Showing posts with label seiko kunci. Show all posts
Showing posts with label seiko kunci. Show all posts

Monday, April 29, 2013

Hantu raya di malam pilihanraya...

Satu kisah seram yang terjadi 35 tahun dulu, juga berlaku di musim pilihan raya.
Balik mengaji nampak lembaga putih terpancang atas pokok durian dusun tepi jalan!





Seiko Liner merupakan spesis mirip kura-kura yang membiak subur sekitar 1960-70an.

 Tak seperti manusia spesis ni mengawan setahun sekali aje, emm macam tunggu 'raya' pulak. Bayangkan kalau 'mengawan' manusia diatur oleh musim, macam musim duku langsat?... emmm

Merangkak dengan 4 kaki.

...berjalan dengan enjin kunci SEIKOSHA (chronometer), maaf aku lupa nak snap tapi dari luar rumah dah dapat didengar ngaummm enjinnya...

Seluruh anggota masih diselimuti ketulinan. Huruf 'S' pada crown yang takde pada spesis-spesis kebanyakan.

   Sekitar awal 1970-an kebanyakan jenama dipasaran ketika itu mempunyai rekabentuk serupa ini, ringkas dan menawan.

Font italic (sereng) yang cantik, masa sekolah dulu aku suka tulisan 'sereng', susah nak baca tapi cantik!

 Bila memandang wajahnya kisah-kisah silam terus saja bergentayangan di fikiran, teringat aku seorang sedara dari kota datang beraya di rumah, ketika dia mencapai kuih di meja aku terpandang jam tangannya saling tak tumpah serupa ini, kalau tak silap aku jenama Titus.

Nipis dan ranggup.

Gaya klasik era 70-an.

 Enjin kunci keluaran SEIKOSHA (chronometer), maaf aku malas nak buka, kerana enjinnya masih berdrummm kencang.

Potongan kaki yang aku sangat minat, lurus ke bawah.


Kuning tembaga warna yang bertenaga.



Masih mencengkam! Sesekali memakainya untuk menikmati mod yang berbeza.

Tuesday, August 16, 2011

SEALION M-110 30JEWELS! (OFFER RM250 nett)

Agak pelik apabila mata aku tiba-tiba merenung lama model nos (nostalgia) ini, suatu fenomena luar biasa yang jarang berlaku pada aku. Raut wajahnya bagai ada rahsia dihatinya. Aku dekatkan telinga, jelas denyutan jantungnya seirama dengan sebuah jam kunci meja yang kuat dan berketul-ketul degupannya. Bahkan bila crownnya diputar membuatkan aku bertambah pelik, bagaimana jam kunci boleh memiliki 30 jewels sebagaimana tertulis didailnya?

Aku bawa plang jam ini untuk diuji secara mental dan fizikal, jadi aku tukar tali kulat kerana malas nak potong2 braceletnya yang cantik itu.

Memang cantik jam ni, dial warna putih! Bukan silver/white steel.

Dibelakangnya bertenggek seekor singa laut dengan kod M-110, tak pernah aku jumpa sebelumnya.

Terkerjut aku apabila membuka caseback! Ada rotor? Mati-mati aku sangka enjin kunci

M-110 mungkin merujuk pada jentera enjinnya 30 jewels ni.

Apapun jami ini segak biarpun berusia.

Reserve masa memuaskan.

Jarum saat berwarna putih dengan hitam dihujungnya.

Cuma indek minit dan tulisan 30 jewels itu ada kesan touch-up yang tak beberapa kemas jika dilihat dekat2.

Tapi ikhlas aku ingin katakan, jam selesa dipakai dan bagi aku ia memiliki salah satu enjin yang unik dalam sejarah Seiko.

Tuesday, August 2, 2011

SPORTSMAN! (RM280)

"Ketika Singapura menjaringkan gol penyamaan stadium dengan sorakan 90,000 orang tiba-tiba senyap sepi! Cengkerek sekor pun tak bunyik, yang kedengar hanya detikan jam kunci aku yang dekat kat dagu aku ni!" Begitulah heningnya perasaan apabila Harimau Malaya dibolosi lawan yang membantutkan kelayakan ke Piala Dunia. "Nak kentut pun kena tahan takut orang dengar haha" tambahnya kelakar...

Apa yang menariknya dari pengalaman beliau ialah jam yang dipakainya...Enjin kunci yang memang mengeluarkan detikan yang kuat dari jam enjin auto atau quartz.

Enjin model 6602-9981 (Kena upil, malas nak bukak)

Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku mula simpan 3/4 ketul jam kunci Seiko... Rasanya jam kunci lebih tinggi klasikalnya.

Ringkas betul bentuknya, tali kulit mesti ngam juga!

Ringkas, segak dan bergaya

Pakai baju T berseluar jeans koyak-koyak dillutut dan punggung, kemudian sarung Seiko nostalgia Sportsman ni! Memang korang jadi tumpuan dan siulan ramai! Kalau tak caya cuba la...