Showing posts with label cyma. Show all posts
Showing posts with label cyma. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

CYMA HI-BEAT!!

Dah lebih seminggu berpuasa, perut tidak lagi di dera kelaparan. Kini anak-anak aku dah mampu melangkah depan restoran  KFC dan Ayam A1s tanpa tersekat-sekat lagi. Aksi gairah ayam-ayamnya tak lagi dapat membolos perisai imannya. Sikit-sikit dia dah tau berpuasa meskipun dia masih kabur tentang tujuannya...

...Tak macam aku masa kecik-kecik dulu selalu puasa setengah hari aje. Apatah lagi ketika emak bakar kuih raya, aku terpaksa korek lubang hidung depan emak bagi membuktikan puasa aku dah batal haha... Iman dalam perut besar kuku mana tahan bau kuih raya weii..haha

Camy hi-beat!

Warisan dunia ni aku bawa bersiar-siar.

Macam salah satu model baru Panerai yang aku minat...

Segak..

Peminat-peminat jam hi-beat tentu nak tengok enjin yang membuatkan mereka terkesima.

Tu dia... Jentera 36000 beat!

Aku ke Kuala Lumpur Sabtu lepas, lengang sebab jalan ni ditutup.

Masuk ditengah bandaraya aku tersekat sekejap dalam kesesakan di jalan Tengku Abdul Rahman, ramai orang membeli pakaian sempena lailatul-kamdar bagi menyambut raya.

Aku ke Ampang untuk mengelakkan kesesakan...Berhampiran bukit Bintang jalan juga sesak sikit. 

Dengarnya di Ampang Park ada banyak kedai jam?

Sampai di Ampang Park! Dah 25 tahun aku tak ke pusat beli belah yang terkenal di era 80-an ni, Dalaman pusat belibelah ni serupa dengan Pertama Complex! Ada 3 kedai jam di sini, tapi hanya satu yang aku bakal buat serbuan mengejut. Hari ni tak sempat nak serbu sebab halangan dari anak aku yang mau aku serbu dulu kedai-kedai mainan disitu haha...dia tau dah minat bapaknya.

Model-model vintaj hi-beat memang sukar ditemui dipasaran.

Pertama kali aku melihat model Cyma hi-beat ini aku...

...TERKE-CYMA!