Showing posts with label Orient. Show all posts
Showing posts with label Orient. Show all posts

Saturday, June 27, 2015

PUASA...

Puasa adalah rukun Islam ke-3 dari 5 rukun wajib. Puasa adalah meninggalkan makan dan minum di siang hari serta memelihara dari pekara yang membatalkan. Wajib berpuasa bagi yang upaya keculi mereka yang uzur, bukan buat2 uzur la.

Yang ' betui-betui uzur' akan disorong masuk ke dalam...

... van jenazah dan dibawa ke pejabat agama untuk suap dengan nasihat.
Selamat berpuasa kawan, semoga diberkati Allah.

 Sejak mutakhir ni aku disogok dengan beberapa model 'NOS' (New oLD sTOCK) dari beberapa rakan kolektor. Ada sesetengahnya tu membuatkan aku teruja bila terpandang dengan mata kepala sendiri, kalau setakat gambar memang aku tak goyang dan dengan hormat aku tolaklah dengan dua belah tangan, tapi bila depa pampang jam depan mata aku angkat dua2 tangan...huhu

Jam-jam tahap NOS biasanya model yang dah 'ketinggalan', maka itu kemunculannya ditengah-tengah kecanggihan dunia harologi kini amat terasa kelainan dan keterasingannya.


 Lihat saja Orient Swimmer ni yang tertulis perkataan 'WATERPROOF', istilah kuno yang jam-jam era 1960-an sebelum ia ditukar kepada perkataan WATER RESIST'.

 Label kertas masih ikat lagi,

 Orient, bukan calang-calang jenama. Kita tak kenal sangat kerana banyak model-model hebatnya dikerah kepasaran barat selain Jepun sendiri. Rasanya 1960-an hingga 70-an kita masih memutar jam-jam kunci. Jam-jam automatik dianggap canggih dan disebut ia 'jam kuasa nadi' yang pada fikiran orang ketika tu jam itu mendapat tenaga penggeraknya dari urat nadi di tangan haha.

 Jam-jam dress tak perlu lume pada indek-indeknya, ini aku setuju.

 Dan sangat cantik dengan tali kulit.

 Plastik biru dah lekat abis, tak perlu tanggal bagi memelihara kesan sejarahnya.

Kat tengah-tengah ada 'EG'... berkaitan kualiti agaknya.

 Sejukkan mata dengan kelembutan rekabentuknya, selalu dengat jam diver nanti orang kata kita ganas pulak haha.

 Jarum saat merah.


Supaya tak gaduh crown dan push button diasingkan, tradisi kebanyakan jam Orient yang aku jumpa. Kerja lebih mudah bila nak tukar haribulan.

Kemas

Serta mencerminkan pesonaliti...

Tuesday, May 15, 2012

Orient 60th...

Tak silap aku, jam ni aku beli pada bulan RAMADHAN 2010. Ketika disebuah kedai jam entah kenapa pandangan aku terpaku pada seutas jam berdial putih ni. Menarik nampaknya tapi bila pandang dekat nampak '60th Anniversary' pada dialnya ia bertambah menarik untuk aku dekati.

Keluaran semula model 1950! NOSTALGIA silam memang segar sepanjang zaman. 

Glass sebegini menyumbangkan pemandangan dial yang sangat menarik pada sesebuah jam (klasik).

Sekarang ni payah nak jumpa model-model baru Orient yang berkenan, dalam 100 mungkin hanya 1 yang aku minat, Citizen pun sama....atau aku dah taksub dengan Seiko?

Beberapa minggu lepas ada seorang tokey kedai  jam tanya aku "Lu ada simpan Orient anniversary?" 
"40th atau 60th?" tanya aku 
"60th laa...40th wa ada, kalau lu ada kasi jual sama saya" hhehe tokey pun terlepas. Memang pun, tak ramai yang sempat sambar model ni, jumlah terhad dan hanya bertahan selama 2/3 bulan diruang kedai.

Orient sejak 1950 (enjin kunci ) dah ada power reserve indecator!, canggih tuu!

Dial putih...biasanya jam dress sesuai cantik dengan dial putih, bahkan sebarang calar kecil di glass bisa 'ditelan'.

Bisikk nadinya boleh didengari lebih 50 jam walaupun indek power reserve tulis 40 jam je.

Crown 'gear' yang mudah diputar.

Glass cembung dan jarum runcing.

Hanya ada 1500 utas tersebar diseluruh dunia dan aku yang ke-603.

Sunday, April 29, 2012

STAR dari Timur...

Kebanyakan model Orient yang best-best berkumpul di Jepun, disana ia bergelar OrientSTAR! 

Model-model Star memang jarang ditemui disini, jumpa kat tangan orang pun payah.

Biasanya model STAR agak lebih mahal berbanding Orient biasa yang banyak terdapat disini... liur yang terpaksa ditelan oleh peminat-peminatnya disini.

Contohnya model ini, berharga RM2,500 sebelum rayuan.

