Showing posts with label t-shirt jam. Show all posts
Showing posts with label t-shirt jam. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

THE MAKING OF 'HOROLOGY FOR UNITY'!

Apabila Sdr Asmar (duniajam.blogspot) memberitahu aku tarikh dan tempat (apartment) perjumpaan para penternak jam seluruh Malaysia bakal diadakan aku mula merasa kesungguhan api semangatnya. Maka lahirlah idea T-shirt untuk menjadikan majlis 'walimah' itu lebih bermakna.

Hanya dibuat di apartment kerana pada awalnya majlis walimah itu hanya bakal dihadiri oleh 'sedara-mara terdekat' aje, bahkan kumpulan kompang pun terdiri 3 orang aje (memang pecah kompang pecah tapak tangan).

Tapi bila aku war-warkan kepada Sdr Radzi (thetick2.blogspot.com) beliau terus memberi sogokan, sogokan tenaga dan cadangan yang membuatkan kehadiran peserta bertambah ramai! Sampaikan lokasi perjumpaan berpindah randah. "Kena buat kat Stadium Bukit Jalil la San" rintihan smsnya apabila lokasi awal tak dapat menampung orang kampungnya yang juga tak mau miss majlis julung kali tu.

OK! Apa logo dan tema? Semasa grafik pertama hampir siap aku terus telefon sdr Radzi memberitahu konsep grafik yang aku reka dan minta beliau perah otak memikirkan temanya pula, kerana grafik lebih kukuh jika disokong sebaris ayat yang ringkas tapi sarat! Setelah beberapa minit 2 tema yang beliau cadangkan 1) 'HOROLOGY FOR UNITY' (untuk logo depan) dan 2) 'WATCHES. ANYONE? VISIT OUR BLOGS!' (untuk grafik belakang). Terimakasih Radzi, hang copywriter bagui!

Dari bentuk, warna dan ayat lahirlah satu konsep yang sedia untuk dicetak di T-shirt dan di ingatan para peserta yang bakal menghadiri dan menyokong upacara yang julung-julung kali diadakan di Malaysia ni.

Logo dicetak pada 2 helai T-shirt iaitu kelabu dan hitam, masing-masing logo hanya berbeza warna sahaja.

Serupa bahagian belakang. Untuk mewujudkan elemen cergas maka warna hijau floresent dan oren dipilih.

Pada dial jam terdapat angka dan petunjuk dimana upacara petemuan bakal diadakan. Angka 4 dalam bulatan: 4 HARIBULAN, Jarum panjang dikedudukan jam 12: DECEMBER, dan jarum pendek dikeduduka jam 2: 2PM majlis bermula.

 Bahagian belakang tertera nama-nama rakan blog jam di Malaysia.

T-shirt hitam mempunyai sedikit kelainan yang agak misteri, tak boleh dilihat dengan mata kasar...

..dimana bahagian ini menggunakan bahan pewarna timbul (amboss)!

Manakala dimalam gelap logo memancarkan cahaya! superluminova! seram tu...

GENAB 70 helai dicetak untuk tempahan terbuka.

Bermakna hanya 70 helai aje yang bakal tersebar seluruh dunia...limited!

Wednesday, November 3, 2010

T-SHIRT KHAS 'HOROLOGY FOR UNITY'!

Logo berupa jam, ringkas dengan stroke tebal dengan warna garang agar dapat dilihat dari jarak 2km! Simbol komunitinya


Sempena pertemuan pertama para penternak jam seMalaysia pada 4hb Dec di Putrajaya maka aku berbesar hati untuk membuat sessuatu sebagai tanda dan kenangan kita semua,  maka setelah perahan tenaga lahirlah idea T-shirt yang sederhana tapi meriah ni.

Depan t-shirt: grafik jam yang ringkas disokong dengan perkataan 'horology fo unity’
belakang: tertera perkataan “watches. anyone? visit our blog!”. bersesuai dengan temanya maka dicetakkan nama-nama laman blogger jam yang bernaung hobi yang sama.

Terimakasih pada bro Radzi (thetick-thetick.blogspot) yang menjadi copywriter pada tema ‘horology fo unity’ dan “watches. anyone? visit our blog!”.

Ada dua versi,  baju warna kelabu dengan grafik oren/hitam/putih dan baju hitam dengan grafik hijau floresent/putih (bersinar dlm gelap) yang juga sepagai special edition.

Terhad 60 helai sahaja, kira limited la juga..Jadi tak rugi memiliki 1 atau 10 pasang buat baju basahan.
Tempahan sila lawati http://duniajam.blogspot.com/