Showing posts with label seiko. Show all posts
Showing posts with label seiko. Show all posts

Tuesday, July 5, 2016

ACARA akhir malam di Ramadan dolu-dolu...

Dolu-dolu sekitar tahun 70-an akhir Ramadan ditutup dengan aktiviti akhir yang paling mencabar dari malam sebelumnya, iaitu malam Lailatudodol, iaitu malam menjenang/kacau DODOL! Ini le satu-satunya kuih tradisional yang diserah pada kudrat lelaki. Kuih-muih lain macam kuih sempret, peyek, tumpi dan lain-lain itu kerja kaum ibu.

Pakcik-pakcik dikampung menunjukkan kejantanannya dengan menjenang dodol kerana ia perlu dikacau selama 8 jam dengan kayu sudip gergasi sebelum masak sepenuhnya, ada pusingan tertentu ia perlu dikacau laju2, makin pekat dodol makain berat! Sekarang aktiviti menjenang dodol dah makin pupus.


Esok Hari Raya bakal bergema disurau dan masjid takbir raya. Pagi-pagi kita berkumpul di masjid atau surau beramai-ramai mengalunkan takbir raya. Tanda kemenangan melawan hawa napsu sepanjang Ramadan dimana kita bertahan dari makan, minum dan berkaroke...

Satu hari di hari raya yang mengHARUkan...

 (Bole jadi wak rasa pegang mikrofon karoke... hai wak, wak)

Bagi peminat jam pastinya raya tak sempurna tanpa ditemani koleksi tersayang.
Ada beberapa koleksi pasti dibawa untuk menjadi penyeri pakaian raya.

Layan wak!














Akhir kata di bulan mulia ini buat kekawan semua...
MAAF ZAHIR BATIN dan SELAMAT HARI RAYA

Thursday, March 12, 2015

"Semenjak berkerja di Singapora, kao sudah mampu membeli Seiko"

Penghujung 1960-an.
Sebut aje ada kenduri kawin satu kampung tumpang gumbira, khususnya kaum muda dan kanak-kanak. Kebanyakan anak-anak kampung ketika itu membesar dengan nasi berlaukkan kicap atau ikan kering, nak merasa daging atau ayam kena tunggu ada kenduri...susah wei.
Maka kalau nak merasa nasi minyak kena tunggu orang kampung kawin pulak. Kalau setahun kampung takde orang kawin maka kebulur nasik beryani le jawapnya hehe.

 
 Seminggu sebelum kenduri diadakan sekampung akan keluar bergotong- royong 'angkat  balai', iaitu mendirikan penanggah (bangsal). Satu didirikan di belakang rumah untuk kerja-kerja rewang dan satu lagi di laman untuk jamuan para tetamu datang. 

Balai atau penanggah ketika itu dibuat secara pasang siap dari KAYU serupa macam nak buat rumah! Maklum la masa tu struktur besi belum ujud lagi haha. Orang ramai akan berulang alik menggunakan gerabak mengangkut kayu, papan dan atap zink untuk dipasang sehingga penanggah siap. Kerja-kerja rewang seperti kupas bawang, kentang dan masak akan dibuat di sebelah malam dengan bercahayakan lampu gasolin.

Penanggah dulu besar dan tinggi, tak silap 30 kaki panjang.
 Diwaktu kenduri berlangsung dulang2 hidangan disusun dilantai penanggah untuk tetamu kenduri. Semua kerja-kerja menghidang dan membasuh pinggan-mangkuk dibuat secara gotong-royong. Setelah kenyang makan tetamu akan dihadiahkan bunga telur dan sebungkus nasi minyak untuk di bawa balik.
Ketika majlis jamuan berlangsung kedengar di kejauhan bunyi pukulan kompang mengiringi pengantin lelaki datang. Sebelum masuk rumah dua mempelai itu akan disandingkan dulu di halaman rumah.

 Haha ini le time yang aku suka iaitu upacara silat penggantin. Masa ni ada le orang keliling yang menyakat dan tolak-menolak rakan taulan ke depan mempelai untuk persembahan silat. Bila sorang memulakan langkah silat maka muncul yang lain memperagakan gaya silat pengantin. Cantik bunga silat pengantin ni bak tarian pendekar Melayu. Ada ketika 3-5 'pendekar' bersilat sehingga berpeluh pengantin berjemur. Tapi sekarang semua budaya hebat itu sudah terhakis.

