Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Saturday, January 13, 2018

'BLACK IN THE DARK': BAJU H4U EMPEROR TUNA (SPECIAL EDITION 2018)

 Salam semua. Beberapa bulan sudah aku lancarkan Baju H4U 62MAS bagi memenuhi kalender 2018 para peminat haorlogi. Kali ini tambah satu lagi 'special edition 2018' baju H4U terbaru dengan imej garang model Seiko Emperor Tuna 1000m!

Model lagenda itu dipapar pada baju dengan diberi sikit sentuhan 'artistik' dimana kerekter unik jam lebih ditonjolkan, 'Trick' sebigini memang diguna pada kerja-kerja design/grafik dalam bidang apapun. Bertujuan menambah dan bukan mengurangi ciri2 sebenarnya.
Dibawah adalah dua grafik berbeza pada depan dan belakang baju.
 
  'Emperor Tuna' dan kanan 'Seiko' dalam kanji jepun. dan bawah kedudukan grafik pada baju.
 
4 element utamanya Emperor Tuna 1000m iaitu yang ditonjolkan itu adalah dial/indeknya yang garang, hitam bengis, body berotot dan saiz bagak perkasa. Tambah ganas lagi bila semua itu dipampang pada baju KELABU GELAP! Maka itu digelar 'BLACK IN THE DARK'.
 
 Berlatar belakangkan baju kelabu gelap grafik besar (bersaiz A4) nampak tak terlalu menonjol didada.

 Berbalam-balam tapi garang. Baju 'Black in the Dark' lume indek kelihatan 'menyala'.


Bagi yang kurang minat 'Black in the Dark' kerana maukan pandangan lebih kontras disediakan T-shirt KELABU CERAH seperti dibawah, ikut selera masing2.


Tempahan:
HARGA (semenanjung +POS): RM50 sehelai  
HARGA (Sabah/Sarawak +POS): RM60 sehelai 
WARNA: HITAM
SAIZ: S, M, L, XL, 2XL, 3L 
CARA TEMPAHAN: WATTSUP 012 3939 084.


Friday, December 11, 2015

BULAN 12, MUSIM BERSUNAT

Bulan 12 atau bulan disember sememangnya meriah dengan bermacam aktiviti, maklum le cuti sekolah panjang, bagi emak bapak yang punyai anak2 berekolah rasa rehat sekali.

Berbagai aktiviti dan kenduri-kendara memenuhi kalender. Tak terkecuali adalah aktiviti bersunat (berkhatan). Tambah meriah kalau buat majlis BERSUNAT BERAMAI-RAMAI...hurayy meriah tu!

Ini bukan majlis bersunat beramai-ramai yang aku maksudkan tu ye, tapi ini majlis tengok jam beramai-ramai gang H4U Utara.

Pada 5hb disember yang lepas otai tersohor saudara Azhari Ishak (jamkampung.blogspot.com) bermurah hati menganjurkan perjumpaan harulogi H4U di Dewan d'Bintang jalan Bertam 2 Pulau Pinang. Bermula jam 2 sehingga 7.30 malam peserta bersembang santai sambil bergelak ketawa dengan senda-gurau sesama sendiri, hebat.

Antara beberapa hidangan lazat di majlis H4U.

MASAM-MANIS MUSIM BERSUNAT 1970-an

 Bulan 12 (Disember 1970-an) merupakan bulan yang meriah buat anak-anak kampung kerana mereka bebas bermain pagi petang tanpa diganggu kerja sekolah. Leka dan seronok bermain sampai lupa balik makan. Kolam, parit semak belukar semua depa redah, lasak tak makan saman. Petang si bapak balik bawak ikan pasar sebaliknya depa balik bawak ikan segar yang etah parit mana depa sauk, dasat. Begitulah lasak dan beraninya budak-budak kampung aku dulu. 

Walaupun begitu depa sangat takut pada seorang tua berbasikal dengan beg hitam di belakangnya yang bergelar TOK MUDIM!. Kalau lalu tok mudim mereka semua cabut menyorok dalam semak.

'Tok mudim tengah cari budak, nyorok cepat!", begitulah tanggapan aku dan kkekawan masa kecik-kecik dulu hehe. Tok Mudim pun satu, pantang nampak budak-budak pasti dijerkahnya 'NAK KENA SUNAT!". Rupanya dia memang suka menyakat budak-budak haha.

Zaman aku dulu masih ujud sunat cara kampung (tanpa bius)...fuhhh handal tuu, tapi kalau kecut perut pilih aje sunat cara moden yang menggunakan bius. Tapi kena 3 jarum menjerit jugak wei.

Tapi sunat moden lepas potong luka kena dijahit...


Tiap malam bila datang rasa sakit ketuk aje kepala lutut dengan tempurung kelapa ... tuk, tuk, tuk sampai rasa sakit rasa berkurang. Tidur terpaksa melentang berselimut kain pelikat yang dibunjut dengan tali dan digantung bagi mengelakkan punai tersentuh kain...  ngilu weii
..tapi yang tak bunjut kain ini macam kawan sebelah hebat la hehe.

