Showing posts with label FOR SALE. Show all posts
Showing posts with label FOR SALE. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Anak aku meraung nampak HANTU SODUT!

Maghrib semalam anak aku Firas Auji bangun tidur sambil menangis kuat di sofa, badan menggigil sambil matanya terpacak pada suatu sudut di ruang tamu. Apa yang dilihatnya kami pun tak tau, tapi dari reaksinya macam dia melihat sesuatu yang amat menyeramkannya. Ketika tu badannya terasa agak panas dan berpeluh, setelah dijampi serapah dengan ayat-ayat suci dia pun reda.
 
 Sebenarnya malam kelmarin ketika demam dia kena macam ni jugak. Berkali-kali aku tanya apa yang dia nampak? Berkali-kali pula dia jawab nampak 'SODUT' dekat kain-baju di almari. SODUT? tak pernah aku dengar nama HANTU SODUT, mungkin spesis baru kut?
 
 Kali ni abang-abangnya buat soal sisat, ditanya macam mana rupanya, cantik atau hodoh, matanya, hidungnya dan macam-macam lagi. Tak puas hati si abang sulungnya kasi dia pensil dan kertas kotor "Cuba Auji lukis apa yang apa yang Auji nampak tadi"... Setelah didesak maka dia pun lukis rupa wajah lembaga misteri 'sodut' yang menyeramkannya itu...
 
Sebelum itu apa kata kita layan Seiko Pepsi yang semakin hilang dipandangan.

Kelmarin aku nampak seorang teman memakai model 6319, "Dah lama tak jumpa Seiko 6139 sangkut tangan!" kata aku.

Memang pun! Model 6139 semakin sukar nampak dipakai, yang kerap diberitakan dikalangan penternak adalah model 6138 atau model diver, kalau vintaj Swiss memang selalu, kalau model baru pula ramai jemu.

6139 PEPSI ni memang seksi, aku cukup suka reka bentuknya, benda menarik memang susah nak padam di ingatan.

Warna bezel sebegini pun dah tak jumpa pada model-model chrono hari ni.

Mantap dan sarat dengan imej klasik, kalau pakai aku kerap menerima teguran kaum keliling.

Sememangnya rekabentuk silam ini membuatkan sesiapa teruja, kekadang mereka yang tak minat pun boleh jatuh cinta dan terjebak.

...Firas Auji pun melukis lembaga misteri yang dilihatnya tadi, dengan penuh debaran pula si abang-abangnya menunggu hasil lakarannya...
 
Akhirnya lembaga seram 'HANTU SODUT' itu berjaya dirakamkan! (lihat imej dalam bulatan). Walaupun lakarannya tak seberapa tapi sekurang-kurangnya aku tahu dah rupa 'HANTU SODUT' tu! Padan le hantu tu takut nak menjelmakan diri. Sebab,
... kalau dia menjelmakan diri konpom pedih kena gelak ngan anak-anak aku WAKAKAKA...

FOR Sale RM550!

Friday, June 15, 2012

MODEL-MODEL YANG BIKIN SUASANA PANAS BERJERUBU!

Panda yang comel!

Tag Heuer automatik!

Seiko 7108-7000 dengan kanji!

Seiko 7016-7000 dengan 5 batang jarum!

>SOLD<
Dan Bulova yang menawan! Semua jejaka handsome ni sedia untuk dilamar! Harga sila tingok >>> sebelah...

Wednesday, June 6, 2012

JAMBUUU! (RM850)

Spesis 6138-3000 ini jaghrrrang-jaghrrrang jumpa. Tak seperti 10 tahun dulu peluang menemuinya di pasaran kini 1 dalam 1000. Spesis yang diancam kepupusan tahap serius.

Situasi meruncing ini membuatkan ia menjadi sasaran pemburu-pemburu haram serata dunia. Apa istimewanya jumbo ni?

Tak banyak aku nampak keunikan padanya kecuali saiznya yang besar! Mungkin ia jam chrono terbesar di era 70-an dulu sehingga di gelar JUMBO!

9/10 model-model 6138 yang ada sangat popular! Gelaran unik seperti UFO, BIG BLUE, BULLHEAD, TOKEI ZARA, PANDA dipelopori oleh kerabat 6138!

Saiz sama besar dengan penumbuk aku, boleh memberikan kecederaan parah kalau dibawak baetumbuk nih!

Sangat sesuai untuk mereka yang bertangan besar.

Model chrono yang menyerikan koleksi korang.

Sangat segak dikenakan dengan tali kulit coklat, insyallah aku akan pasangkan buat ratapan korang.

Rasanya korang tak perasan satu keunikan model chrono ni...

...iaitu model ni tak mempunyai indek tychmeter seperti jam-jam chrono lain.

Ini membuatkan model ini nampak lebih besar sehingga mendapat gelaran tersebut.

Glass rata, permulaan ciri jam-jam modern.

Jarum kuning bagi memberikan gaya sport klasik. 
Apapun model ni tergulung dalam senarai jam-jam buruan para penternak Seiko, dan pada mereka yang suka berhimpun dalam aktiviti H4U besar atau kecil semestinya kehadiran model ini akan mencetuskan provokasi dan huru-hara!

