Showing posts with label oris. Show all posts
Showing posts with label oris. Show all posts

Tuesday, February 7, 2017

ORIS SIXTY FIVE...

Salam semua,hampir 2 purnama aku tak kunjungi laman blog aku ni kerana meja dibanjiri kerja-kerja awal tahun. Belum sempat punggung mencecah bangku sudah tersedia 'urgent jobs' diatas meja.
Namun pada hari itu tangan aku tak merungut, apa saja yang diarah selamba ia menurut perintah...

 ...apa taknya, disogok dengan ORIS SISTY FIVE reissue model lagenda 1965 dulu!

 Teman dikala berkerja...

 
 Datang dengan dua versi model tapi yang ini pilihanku. Dial kebiruan dengan glass buncit.

 ORIS HERITAGE 60an mengunakan semula logo lama!

Lahir pada 1904 di Holstein Swiss. Pernah mengeluarkan jam quartz sekitar 80-an tapi kini Oris hanya keluarkan jam auto aje. Tambah dikenali antarabangsa apabila tahun 2003 menjadi penaja F1 team BMW Williams.

Era kegemilangan jam-jam skin-diver dulu. Ketika itu jam-jam diver tak canggih sepertihari ini namun rekabentuk dulu masih segar hingga kehari ini sehingga banyak model-model silam itu di re-issue.

 Glas sapphire buncit, dulu glass2 buncit hanya dari 'plastik'.

ORIS, menurut sejarah ia mengambil nama satu lembah subur dan tali air di Swiss sana.

Dial sama buncit..

Lebih segak dengan bracelet.

Beberapakali aku sarungkan dengan strap leather, zulu dan nato tapi...

...ia tetap lebih serasi dengan bracelet.

Satu lagi warga Swiss yang popular sekitar 1990an yang meminati peti jam aku adalah TAG HEUER PILOT 200m!
Tak silap ini Pilot versi ke-2 tahun 1992
 
Warna langit berawan, biru dan putih sangat padan dengan jam pilot.

 Sungguhpun kekebalan air 200m macam jam diver dengan crown jenis skru tapi ia bukan untuk dive ye.

 
Indeks tychmeter tersusun bertingkat-tingkat, kemas.

Dial putih selesa dipandang dalam cahaya suram.

Tak perlu strap yang terlalu bercorak lagi, cukup dengan zulu aje agar mata tak stress melihat waktu.
Alhamdulillah, dengan galakan Oris tangan aku yang letih dapat menyiapkannya jua TOWER of TRUST. Kita harus membina dan memelihara jatidiri dan jangan runtuhkan kepercayaan orang terhadap kita. Kalau runtuh memang boleh dibaiki tapi kepercayaan (orang) tak akan dapat dibaiki lagi. emmm nasihat diri sendiri.

Saturday, October 1, 2011

ORIS DIVER VINTAJ (SOLD)

Strap apa yang buat Oris lama ni nampak macam ganas ye?

Tak susah... kenakan dia dengan uniform askar haha...

'Veteran perang' yang seronok di buai tangan ketika bersiar-siar.

Model Oris diver klasik ni memang payah ditemui lagi, pusinglah satu Malaya dan jika korang ternampak Oris ni ditangan seseorang  maka tak lain dan tak bukan...

...aku lah orangnya hehe.

Tuesday, September 6, 2011

Hati ku dig-ORIS...

20 tahun lamanya aku mengidamkan sebutir jam bernama ORIS menjadi sebahagian keluarga aku, tapi tak pernah tercapai kerana hampir seluruh modelnya dipasaran tak digemari oleh lengan aku yang slim dan lasak ni atau dalam bahasa kasarnya "ia tak mampu meracuni aku".

Tapi bak kata orang-orang tua 'kalau dah jodoh tak kemana'...

Emm teringat aku cara orang-orang dulu menentukan jodoh... Semua atas pilihan orang tua supaya harta berupa tanah, kebun getah atau dusun durian (dan mungkin juga jam tangan hehe..) kekal dalam warisan suku sakat keluarga, begitulah cara orang-orang dulu menguatkan 'kabilah'nya. Tapi yang lebih uniknya ada pasangan mempelai tersebut hanya bersua pertama kali pada upacara menyarung cincin... Tak sepertimana sebilingan muda-mudi hari ini, melalui gambar-gambar (profile) FB aje cinta dah mula berputik dan berbuah, namun risikonya canggih jugak.  

Cinta aku pada Oris pertama kali berputik ketika aku bersiar-siar disebuah butik jam. Dari beratus yang di imbas mata Oris Big Crown Date Pointer inilah yang melibaskan silauan cahaya. Sekali pandang kelopak mata aku tak boleh dikatup lagi...sudahhh

Kehalusan gigi ring yang memantulkan kilauan cahya yang dahsyat. Baru aku tahu keistimewaan ring 'gonggok' ni!

Menurut otai Bro Radzi, Oris merupakan pelopor pertama 'date pointer' ni dimana indek haribulan berada disekeliling dial, mudah nak menganggar tarikh tertentu dalam sebulan dengan hanya memerhatikan kedudukan jarum merahnya.

Ring 'ulat gonggok' membuatkan muka jam kelihatan kemas umpama misai tebal yang membuatkan wajah garang dan tampan.

Dan yang semestinya adalah 'classic military' yang menjadi kegemaran aku sejak zaman berzaman lagi.

Big crown, memudahkan ia digentel dengan tangan bersarung.

Jam military memang segak berwajah gelap dengan indek luminos kehijauan.

Ciri klasik pada jarumnya.

Jam klasik sebegini tak mudah dicabar oleh perubahan zaman. Berbanding sesetengah model lainnya yang mudah terkambus oleh pendatang baru saingannya.
Biarpun kedai ini mempamerkan hampir semua model terbaru Oris termasuk date pointer namun model sebelumnya ni lebih menonjol dari sekalian yang lainnya! Bahkan hanya menemui 3 spesis serupa ini dalam  GOOGLE imege!

Bandingkan sendiri model terbaru dikanannya tu.

Wajah yang meng-ORIS perasaan...Jiwa tak tertahan.
Kerananya terpaksa ia aku bawa pulang buat santapan mata.

Wednesday, November 3, 2010

Lembaga yang menyeramkan...

Memang seram, muscle berketul-ketul... nampak besi aje sekeliling! korang layan sendiri la...




Nampak isi perut dengan jantung berdegup-degup mengepam tenaga!




Belakang pun nampak isi... kalau le buah durian tentu senang nak pilih, tak perlu le goncang-goncang dan hidu-hidu sampai cederajari dan hidung terkena duri.

 


Harga RM2.5K sebelum diskau, set lengkap dari Jepun