Showing posts with label longines. Show all posts
Showing posts with label longines. Show all posts

Friday, November 30, 2012

PERJALANAN DI TANAH GERSANG...

Salam Jumaat penuh berkat.


Ya, kehidupan ini suatu PERJALANAN/KEMBARA. Kembara yang tidak tak seharusnya bergantung  pada  langkah haiwan tunggangan semata-mata. Kerana selagi diri dikeldai selagi itu diri berputaran di kawasannya saja, terasa banyak melangkah tapi hakikatnya masih di situ...nauzubilah.

Al Quran sendiri penuh dengan kisah-kisah yang 'jauh' (jauh dari 'kampung' kita). Surah-surahnya seolah-olah mengajak kita mengembara merentas sempadan waktu, timur maupun barat. Kisah rasul, kiamat, akhirat, syurga dan neraka memerlukan langkah padu sekian penganutnya supaya suraht itu tidak sekadar menjadi cerita, sebaliknya menjadi berita. Kerana cerita dan berita berbeza makna...emm 

Berbalik soal PERJALANAN/KEMBARA maka begitulah setiap insan yang  mengembara ke alam jin... err maap silap, ke alam jam.

Perubah selera seseorang akan mengubah juga barisan koleksinya, itu petanda jiwanya dalam langkah kembara/perjalanan.

Jadi kita boleh ketahui seseorang yang jiwa kembara dengan mereka yang jiwa bermukim melalui kalam koleksinya yang berubah-rubah atau berkembang. err...jangan diukur kekuatan mereka pada keupayaan wang ringgit semata-mata ye, tapi ukurlah ia pada keupayaan jiwa yang sanggup meleburkan wang ringgit dalam angka tersayangnya...emmm 

Jiwa seorang pengembara sentiasa dalam kehausan. Ye la...sentiasa berjalan manakan tak haus? Maka itu kehausan jangan membuat sang pengembara dipadang pasir lupa akan hala tujuan sebenarnya, biarpun derita kehausan destinasi sebenar bukanlah telaga! Maka jika salah tujuan kita akan derita digodam rasa letih dan rugi.

KEMBARA dalam erti kata orang disana, iaitu erti kata yang tak pernah dijamah kita disini ialah 'MENINGGALKAN KAMPUNG HALAMAN'. Pengertian mereka ini selalu diterjemahkan melalui kalimat mereka yang segar, asing dan luarbiasa. Dalam kembara penternak jam koleksi luarbiasa lebih berbisa.

Longines ini merupakan model lagenda kelahiran semula.

Bersih dan terasa ia tak sesuai mendampingi tangan aku yang kasar.

Tapi aku beli juga kerana bagi aku rezeki bukan sekadar yg dipakai/makan.

Kerana bagi aku apabila melihat sesuatu yang indah dan indahnya itu turun menyerap ke dalam hati, itu cara unik insan menikmati rezekiNya ini.

Jadi, janganlah kita sedih jika kita tak dapat menikamati jam ini dengan cara memiliki, memakai atau memakanya. Kerana kita masih ada jalan untuk mengucap syukur kepadaNya dengan jamahan mata.

Depan maupun belakang tak diabaikan, kalau jemu depan korang boleh jamah bahagian belakan hehe

Sayap lambang kekuatan, namun bagi kita yang tak bersayap usahlah iri hati, kerana bukanlah setiap mahluk bersayap itu memagut rezkinya di langit, tinggi mana pun terbang mereka memagut tanah seperti kita juga.

Disinlah doifnya kita, selalu aje teruja pada yang besar sehingga membutakan diri pada yang kecil, namun apabila yang kecil itu dibesarkan barulah nampak kebesarannya. Window date yang yang halus ini  begitu halus sentuhannya! Tak perasan kalau dipandang begitu aje.

Begitu juga bahagian sulitnya, kemas berkilauan.

Harga selepas diskaun bersamaan seketul bar emas 999 berjisim 20g.

Itulah bagai yang dikatakan pada seorang kawan, jika dibelikan bar emas nak pakai atau digosok memang tak boleh, tapi kalau dibelikan jam boleh dipakai dan dipandang setiap detik.

Maka bagi yang diberikan rezeki dari pintu ini keuntungan dan kenikmatan berbeza dengan mereka yang lain.

Butiran sejarah masih dikekalkan

Longines Conquest ini seperti bintang dimalam hari, cahayanya tidak menyuluh kegelapan, namun ia memberi petunjuk buat sang pengembara.

Begitulah keutuhan apa-apapun yang dinamakan KLASIK.. Ia hidup dan terus hidup biarpun yang tinggal hanya nama.
Salam Jumaat buat semua...

Tuesday, October 23, 2012

You are not just buying a watch,...


...you bought the "HISTORY" : Mutiara kata diatas aku kutip dari rakan FB. Namun malangnya ia tak dinikmati oleh sebilangan peminat-peminat baru hari ini. Mereka lupa disebalik kelusuhan jam-jam lama tersirat sejarah yang lebih bernilai dari sejumlah wang mereka bayar. Ada sebilangan penternak yang aku jumpai menyimpan jam-jam lama ditangan umpama menyimpan emas pusaka.Sebelum itu mari minum dulu...

Gambar kambing berendam? Kalau nampak si Bobot tentunya dia rasa bangga hehe.

Tahun 1960-an seorang jemaah meninggal di Mekah ketika menunaikan ibadah haji. Beliau dikebumikan disana manakala barangan peribadi arwah berupa wang rm300 dan satu kotak kotak berisi seutas jam tangan Roskoph di pulangkan pada warisnya di sini.

