawan.

Glass tebal.


Jam jepun dengan nama Inggeris

Dicipta untuk menyerang dunia 'Barat' sebagaimana Orient.

Ketika itu pengeluar-pengeluar jam Jepun berlumba-lumba menghasilkan mesin-mesin berkualiti untuk disumbat dalam jam-jam keluaran mereka.

Beberapa gaya serupa aje. Tapi aku percaya, biarpun seribu kali melihatnya korang tak akan jemu-jemu kerana...

...model-model klasik ini memang memiliki beribu kecantikan yang tak habis dipandang.



Add caption




Layan punya layan tak perasan hari dah malam... selamat malam kawannn