Showing posts with label pasar jam. Show all posts
Showing posts with label pasar jam. Show all posts

Monday, October 18, 2010

Sepetang di Amcorp Mall...

Lama dah tak ke mari.... Tengahari tadi aku sempat membuat lawatan mengejut ke Amcorp Mall tempat berkumpul barang-barang dan orang-orang lama khususnyn para peminat seperti aku. Banyak koleksi lama berlonggok di setiap lot yang memenuhi semua aras 4 tingkat, seperti pinggan mangkuk, piring hitam, duit/stem lama, keris dan lain-lain.

Uncle berkaca mata tu dah lama bertapa di sini, meja dia paling sarat dengan jam lama. Kekadang dekat 10 orang menonggeng keliling meja membelek koleksinya dan kalau berkenan bagitau tokey, boleh runding bawah meja...

Ikut sama Towbakalahari putera aku yang bakal memasuki tahun 1 tahun depan...payah bawa budak ke mari...

Walaupun awek-awek sini seksi dan mengoda haha sikit iman aku tak goyah... zikir mesti cukup beb!...

Aduhhh, JAM!!!... "a Allah teguhkanlah iman ku dari hembusan hawa nafsu! huhu
.
Nampak Seiko Bullhead? Jam ni ditempatkan bersama-sama Zenith, Rolex dan Omega kerana nilainya yang setanding! RM1.8K...ada? kalau tak da boleh berlalu dengan hormat...

Di sudut lain aku jumpa koleksi dari bumi Russia!

Yang depan ni bukan Boctok atau Vostok... tapi sangat montok! Dial plain tak tau nama...

Salah satu yang menarik ialah jam pesawat lama MiG! Pesawat paling canggih di eranya! Sebesar jam meja, enjin masih kencang beb! Russia...negara angkasawan pertama dunia..berbanggalah sesiapa simpan seketul/dua jam buatan Russia.

Jet bersepai ditembak Mujaheddin Afghanistan, tapi benda ni masih jalan... komponen yang lasak dan berkualiti!

Mask askar Russia ni ada belalai? senang nak minum kut?

Ok, kalau ada kelapangan dihujung minggu apa kata luangkan masa 5jam disini? Biarpun tak membeli tapi pendedahan kepada barangan lama ni sangat bermakna.