Showing posts with label alba. Show all posts
Showing posts with label alba. Show all posts

Tuesday, July 5, 2016

ACARA akhir malam di Ramadan dolu-dolu...

Dolu-dolu sekitar tahun 70-an akhir Ramadan ditutup dengan aktiviti akhir yang paling mencabar dari malam sebelumnya, iaitu malam Lailatudodol, iaitu malam menjenang/kacau DODOL! Ini le satu-satunya kuih tradisional yang diserah pada kudrat lelaki. Kuih-muih lain macam kuih sempret, peyek, tumpi dan lain-lain itu kerja kaum ibu.

Pakcik-pakcik dikampung menunjukkan kejantanannya dengan menjenang dodol kerana ia perlu dikacau selama 8 jam dengan kayu sudip gergasi sebelum masak sepenuhnya, ada pusingan tertentu ia perlu dikacau laju2, makin pekat dodol makain berat! Sekarang aktiviti menjenang dodol dah makin pupus.


Esok Hari Raya bakal bergema disurau dan masjid takbir raya. Pagi-pagi kita berkumpul di masjid atau surau beramai-ramai mengalunkan takbir raya. Tanda kemenangan melawan hawa napsu sepanjang Ramadan dimana kita bertahan dari makan, minum dan berkaroke...

Satu hari di hari raya yang mengHARUkan...

 (Bole jadi wak rasa pegang mikrofon karoke... hai wak, wak)

Bagi peminat jam pastinya raya tak sempurna tanpa ditemani koleksi tersayang.
Ada beberapa koleksi pasti dibawa untuk menjadi penyeri pakaian raya.

Layan wak!














Akhir kata di bulan mulia ini buat kekawan semua...
MAAF ZAHIR BATIN dan SELAMAT HARI RAYA

Thursday, January 5, 2012

Sengatan berbisa! (RM800)

Aduh... kesan bisanya meninggalkan parut dipergelangan tangan yang payah nak dihilangkan, sapu minyak gamat, minyak lintah, minyak petrol pun tak hilang. "Binatang apa yang menyengat sampai jadi macam ni?" Haha pertanyaan yang bijak...

Spesis yang sukar ditemui lagi akibat pemburuan haram yang berleluasa. Kepala maupun ekornya dah jadi bahan perubatan tradisional yang dikatakan mujarab menyembuhkan pening kepala, lenguh pergelangan tangan serta masalah makan tak kenyang (atau mandi tak basah) para penternak jam.

Mempunyai 2 batang ekor kasar yang mencengkap mangsanya dengan kemas sehingga berbekas.

Kepala keras dan berat. Mata biru dengan gigi-gigi yang runcing disekeliling dial.

Spesis ini 99% masih baru yang aku pancing dari kolam seorang penternak beberapa hari lepas, hanya sempat pakai 3 kali aje menurutnya. Dua hari aku pakai buat melepas gian pada model berenjin 7s26 Seiko ni. Model automatik pertama Alba yang bertahun dah dihentikan pengeluarannya. "Mantaray lebih mantap dari diver 7s seiko sendiri" komen seorang penternak yang pernah merasai bisa cengkamannya.

Sekor lagi spessis 7006-8030 yang paling cantik pernah aku temui! nantikan...

Tuesday, July 5, 2011

Mengkagumi diri...

Seusia hidup manusia hanya mengkagumi dan terus mengkagumi kejayaanya. Merasa diri kaya kerana harta-hartanya dan merasa alim kerana amal-amalnya. Mengeluarkan sabar apabila diserang ujian tapi membuangnya apabila dilontar kejian, bukankah kedua-dua itu adik-beradik?
"Kita tidak pernah mencermini diri..." teringat aku kata seorang teman.
"Apa perlu cermin?" tanya aku
"Tanpa cermin kita lebih melihat orang lain" jawabnya
"Lain je maknanya, cermin apa? Cermin mimpi lagu M.Nasir tu ke?" tanya aku nada bergurau
"Begitulah... cermin diri. Saat melangkah masuk ke istana Sulaiman beliau melihat diri menerusinya maka Ratu Balqis melabuhkan kainnya malu dan memuji -muji Allah" Jawapan yang menambahkan jangka hayat menung aku.

Ketika singgah ke sebuah bengkel motor tiba-tiba tangan ini menarik perhatian aku... Tangan siapa gerangannya?

Ishh, tangan sendiri rupanya! Itulah jadinya kalau dah banyak tangan, sampai lupa kacak tangan sendiri.

Model yang sangat unik khususnya pada bentuk kaki lug. Bersegi siap ada 'mata' yang tak berfungsipun.

Dibuat dari logam tatinium, ringat dan kukuh.

Pepenjuru bersegi-segi, jarang jumpa jam bentuk sebegini.

Bezel agak tebal disesuaikan dengan indek dan jarum yang sepadan.

Seiko Samurai antara model diver paling unik. Juga menampilkan gaya ekslusif.

Setelah disuntik dengan tali canvas ia nampak lebih bengis.

Lama aku merenung bahagian sulitnya ni...

...dimana crown dan bezelnya tu serupa dengan Alba diver ni, cuma crown Alba diver 7S26 ni kontot sikit.

Lebih tampan dan bersemangat berbanding model-model barunya yang langsung tak berbisa.

Dua model ini dah lupus dari pasaran, maka memilikinya lebih menambah nilai koleksi yang ada. Sememangnya aku kolektor yang cemburu pada yang 'hilang'. Semasa ada tak mau beli, masa tiadanya diburu pula haha...Seronok? Ya, seronok apabila apa yang diburu dapat ditangkap tangan, macam orang memancing ikan juga.

Friday, May 14, 2010

BUAT PEMINAT-PEMINAT 'TANK' 200M


Nampak sekumpulan ikan pari berenang didasar lautan birunya?...

ALBA MANTA RAY!...ilham dari 'pesawat' ni, hebatkan?


Bentuk rubber strap yang unik, memberikan cengkaman yang dashyat.


Jangan main-main beb!... Enjin dia sama genetik dgn samurai-samurai belakang tu!



Yang ini digelar ALBA WAVE, kerana corak dialnya

Alba diver 200m ni dah pupus dipasaran, kalau korang jumpa kedai elok beli aje, toksah nak tebuk dinding kedai pulak...kerja haram tak berbaloi!

Thursday, February 25, 2010

ALBA WHITE SHARK! ($OLD)

Ada kala kita keliru

Bukan kita ditipu, tapi kita tertipu...

Saja aku kasi nama haiwan ganas-ganas, sesuai dengan imejnya...ada masa aku buh gambar lagi.

Friday, December 4, 2009

ALBA WAVE vs ARBUTUS GMT

Setakat 2, 3 biji kerusi buat dia geli aje...


NAH! Sofa 5 seater! baru dia tumbang... hehe...ganas tul!


Alba divery ang cantik berenjin 7s26 (seiko) ni hanya sempat aku pakai 8 jam aje... Terpaksa aku pulangkan kat kedai sebab sikit kerosakan enjin, kedai nak ganti enjin baru tapi aku dah berpatah arang, tak mau...


Aku minta ganti dengan jam ini (ARBUTUS GMT Automatik), saja nak try sebiji model yg 'asing'.
Walaupun pada awalnya aku tak minat pada jenama baru ini, tapi asakan demi asakan model-model barunya buat aku hilang pedoman... Jenama baru ni amat memuaskan hati sanubari aku.