Showing posts with label seiko gmt. Show all posts
Showing posts with label seiko gmt. Show all posts

Saturday, February 13, 2016

KEBABASAN BERSUARA!

Ayuh! mari kita bersuara!
Suara adalah kuasa! 
Suara mampu merubah. 
Suara yang bernas, suara yang merdu dan..
 suara yang berbau ... haremmm!
 Berbagai jenis model jam dibina untuk memenuhi tugas dan urusan manusia sesuai mengikut persekitaran dan keperluan harian dan tugasan kerja. Untuk tentera ada jamnya, untuk pengembara ada jamnya, untuk pelumba ada jamnya dan untuk penyelam juga ada jamnya.

Semua mempunya rupa berbeza mengikut keperluan dan keselesaan.

 Jadi, jam-jam ini di bina bukan sekadar hiasan badan bagi memenuhi selera mata, sebaliknya ia suatu keperluan hidup untuk mengelakankan kesilapan dan kemalangan dalam kerja harian.

 Model NAVIGATOR TIMER ini keluaran awal 1970-an, dulunya berperanan membantu tugas-tugas para pemandu kapal dilaut dan udara.

 Pada ring bezelnya adalah indek GMT 24 jam yang boleh diubah sesuka hati kita hehe.
Biru dan merah indek untuk malam dan siang.

 Tinggi dan selesa ditangan. Kedudukan crown pada no-4 sangat praktikal, kebanyakan jam Seiko crown disorok kat situ supaya tak diganggu. Apatah lagi crown navigator ini yang berperanan untuk mengubah putaran inner bezelnya.

 Dial yang ringkas menjadikan ia sesuai untuk dipakai kemanapun.

 Glass tinggi bagi melindungi 4 batang jarumnya yang berlapis dan bertingkat.

 Legenda yang dah 45 tahun payah nak jumpa kodisi mulus sebegini.

Navigator ni beberapa variasi sebetulnya.

 Dua ni variasi yang serupa, enjin takde hacking.

 Daya tarikan mata agak kuat, sikit-sikit nak tengok tangan hehe.

Casing bentuk 'kon' yang sangat aku minat, selesa memeluk tangan.


 Jarum GMT yang teramat unik.


 Aku cuba padankan dengan tali beberapa jenis tali kulit.


 Semua lawa dan menambah gaya yang berbeza.



Nanti aku try tropic pulak...

Wednesday, October 5, 2011

SEIKO 4R37!!! (RM680)

 Ada beberapa keunikan pada model baru Seiko GMT ni. Kalau dilihat dari jauh memang tak begitu ketara, tapi kalau tengok dari dekat sampai terlupa nak kelip mata.

Macam jam chronograph pun ye, macam jam diver pun ye, 2 dalam 1.

Model ini datang dengan tali getah skerap Seiko yang sangat tak segak buatnya, tali bracelet pula menambah sakit mata aku, jadi aku tukar zulu yang menampakkan bahagian kepalanya yang sebenar. Rasanya tali kulit juga sesuai buat model ini.

 Bukan semua jam handsome dengan bracelet atau tali 'ori'nya, tukarlah ikut selera kita sipemakainya dan bukan selera pengeluarnya.

Besar diameter bezel 45mm!

Pertamakali aku lihat logo SEIKO diseret ke posisi jam '3', manakala subdial 24jam/GMT seperti sub-second berada di jam '12'.

Crown berkongsi dengan lug, sangat dekat

Betuk crown macam gear rantai basikal, senang gentel sebab enjin 4R37 ni boleh dikunci.

Gigi macam duit syiling lama Malaysia.

Haribulan  di posisi jam '4'.

Malam yang tak mengecewakan.
Layan...





(RM680 nett)

Thursday, May 19, 2011

Kiambang, mekar mu dipinggir kali

Begitulah Usop, pemuda kampung yang jatuh cinta dengan kiambang sekampungnya. Sampaikan dah lupa makan minum. Apa taknya, sebelum ni kalau emaknya panggil makan dia belari kedapur meninggalkan kucing-kucingnya jauh dibelakang, tapi sejak seminggu dua ni dia dah mula berubah, bila dipanggil makan dia datang tapi duk garu-garu kepala depan pinggan. "Usop, nasik dah depan mata kenapa ko tak makan-makan?" tanya emaknya. "Err... Usop dah lupa macamana nak makan la mak..." jawapnya. "Wah, lupa makan? boleh bawak maut nih!" bisik hati emaknya. Lekas-lekaslah emaknya talipon ambulan segera hantar Usop mendapatkan rawatan bomoh handal di ceruk kota...

Zaman dulu masyarakat lebih mempercayai perubatan bomoh. Menurut kawan aku juga seorang bomoh muda, inilah 'masalah' orang kita. Keyakinan mereka terhadap bomoh yang memulihkan mereka walaupun bomoh jampi serapah tah apa-apa. Kesan plasibo yang berlaku katanya. Sesapa yang belajar doktor tentu tau makna plasibo dimana kepercayaan pada sesuatu memberi kesan rohani dan jasmani seseorang. Haha, aku sendiri menggunakan kesan plasibo nih...hehe

Aku teringat dulu orang kampung aku yang niaga ubat kaki lima, katanya seorang pesakit mengucapkan terimakasih kerana keberkesan ubatnya menyembuhkan sakit lelah yang lama dihidapinya, tapi sebenarnya ubat itu adalah tahi kambing yang dijemurnya dan dibotol, dilabel dan dijaja dengan bijaknya. Err kawan aku kata itu lebih baik daripada makan rezki haram rasuah dan curi...ok juga.

Inilah kiambang dipinggir kali sepertimana lagu 'kiambang' nanyian M.Nasir

Kiambang, bayang mu di air tenang...

Nasib mu kiambang di pinggir kali,
dan kau mekar menghiasi desa,
kemarau panjang pun tiba...

Walaupun bau mu tak seharum mawar
namun kau masih tetap menawan... Kiambang

Begitulah, nasib kiambang...
Ok, kiambang jepun yang menjadi pujaan hati peminat Seiko GMT worldtimer ni boleh korang ratapi bersama lagu M.Nasir berjodol> KIAMBANG (klik)
(RM800 nett)

Friday, December 3, 2010

KELUARGA BESAR GMT SEIKO!

Insyallah, satu keluarga ni akan turut datang berkampung di d'Dusun sempena HOROLOGY FOR UNITY esok.












 
Koleksi Luv ini diantara yang bakal ditayangkan dan menjadi bahan ratapan para peserta program.
Jadi, jangan lepaskan peluang dan wang! Jam-jam sebegini memang haram dah tak jumpa kedai! Kalau berkenan jangan malu-malu nak meminang.