Showing posts with label seiko military. Show all posts
Showing posts with label seiko military. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

ASKAR KAMIKAZE! (Episod ke-2 siri Kamikaze)

Menurut nenek aku dulu, askar-askar jepun mara ke pelusuk negeri dengan mengayuh basikal aje. Begitu pun penjajah British terpaksa berundur dan menyerah akhirnya.

  Tapi nenek tak sebut pulak taktik serangan kamikaze ketika Jepun mengempur British di Malaya ...

Berbeza dengan jam military Swiss skuad 'kamikaze' Jepun mempunyai sejarahnya sendiri. Walaupun 7s26 ini lahir 30 tahun kemudian namun ia masih melekat 'bau' sejarah perang Jepun.

 Berbeza dengan jam pilot kebanyakan jam military agak kecik-kecik belaka. Sebetulnya tangan aku segan nak pakai jam kecil, tapi ia tak segan menyarung jam MILITARY BIAR PUN KECIK!

 Err...tapi kalau kecik sangat jenuh askar gurkha ni nak selak-selak tangan setiap kali nak tengok jam...

Wajah klasik sebuah jam military! Berbagai jenama silam jam military memiliki wajah serupa ni.

Sungguh pun body tak segagah jam diver namun ia kelihatan lincah dan lasak. 

Ciri-ciri military begitu mesra dengan keadaan persekitaranya.

 "Model apa boleh simpan bang?" Itulah bunyi soalan yang selalu di kamikaze kepada aku. Jawapan aku ialah "Model diver atau military".

 Jenis tali apa pun boleh masuk.

 Hijau celoreng ni memang uniformnya tapi kalau jam tanggal jatuh semak memang wasalammm...

 Muka hijau boleh digandingkan dengan banyak strap warna kegemaran.

Model kiri dan kanan berbeza bentuk dan saiz. Seiko kiri berdiameter 36mm manakala kanan (Seiko5) 38mm.

Yang ini agak unik, tertera 'LNT 1972-2002' pada glassnya. Apa maknanya ye? Haha...dulu puas aku ngecek tapi tokey tak mau jual, dekat 3 tahun akhirnya aku berhasil...hehe.

 KAMIKAZE... satu kepuasan memakai sebuah jam military!

Tuesday, August 3, 2010

WARNA-WARNA PERANG YANG GARANG, SURAM DAN SERAM!

Selain bikin kapal perang untuk menyerang China, Asia dan Amerika (Pearl harbour, Hawai) dalam Perang Dunia kedua Jepun juga membina jam-jam perang.

Seiko military!

Pangkalan tentera Amerika Pearl Harbour ranap...

...diserang oleh 'Peluru berpemandu' Kamikaze Jepun yang memakai jam-jam Seiko military.
 
Selain Seiko Jepun juga hebat dengan Yamato, salah sebuah kapal perang Jepun yang terbesar dalam perang dunia. Tapi sayang...hanya mampu membuat perjalan satu trip aje kerana masalah bekalan bahan api (diesel), bermakna apabila meninggalkan perlabuhan kapal anak kapal yg setia tahu bahawa mereka tak akan kembali semula ketanahair! Semasa serangan musuh langit Jepun tak mampu melawan serangan kerana pesawat-pesawat mereka tiada bahan bakar...kesian

Gegaran dari letupan meriam besar kapal ni mencampakkan korang kelaut, ada berpuluh-puluh meriam diatasnya, sayang seribu sayang...1945 kapal ni ditenggelamkan torpedo Amerika diLaut China Selatan. Sebuah kapal besar ni cukup untuk menawan sebuah negara!

Seiko military antara jam yang selesa dipakai, mudah, ringkas dan lasak dihenyak.

Depan Seiko 5 military model baru berdiameter 40mm...

Manakala keluaran 1972 ni berdiameter 36mm dan dah 8 tahun dihentikan pengeluarannya.

Mana muncul pulak askar Amerika WW2 dengan cangkul ni?  Alamak! brengan la! "Angkat tangan, ! serahkan jam dan brengan!"

Perbezaan pada saiz, jarum dan kedudukan crown.

Berenjin 7S26 yang popular, kecil tapi lasak... aku lebih nayaman pakai yang ni.

Sementara model baru Seiko5 military ni digerakan enjin 7S36.


 Apa tunggu lagi, jom angkat jam perang!