Tapi sebaik menerima kiriman itu semua barangan bernilai itu ada kecuali seutas jam jenama Roskopf yg hilang, yang tinggal kotaknya aje. Kenapa sipencuri berminat pada jam itu berbanding wang menjadi persoalan yang boleh korang jawab sendiri. Namun jenama jam itu masih di ingatan warisnya sekalipun nama itu dah terkubur lama dari dunia horologi kini.

Begitulah kenangan yang dicipta oleh jenama klasik itu. Kini satu-satu nama seangkatannya yang masih bertahan ialah Longines. Roskopf dan Longines, dua nama yang lunak disebut.

Model klasik ini milik seorang teman, katanya ia tinggalan arwah ayahnya yang juga sarat dengan memoir. Jam ini sentiasa dipakai ayahnya ketika memimpinnya berjalan-jalan.

Longines juga nama idaman yang aku cuba abadikan dalam koleksi peribadi, insyallah jika ada rejeki.

Casing sebegini sangat aku tersuka, slim dan ringkas.

Kebanyakan jam swiss memang ada logo pada crownnya, tapi ada juga yang tiada.

Berusia tapi tampan, klasik memang mudah mesra dengan sesiapapun.

Beruntung sesiapa yang masih setia menyimpannya.

Tali hitam nampak agak muram....Kalau tukar tali coklat cerah tentu nampak lebih berseri.

Thursday, January 13, 2011

LONGINES LIMITED EDITION! Jam tercun di dunia!

Sempat bersembang dengan Bro Gan pagi tadi, seorang penagih tegar jam-jam vintage dari Rawang.
Sambil menghilangkan ketagihan pagi dengan teh tarik aku terpandang seutas permata Swiss mendakap tangannya.
"Gan, besi apa you pakai?" dengan lemah gemalai aku bertanya, tanpa menjawab dia membuka dan membiarkan tangan aku menikmati hangat permata ini...

...L   O   N   G   I   N   E   S

.....merdu sungguh bunyinya, hebat namanya seiras nama kucing aku dulu yang ekor kontot mata penuh taik belek LONGTONG namanya! haha itu kisah sirah kucing-kucing nakal ternakan aku zaman kanak-kanak dulu.

Punggung licin bersih dan ada 'selak', kalau di tolak akan...

...terbuka penutup nipis itu dan mendedahkan bahagian sulitnya yang berglass (see-trough). Best! kerana semua bahagian jam samada depan, belakang maupun isi dalam boleh dinikmati kehalusan seni buatannya.

30 jewels...

Buckle dan tali tertera keutuhan jenamanya.

Semua jarum berwarna biru dengan bentuk yang kurus dan buncit/boroi ditengahnya.

Sedap dipegang kerana mutu st.steelnya.

Hanya angka 12 diwarnakan merah sebagai menghargai nama detikDUABELAS blog aku.

Limited! hanya 1000 ketul dimukabumi.

Jam-jam Swiss sangat selesa dan bergaya dengan tali kulit dan kita dapat merasa pelukannya berbanding tali besi.

LONGTONG...nama kucing aku yang bongsu atau nama manjanya KETOT. Mata dan hidungnya sentiasa berair sejak dalam perut ibunya lagi, kerana penyakit itu penglihatannya sentiasa kabur. Puas berubat kampung tapi semua tak berhasil.

Sungguhpun begitu bila time aku makan dia tau-tau aje, keupayaan menghidunya sangat luarbiasa. Hidungnya yang sentiasa berhingus tak masalah baginya. Dia selalu meraba-raba makanan dilantai dengan hidung berhingusnya.

Satu ketika sedang aku bersila makan nasi tiba-tiba Longtong berlari masuk rumah dan brek mengejut betul-betul depan pinggan aku! Fuhh selamat...nasib baik tak masuk pinggan, agaknya dah dekat baru dia nampak aku kut? Tapi time aku nak suap nasi tiba-tiba...ACHOOOO!... Lontong terbersin! Umpama menepuk air di dulang begitulah aku terasa tempiasan hingusnya! Aduhhh...
Putus urat selera aku,..

...dengan iklas aku sedekahkan semua dan membiarkan Longtong settle-kan semua...
Moralnya: Dia makan apa yang kita makan, tidur dimana kita tidur, duduk dimana kita duduk. Bebas keluar masuk, rumah ini rumahnya juga. Kerana hormat, berak dan kencing dia kambus sendiri, jadi...anggaplah ia seumpama ahli keluarga kita yang lain...haha layannn!

Monday, December 20, 2010

LONGINES CONQUEST

 Cuba korang lekapkan seketul cengkerang laut kat telinga, ada dengar bunyi gema ngungggg... macam tu? Haha...macam tu le bunyi enjin supersonik yang mengerakkan jarum saatnya meluncur macam jet di udara, tak nampak berdetik seperti jam-jam quartz biasa.

Ini hah rupa enjin ultrasonic Longines lama ni...

Kerana maukan kualiti yang setanding cermin 'omega' diguna ganti, namapak logo omega tengah?

Cukup segak jam ni, kalau dah habis sebak bisa meraung dibuatnya...

Mungkin enjin ni dibina untuk mencabar teknologi quartz Seiko dulu...

Kebanyakan model swiss lebih segak dengan tali kulit.

Harga RM850! LONGINES! Sangat berbaloi beb!