Showing posts with label seiko quartz. Show all posts
Showing posts with label seiko quartz. Show all posts

Friday, February 4, 2011

THUNG! THUNG! CHENGGG.... QONG XI FA CHAI! (Aksi-aksi lebih panas!)

Haha..tak abis-abis tuna lagi! Gambar-gambar tarbaru ketika aku bercuti di kampung.... terimalah seadanya ye







Igauan yang menjadi kenyataan...
Selepas difikirkan sehangus-hangusnya aku memutuskan untuk melamarnya. Nak tunggu apa lagi, harga baru dipasaran saja dah cecah RM3.5K! Lagi pun model lama ni lebih nampak 'asli' berbanding model barunya. Jam dan duit memberikan kepuasan berbeza. Jika duit RM3K buat kita risau jika dibawa kesana kemari tapi jam tak begitu, bawa kemana saja ia membuat kita selesa. Mahal sikit tak mengapa asal menang memakai.

Puas aku fikirkan apakah enjin quartz ni berbaloi dengan harganya. Tapi setelah meneguk racun berkhasiat dari otai-otai berpengalaman aku rasa beruntung. Ya lah.. enjin quartz model ni berkualiti tinggi, dibina khas untuk cabaran 300M! aku percaya sesuatu jam 'mahal' tak akan 'menipu' peminatnya.

Automatik, quartz atau solar power masing-masin mempunyai kelebihan dan kekurang tersendiri, bagi aku  apa yang penting adalah qualitinya. Diver 300M dengan casing yang mencuri tumpuan, kelainannya membuat sesiapa saja terkesima.

Selamat Tahun Baru China kepada rakan-rakan yang menyambutnya...

Saturday, January 29, 2011

SEIKO TUNA JEPUN 99.9% BARU! (SOLD!)

Peluang keemasan untuk memakai Seiko Tuna 300m yang sangat popular, enjin quartz bermutu dari seiko ni berbeza dari enjin quartz seiko yang lain. Nikmati foto-foto beracun dibawah ni yang dipungut dari artikel lepas...layannn

Aku terima sms dari Bro Radzi (thetick-thetick.blogspot.com), "Esok aku jumpa Uncle Luv kat restoran belakang Tesco Puchong jam 10.30, kalau nak raya datang le". Memang aku tak mau melepas, nak jumpa otai-otai jam berkumpul kat Puchong bukan senang!

Dari kiri: Aku, Uncle Luv, Mr Kong dan Mr Radzi. Pertemuan ini diserikan oleh kehadiran seketul jam lama berharga RM20K! Nantikan pertunjukan hebatnya... 
Biasanya disinilah satu meja khas untuk peminat jam bersidang, memang seronok walaupun ringkas dan santai tapi banyak pengetahuan pelik bin ajaib dapat dibawa pulang.

Tuna Can koleksi Mr Kong yang memeriahkan perhimpunan kami.

Model SBBN007 ni hanya boleh didapati dipasaran Jepun sahaja...peluang nak dapat disini tipis dan ditipiskan lagi dengan saiz harganya.

Bentuknya agak lain dari kebanyakan jam diver yang biasa kita lihat.Casing utama jam berada dalam satu casing lain (digelar pengemarnya sebagai tuna can), can itu dibina bagi melindungi jam dari kecederaan akibat misi-misi lasak didasar laut.

JDM (Japan Domestic Market) boleh diketahui hanya dengan melihat huruf kanji pada tingkap haribulan.

Tuna Can ni membuatkan jam ni kelihatan lebih besar.

Glass cembung menjadikan muka jam lebih jelas dan lebih cantik didalam air.

Keupayaan selaman 300m!!! biasanya kalau selam sedalam itu aku mesti pakai pelampung bagi tujuan keselamatan...errr

Bahagian bazel terdedah sikit sangat, tak boleh aku nak putar kerrrrrp...laju-laju macam kipas.. jumpa juga kelemahannya hehe.

Sangat menarik pada sudut-sudut tertentu,

Menggunakan kuasa bateri, tapi kalau habis bateripun aku pakai tiap hari macam biasa je...haha

Glass sangat tebal, tapi tak boleh lawan ketebalan 40mm Orient Pro-diver 300m!

Asalnya rubber strap...apabila dipasangkan bracelet maka elemen metal tambah menonjol sekali...

...tapi semua itu dilenyap oleh wajah perkasanya.

Tuna Can bazel hitam ni milik kawan aku Bro Lim, tengok...ada perbezaan sikit. Terimakasih Mr Kong dan Lim kerana berkongsi dengan semua disini!

 OK! jangan lupa untuk bertemu Bro Radzi di  http://thetick-thetick.blogspot.com/ (klik)
ada banyak petua tradisional yang sangat berguna dalam membeli jam-jam lama agar ia setanding dengan wang yang dileburkan.

Thursday, May 27, 2010

PENDEDAHAN EKSLUSIF!

Aku temui jam ni diruang display dalam keadaan dah tak bernyawa.

Sebetulnya dah berpuluh kali aku kunjungi kedai ni tapi tak perasan 'kewujudan'nya disitu, sehinggalah pada satu hari yang bertuah tergerak lidah aku minta tokey keluarkan seiko merah ni.

Setelah aku belek-belek aku berkenan pulak pada keunikannya,...Aku minta tokey pasang bateri...

Setelah jam bernyawa butang-butang disekeliling aku tekan-tekan aje (testing la), Wah! tak disangka! dial merah tu menjadi 'pentas' aksi hebat fungsi-fungsi yang tertera disitu...lalai aku dibuatnya.

Casing seperti 'helmet' menakap tangan dengan kemas. Hampir keseluruhan jam ini kelihatan unik..

....kedudukan dan jumlah butang/crown nampak agak ganjil...

...jarum jam pendek dan braceletnya yang lawa.

 Jarum-jarum jam menjadi indicator yang menjalankan banyak tugas! Bila butang chrono ditekan jarum saat akan bergerak dari jam 12 ke 2 berulang-ulang macam wiper kereta selama 10 minit, haha...kawan aku kata gerakan yang melucukan.
 
Jarum-jarum jam kembali kepada kedudukan masing-masing bila mode timer dipilih semula dengan memutar crownnya

Rekabentuk crown nampak kemasan.