Apa yang mahalnya? Awalnya memang agak memeranjatkan, tapi bila sangkut kat tangan baru aku tau perbezaan yang diberikan oleh model STAR ini.

Dial 'sarat dengan enjin'! Belakang begitu juga...

Bezel sangat cantik, tengok tepi dial tu...

Jarum jam dan minit hampir sama panjang, tapi hujungnya berbeza. Manakala jarum saat kecil duk pusing sorang-sorang kat posisi '6'.

99% nampak macam jam diver, bahkan crownnya jenis skruuu!

Dari muka dial kita dapat melihat jantungnya berdegup mengepam tenaga.

Semua posisi nampak cantik.

Bezel tebal berukuran 40mm duduk diatas casing yang tebal.

Memandang lugnya juga tebal maka aku pakaikan ia dengan 'sandwich' leather strap, aku namakan sandwich kerana tebalnya dari 3 lapis kulit!

Dikala senja menjelang, ianya bercahya umpama bintang-bintang langit....

...dan dikala siang 'STAR' ini silau macam matahari.

Monday, March 19, 2012

ORIENT AUTOMATIK!

Beli jam bukan untuk di pakai? Ya, memang pelik, umpama menghabiskan duit beratusan ringgit membeli sebuah lukisan yang dipampang pada dinding untuk menikmati kecantikannya semata-mata.

Mungkin lukisan itu tak mencantikan dinding rumah, itu tapi ia mencantikkan jiwa pemiliknya dengan menatap keindahnaya barang sedetik dua. Bila sudah mencapai tahap begini...

...itu bermakna seorang penternak sudah memasuki peringkat 'gila' dalam hobinya.

Gila? Ia betul, dimana ia memberi kesan sihat jiwa malahan sakit jiwa pada pemiliknya...

Sakit jiwa? Ya laa.. tak gosok sehari makan KFC rasa maggi. Awal pagi dan malam didodoi macam bini (baru/baharu), sanggup bersengkang mata ke ceruk mana aje untuk melaga dan memperagakan ternakan sesama mereka.

Biarpun bukan Omega, Orient terbaru ni sangat cantik sampaikan tak sampai hati kawan nak memakainya, kalau beli pun dia letak dalam frame gambar dan gantung kat dinding buat hiasan...haha

Orient aje? Ya, kalau Omega jangan mengingau nak dapat harga Satu Malaysia macam ni! Perasaan berubah bebaik ia sangkut ditangan!

Thursday, March 15, 2012

Ubi rebus panasss! Orient AUTOMATIK (RM550)

 Klasik design dengan dial buncit! (dial cembung daa..)

Set baru lengkap! Tungguuuu!

Sunday, December 4, 2011

WAJAH MU EMBUN DIMATA KU...

Melihat sesuatu yang cantik dan indah sangat berkhasiat untuk minda dan perasaan. Ia juga mujarab menyembuhkan penyakit kronik seperti sihir, santau atau penyakit2 lain khasnya disebabkan buatan orang. Ramai penternak yang menderita akibatnya, tanda-tanda keracunan seperti...

...rasa lenguh-lenguh pergelangan tangan, feneng-feneng kefala, senak perut, senggugut malah ada yang ceret-beret. Namun mangsa akan jadi sihat dan ligat tiba-tiba sebaik mendapat 'penawar' ditangan! (gambar)

Ishh, lupa aku nak renew road-tax kereta nih... Oh yaa, kereta/model mainan ini aku beli bukan untuk di naiki, tapi dibeli semata-mata ingin menyerap keindahannya sedalam-dalam perasaan, umpama seorang anak kecil yang sedih tapi lenyap tangisannya setelah memegang sebuah mainan.

Begitlah kebanyakan para penternak dimana sakit-sakit sendi, stress, magrin hatta lenyap sebaik menatap wajah-wajah ternakannya satu persatu. Hanya memandang ye! bukan dengan menunggang/memakainya ye!...

Kerana, nikmat memandangnya lebih bermanufaat dari memakainya, seumpama seorang yang membeli seekor ikan kelisa berharga ribu-riban. Ikan dibeli bukan untuk dimakan, sebaliknya di beli untuk diberi makan, agar ikan itu sihat berkilat dan dapat dipandang keayuannya setiap hari di akuariumnya...khasiat yg bukan datang dengan memakannya.

Ternakan yang anggun memberikan kepuasan sekalipun dengan memandangnya, err kalau boleh telan lebih mujarab agaknya hehe.

Orient NOS ni sangat mengujakan aku. 

Sarat dengan seni!

Seimbang dalam semua segi samada bentuk, saiz dan rekaan dial.

Logo 'ROTHMANS' dengan tulisan 'AUTOMATIC' italic terang-terang memberikan wajah klasik era 70-an. 

Pandangan yang menyejukan mata,  tanpa sedar ia mencampak perasaan ke halaman silam...
WAJAHMU.. EMBUN DI MATAKU
(set lengkap NOS RM500).