Dulu bersunat kampung lebih cepat sembuh berbanding bersunat moden kerana selepas potong luka tak perlu dijahit, apatah lagi sunat moden dulu yang mana luka di jahit dengan benang hitam dan dibalut pula. Bila luka dah mula kering terseksa nak menanggalkan benang dan balutan yang dah melekat, tak seperti sunat moden hari ni dimana jahitan menggunakan benang usus yang mudah reput bila direndam air.

Berbalik pada H4U d'Bintang. Antara koleksi yang memeriahkan.

6306

Kembar 7018 yang jarang-jarang jumpa.

Ni juga chrono tapi enjin 6138

Dynamic, lagenda 70-an


Model paling pantas pupus dalam pasaran.

Klasik diver yang menjadi buruan


Spesis unik chrono dari Seiko. tanpa subdial


Tulis arab daa...-Sudin


Tembaga, makin kerak makin lawa.

Seiko indek roman yang jarang2 jumpa.

Klasik memang asyik

Kecik tapi lawa.

Jentera lama yang masih utuh berdetik

Ball dengan teknologi tiub H3 merupakan identiti wajibnya.


Spesis Orient yang unik

Ni juga.

Model 50th anniversary, wajib simpan.

SICURA dengan indeks yang berlapis-lapis.

Olma, namapun dah pupus

Bellmatic penyu.

AKA. Bullhead Alba

Pulsar dengan enjin kinetic (Seiko).

Sumo yang kembali diboroi.. maaf silap, diburui.

Muncul hero CASIO... steel tu.

Terimakasih semua kekawan yang hadir dan terus memberikan sokongan khususnya sdr Azahari Jamkampung.

Friday, November 13, 2015

T-SHIRT 'TURTLE 6306' (Edisi khas sempena 5 tahun H4U)

Salam kekawan semua, lama rasanya tak bersua diruang siber ni. Maklumlah, kesibukan di penghujung tahun sehinggakan katun penglipur lara si bobot, bebek, pochong, jerangkung dan wak bomoh takde masa nak layan hehe.

Dunia harulogi tanah air tak pernah sepi, sentiasa segar bugar dengan bermacam aktiviti, siang malam berkumpul, mengeteh sambil racun meracun sesama sendiri hehe. Kejam-celik3 dah makin lama kita bergelumang dengan hobi jam.

Tahukah korang? Berakhirnya 2015 ni genaplah usia 5 tahun 'HOROLOGY FOR UNITY' (H4U), pentas hobi yang bebas dan sejagat.

 Dan sebagai meneruskan semangat H4U yang masih berbara aku cuba luangkan masa untuk bikin T-shirt H4U terbaru bertemakan legenda hebat sebuah model buruan...

Tak lain dan tak bukan ia adalah SEIKO DIVER ...

Ada dua siri, model 7000 dan 7001. Ramai di kalangan otai jam lebih meminati model 6306/9 berbanding 6105 kerana model ini (6306/9) memiliki ciri2 rekabentuk 'baru' dan tersendiri khususnya pada jarum dan indek jamnya yang masih muncul pada skx bond sehingga hari ni.. evergreen gitu.

 6306-7000
 
 6306-7001

Serupa tapi beza antara kedua 6306 (7000 dengan 7001) pada crownnya.
Model 6306 ni mirip bebenor dengan model 6309-7040/9 tapi dari aspek batinnya ia sangat berbeza kerana  harganya 2-3 kali ganda dari model 7040 betul2 menyeksa batin huhu. Juga digelar SEIKO TURTLE kerana bentuk badannya serupa spesis laut tersebut, selesa dan sedap dipakai dan dipandang.

Apa beza antara 6306 dengan 6309 yang biasa jumpa di pasaran? Ini jawapannya.

Dan jangan risau, info penting ini ada dalam design baju. Jadi senang korang nak rujuk.

T-SHIRT 6306 (H4U 5th anniversary)
 Ada 3 jenis T-shirt dengan 2 baju tak berkolar dan satu baju berkolar. Untuk memudahkan pilihan tiap satu aku labelkan T1, T2 dan T3.

T1: Baju hitam tak berkolar, Belakang tulisan 6306 (bevel/metal scratch) dan depan discription model 6306 vs 6309 (metal scratches).

  T2: Baju kelabu (grey) tak berkolar, grafik belakang Seiko 6306 pada tangan dengan 5 jari (sempena angka 5 ulang tahun H4U). Depan design ringkas jam dengan discription model.

 T3: Baju hitam berkolar dengan mengekalkan grafik serupa T1/T2 cuma ditukar kpd warna merah pada grafik depan. Semua grafik baju tersebut boleh korang tengok sini...

BUTIR-BUTIR PERLU SEBELUM BUAT TEMPAHAN:
T:shirt: 
ORENSPORT
Saiz: 
S,M,L,XL,2XL, 3XL
Warna: 
HITAM, MERAH, BIRU, HIJAU
 (warna selain hitam mungkin ada sikit perbezaan dari yang dipaparkan di atas, tertakluk pada stok pembekal)
Harga:
T-shirt kolar bulat RM45 pcs (termasuk pos)
T-shirt berkolar RM50 pcs (termasuk pos)
Cara tempahan: 
SMS ke 012 3939 084 (T1/T2/T3/ dan S/M/L/XL/2XL/3XL)

Ukuran saiz sila rujuk sini:
Tarikh akhir tempahan: 28hb Nov 2015 (tertakluk pada perubahan)