Nampaknya lagu-lagu nostalgia juga yang masih diputar sehingga kini. Tengok saja pada model popular B&R ni dimana ciri vintaj menjadi taruhan dan pengaruhi beberapa model-model terkininya.
Ini semua original ye, tangan pun ori..Sedap pegang sedap pandang!
Kata seorang rakan "aku tak nampak lain kecuali...lawa" ...fuhh taksub.
Harga? Hehe ada berani tanya harga?... Murah sikit dari Kawasaki D-Trecker 250 yang aku impikan tu.
Tetap berseri sekalipun ketika aku snap gambar sebenarnya selaput plastik yang membaluti seluruh casing tak dibuka, tokey nak buka tapi aku tak mau menyusah, kalau beli pun elok tak payah buka, biar pakai aje supaya jam tak calar haha
Model crono ni agak mahal berbanding model biasa yang serupa warna dialnya.
Kena pergi bank buat loan nak beli B&R ni....emmm