Friday, May 28, 2010

CASIO ALTI-DEPT METER

Dulu, model ini memang tersangat sukar ditemui sekalipun dikedai-kedai pengedar Casio, apatah lagi hari ini.


Selaput errr...plastik masih lekat dan dah payah nak tanggal.

Aku sangat bernasib baik kerana ada seorang taukey jam yang 'simpankan' jam ni untuk aku hampir 8 tahun ..hehe

Yang besarrr macam pusat Giant (kawan Doremon) ni bukan crown jam ye, tapi sensor altimeter dan depth meternya

Jam bersih dan cantik, maklum le stok lama yang tak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki bukan muhrim

Walaupun terperap, alti dan depth meter berfungsi!

Bezel, 4 butang dan crown gold rose!

Kilauan gold rose memang cantik, jernih dan tak terlalu pekat.

Aku tak pernah menguji lebih-lebih jam ni kerana kitabnya dah hilang dimakan anai-anai.


7 comments:

  1. Aku tak pernah tengok. Inilah kali pertama. Boleh masuk dalam muzium ni. Aku jumpa Citizen ana-digi camni. Tengok bateri dah habis. Berabuk gila. Tapi tak menarik untukku miliki. Tapi casio ni aku mau la. Hehehe...

    ReplyDelete
  2. Aku google pun payah jumpa, ada 2/3 biji tapi tak sama, yang ni jarum saat merah! sementara plastik biru dah melekat belakang caseback...

    ReplyDelete
  3. Bagus betul tokey kedai tu... 'simpan' kat ko samapai 8 tahun. Nak berkenalanlah camni. Ekekeke... Dulu mamu rajin gak 'simpan' jam pelik2 kat aku.

    ReplyDelete
  4. Aku jumpa jam ni nak jual hampir RM1k. Fuh!!!! Jam ni dah tak produce lagi dah. Yg aku perasan, jam Casio yg dah tak produce lagi, harga memang melambung. Kalau dulu harga RM100++, sekarang dah cecah sampai RM500++ pun ada.

    ReplyDelete
  5. Anonymous1:19 PM

    Jenama casio kalau JDM ada cecah 10k lebih woo..seperti siri Oceanus dan radio wave solar.Jangan pandang rendah jenama casio. Dr M bekas PM pun pakai jam casio dan menjadi antara jam kesayangannya.

    ReplyDelete
  6. Wah Tun pakai casio! Casio kena taja Tun nih! T.kasih ...

    ReplyDelete
  7. abg Detik 12,nanti jumpa saya nk tgk jam nih blh?

    ReplyDelete