Sebelah malam orang kampung akan dihiburkan dengan nanyian kumpulan ghazal jemputan. Masa tu boleh kata kebanyakan kampung ada kempulan gazal masing-masing. Tua atau muda akan turun berhibur. Lagi pun inilah saja masanya orang kampung dapat berhibur berbanding kita hari ini yang 24 jam dpt berhibur kerana adanya TV dan radio, dirumah maupun di kereta. Jadi jangan le kita mudah memperlekeh budaya silam atuk/nenek kita kerana mereka hidup tak dikelilingi kemajuan seperti kita kita hari ini.

Tapi apa yang pasti kehidupan di era 1960-1970-an ditatah oleh seni budaya yang menjadi identiti kita hari ini. Meminati seni silam itu mengambarkan jiwa kita damai pada suasana itu.

Seiko rally 7s36-0070 di kiri adalah model reissue Seiko rally Seiko 5126-8130 di kanannya.

Keduanya dipisahkan jarak usia 28 tahun (1969 dan 1997).

Yang lama glass tebal.

Milik kolektor Jepun yang kaya kasih sayang sehinggakan ia kelihatan baru seperti asalnya.

Serupa tapi berbeza enjin.

Sebetulnya Seiko mengeluarkan banyak model 'Rally' dan hampir kesemuannya cantik dan diminati para pengemar Seiko.

Keunikan pada grafik insert bezelnya yang sangat sporty.

Bila menyarap kelihatan kedua-duanya memiliki punggung mantap dan besaq.

Meminjam ciri-ciri bentuk jam diver membuatkan ia kelihatan tegap.

Tapi sayang.. sejak dulu lagi model-model Jepun ini tak minat memasuki pasaran kita.

Mungkin kerana saiznya yang terlalu besar atau...

... atau boleh jadi ketika itu harganya mahal dari jam-jam jenama Swiss
..seperti mana kisah silam ini...











Saturday, February 14, 2015

Bayu berpuput lembut...

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Begitulah sedikit rangkap dari lagu 'Hujan' nanyian biduan negara Allahyarham Sudirman. Sejak kebelakangan ini pun aku kerap layan lagu-lagu nanyian beliau yang bermutu dan sedap bahasanya.
Begitulah juga keindahan yang tersulam pada model
 LORD MATIC 5606-7130 ini...


Bahkan BOBOT dan BEKKK pun tenang dengar lagu-lagu klasik  walaupun depa tak paham.






Movement seiko 5606 dikatakan terbaik dikeluarkan Seiko pada era 1960 dan menjadi asas enjin-enjin GS!

 
Nipis macam takde enjin...

Nak tengok enjin sikit leceh..

...sebab kena bukak depan. Kalau tak cukup alat jangan mandai-mandai macam Bekk tu, rosak bahasa.

Ciri-ciri Grand (Seiko).

Jarum minit halus sehalus jarum saatnya.

Bentuk klasik dan menawan.

Baru aku tau logo 'S' itu ialah STELUX (Tong Sia) yang menjadi pembekal brecelet Seiko suatu ketika duluuuu.. aku ingatkan Superman.

Aku suka bentuknya sebab aku berkira pada bentuk.

Kerana bentuk memberikan keselesaan mata.

Mesera dengan suasana pejabat.

Tonggeng sikit wak. Haa aku dah kata, nak masuk kena ikut depan.

Sikit persamaan dengan GS (bawah).


Kalau berhobi elok simpan satu dua model berbeza bagi menyempurnakan fitrah manusia yang tak rasa cukup pada 1.

Sekor lagi LM belaian manja otai Radzi (thethick-thethick.blogspot.com) dalam artikel barunya di http://thetick-thetick.blogspot.com/2015/02/vintage-bm-seiko-lord-matic-5606-7000.html

Banyak ilmu berguna yang terselit dalam artikel2 beliau. Elok baca supaya kita tau sikit sebanyak sejarah pembangunan enjin2 Seiko ni. Kerana setiap model Seiko memiliki keunikannya.