Thursday, May 31, 2012

TELUX

Pukul 1.00 pagi aku masih di pejabat. Sunyi sepi sekeliling, tiada lagi kedengaran ngilai ketawa rakan-kawan sebelahan kerana mereka semua dah pulang. Suasana sebegini agak menyeramkan 12 tahun dulu, iaitu ketika syarikat baru berpindah di bagunan baru ini, peringkat pertama pemindahan ketika itu (selain beberapa pengawal keselamatan dibawah) aku dan boss aje yang bertugas di bangunan 16 tingkat ni.

Pernah sekali jam 2 pagi setelah selesai kerja dari tingkat 4 aku masuk lif dan tekan butang 1 (ke tingkat 1), lif yang sepatutnya turun sebaliknya bergerak naik tingkat demi tingkat sampai ke tingkat 14! "Ehh siapa pulak tekat butang 14? Siapa duk sana?" tiba2 aku jadi seram. Peliknya ditingkat itu lif 'tergantung' beberapa ketika tanpa terbuka pintu, kalau terbuka mesti aku menjerit haha, ketika tu semua tingkat atas masih tak berpenghuni dan keadaan lobi gelap beb!. Bila aku buat aduan rakyat pada seorang pengawal dia kata"Kita dah selalu terkena ... Kalau kena ganggu macam tu abang bagi bagi tau 'dia' "Jangan le gatal tangan nak tekan-tekan butang!" heheeeee 

Tapi kini jembalang tu semua tak menganggu aku lagi, mungkin mereka sedar 'taktik lama' mereka tu dah tak berkesan sebab sekarang ni aku duk layan 'lembaga' yang lebih seram dari mereka hehe. 

Lewat malam dipejabat aku buka laci dan mencapai sebuah kotak merah yang tertera jenama TELUX. didalamnya kelihatan seutas jam sedang lena memeluk bantal.


Belek beberapa ketika depan dan belakang. Beginilah aku meniti keindahan alam ciptaan yang terbentang...

...di tapak tangan.

Cantik dan memukau mata....hasil sentuhan dari tangan-tangan yang jujur.

Semua sudut diperhalus tanpa mengira samada ia bahagian terdedah atau tersembunyi.

Kilauan keemasan memberikan sedikit berahi...waktu malam bibit-bibit kilauan emasnya pasti mencucuk-mencucuk anak mata dan memedihkan ulu hati kekawan keliling.

Gaya klasik yang popular, ringkas dan nampak grand!

Tak dapat aku bayangkan kecantikannya kalau dilingkari dengan tali kulit buaya.

Bentuk klasik yang masih memelihara 'budaya' SWISS.

Wednesday, May 23, 2012

TERBAHARU DAN TERHARU! SEIKO FRU! (RM820)

4R36 dah menjadi jenera baru model-model Seiko mutakhir ni, sejauh mana kelasakan jentera ni berbanding enjin 7S25/6 belum diketahui. Yang baru tentu dianggap lebih baik dari yang lama, tapi itu tak merangkumi semua aspek. 

Apapun model baru seiko SSA 055K1 ini lagaknya bagai sebuah perisai gempur, dengan bentuk yang mengerunkan sesuai untuk mereka yang lasak.

Menyedari aktiviti lasak bakal melimpahkan peluh maka strap siap dipakaikan dengan 'jeket kalis peluru'.

Enjin automatik dan boleh kunci, sementara crown bukan jenis skru.

Bezel mudah diputar.

Ini bukan jam diver, tapi dengan tahap WR100 itu sesuai untuk aktiviti berkubang atau memancing.

Ada subdial 24hr pada penjuru jam 10.

Ada 2 bezel yang boleh diputar, satu adalah inner bezel dengan indek kompas.

Dial biru maritim yang menjadi warna pilihan angkatan bersenjata seluruh dunia. Apa fikir lagi? Jom GEMPURRR! 

Sunday, April 29, 2012

STAR dari Timur...

Kebanyakan model Orient yang best-best berkumpul di Jepun, disana ia bergelar OrientSTAR! 

Model-model Star memang jarang ditemui disini, jumpa kat tangan orang pun payah.

Biasanya model STAR agak lebih mahal berbanding Orient biasa yang banyak terdapat disini... liur yang terpaksa ditelan oleh peminat-peminatnya disini.

Contohnya model ini, berharga RM2,500 sebelum rayuan.

Apa yang mahalnya? Awalnya memang agak memeranjatkan, tapi bila sangkut kat tangan baru aku tau perbezaan yang diberikan oleh model STAR ini.

Dial 'sarat dengan enjin'! Belakang begitu juga...

Bezel sangat cantik, tengok tepi dial tu...

Jarum jam dan minit hampir sama panjang, tapi hujungnya berbeza. Manakala jarum saat kecil duk pusing sorang-sorang kat posisi '6'.

99% nampak macam jam diver, bahkan crownnya jenis skruuu!

Dari muka dial kita dapat melihat jantungnya berdegup mengepam tenaga.

Semua posisi nampak cantik.

Bezel tebal berukuran 40mm duduk diatas casing yang tebal.

Memandang lugnya juga tebal maka aku pakaikan ia dengan 'sandwich' leather strap, aku namakan sandwich kerana tebalnya dari 3 lapis kulit!

Dikala senja menjelang, ianya bercahya umpama bintang-bintang langit....

...dan dikala siang 'STAR' ini silau macam matahari.