Showing posts with label tag heuer. Show all posts
Showing posts with label tag heuer. Show all posts

Tuesday, February 7, 2017

ORIS SIXTY FIVE...

Salam semua,hampir 2 purnama aku tak kunjungi laman blog aku ni kerana meja dibanjiri kerja-kerja awal tahun. Belum sempat punggung mencecah bangku sudah tersedia 'urgent jobs' diatas meja.
Namun pada hari itu tangan aku tak merungut, apa saja yang diarah selamba ia menurut perintah...

 ...apa taknya, disogok dengan ORIS SISTY FIVE reissue model lagenda 1965 dulu!

 Teman dikala berkerja...

 
 Datang dengan dua versi model tapi yang ini pilihanku. Dial kebiruan dengan glass buncit.

 ORIS HERITAGE 60an mengunakan semula logo lama!

Lahir pada 1904 di Holstein Swiss. Pernah mengeluarkan jam quartz sekitar 80-an tapi kini Oris hanya keluarkan jam auto aje. Tambah dikenali antarabangsa apabila tahun 2003 menjadi penaja F1 team BMW Williams.

Era kegemilangan jam-jam skin-diver dulu. Ketika itu jam-jam diver tak canggih sepertihari ini namun rekabentuk dulu masih segar hingga kehari ini sehingga banyak model-model silam itu di re-issue.

 Glas sapphire buncit, dulu glass2 buncit hanya dari 'plastik'.

ORIS, menurut sejarah ia mengambil nama satu lembah subur dan tali air di Swiss sana.

Dial sama buncit..

Lebih segak dengan bracelet.

Beberapakali aku sarungkan dengan strap leather, zulu dan nato tapi...

...ia tetap lebih serasi dengan bracelet.

Satu lagi warga Swiss yang popular sekitar 1990an yang meminati peti jam aku adalah TAG HEUER PILOT 200m!
Tak silap ini Pilot versi ke-2 tahun 1992
 
Warna langit berawan, biru dan putih sangat padan dengan jam pilot.

 Sungguhpun kekebalan air 200m macam jam diver dengan crown jenis skru tapi ia bukan untuk dive ye.

 
Indeks tychmeter tersusun bertingkat-tingkat, kemas.

Dial putih selesa dipandang dalam cahaya suram.

Tak perlu strap yang terlalu bercorak lagi, cukup dengan zulu aje agar mata tak stress melihat waktu.
Alhamdulillah, dengan galakan Oris tangan aku yang letih dapat menyiapkannya jua TOWER of TRUST. Kita harus membina dan memelihara jatidiri dan jangan runtuhkan kepercayaan orang terhadap kita. Kalau runtuh memang boleh dibaiki tapi kepercayaan (orang) tak akan dapat dibaiki lagi. emmm nasihat diri sendiri.

Sunday, January 3, 2016

FOBIA VAN PUTIH!

2 tahun sudah berlalu fobia 'VAN PUTIH' muncul lagi. Kerana kes-kes penculikan kanak-kanak kerap dikaitkan dengan van putih kerana sang penjenayah dikatakan menggunakan kenderaan tersebut untuk menculik.

Ditambah lagi dengan isu terbaru yang terpapar didada-dada akhbar beberapa hari sudah tentang kehilangan seorang budak perempuan yang juga dikaitkan dengan 'VAN PUTIH'. Maka bertambah parahlah juga kecurigaan masyarakat terhadap mana-mana van putih. 

Semoga kes-kes tersebut menjadikan kita memberi lebih perhatian keselamatan pada anak-anak kita juga anak sesiapa pun. Kalau lalu kenderaan yang mencurigakan kita tolong-tolong perhati sikit.




VINTAGE HEUER-LEONIDAS

HEUER jenama unggul bermula 1860 lebih dikenali sekarang dengan nama TAG-Heuer. Perkataan TAG di tambah setelah pengambilahan pada 1985 oleh syarikat TECHNIQUES D’AVANT GARDE pemilik McLaren F1 (ilmu google je hehe)

Kini jenama ini semakin kukuh dengan menaja sukan dunia.

Heuer-Leonidas pula mendapat nama dari gabungan Huer dengan Syarikat Leonidas Watch Factory (1964) dengan mengeluarkan banyak jam-jam bermutu...

Antaranya model diver ini.

Mana mau dapat lagi...

Layan..







 
Enjin quartz klasik

 



Monday, November 21, 2011

Ayah! kawan kita curi duit kita lagi!...

Aduan rakyat anak aku (tahun 1) mengadu yang duit sakunya kerap dirembat kawan sekelasnya. "Siapa dia? Tunjuk kat ayah.", mulanya dia takut nak tunjukkan aku kawannya tu, tapi bila aku desak dia bawa aku dibelakang pondok pengawal, disitu ada seorang budak lelaki sedang bermain... "Dia nilah yang curi." kata anak aku senyum-senyum sambil tuding jari, kawannya tu diam dan tundukkan muka, aku perhati wajahnya yang kehilangan senyum, tiba-tiba aku jatuh kesian. Ya.. rupanya naluri kebapaan aku tak tergamak melihat wajah sicomel sedih begitu.

Menguris hati... terdetik dihati anak itu mungkin kesekolah tanpa duit belanja, mungkin kelaparan membujuk dia mengambil/mencuri duit kawan sekelasnya. Mengajar anak dengan mengatakan mencuri itu salah/dosa itu adalah ugama! Tapi kita lupa bahawa memberi makan/minumnya juga adalah ugama, inilah 'bimbingan' ugama yg selalu kurang sehinggakan nafsunya disorong kepada perbuatan itu. 

Lekanya aku membelek setiap detik yang ditalu jentera Tag Heuer ni.

Lama aku renungi namun tak temui sebarang tarikan melainkan... kemewahan. Mewah!.. iaitu mewah dengan kehalusan binaanya.

Sangat disenangi tangan.

Tapi bagi aku jam-jam mewah sebegini bukan dicipta untuk dipakai, tapi untuk dipandang dan dibelai.

Berkulit hitam, namun bibir merahnya menodai perasaan.

Dimanapun dia berpaling semua indah sahaja...

Tag Heuer... Terimakasih yang empunya kerana sudi berkongsikan disini...