Showing posts with label casio. Show all posts
Showing posts with label casio. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

Belangkas SEIKO 200M_M796-5A10

 Bagaikan sepasang belangkas beromen di persisiran pantai...

 Itulah dia dua model terunggul berlainan spesis, sebelah kanan Seiko Scuba 200M yang jarang-jarang muncul di daratan, sementara yang kanan Casio diver 200m yang mana kedua-dua mempunyai beberapa fungsi bagi kemudahan para penyelam macam aku...err korang tentu pecaya kan? hehe.

 Kedua-dua model ini memiliki otak eletronik yang takde pada jam kunci/automatik, maka sebab tu jam-jam digital selalu dicemburui oleh jam-jam kunci.
 
 Terdapat sensor yang berfungsi sebagai hidung yang menghidu data-data sekeliling. Bau kentut je sensor jam ni tak boleh hidu (tak sanggup kut). Kalau le ada sensor bau tentu kita selamat dari terhidu gas-gas toksik yang selalu dilepaskan tanpa amaran, kan?

 Nak tau lebih lanjut keboleh sensor jam ni korang tanya le tuannya penyelam profesional Bro Muhamad Shah (duk depan tu). Sehari tak pakai jam Selam boleh lemas katanya haha

2 model ini mempunyai fungsi penting depth-meter untuk mengetahui kedalaman/tekanan air. Pada kedalaman tertentu alam akan berfungsi memberi amaran...uihh garang jugak jam ni ye.

 Beso, padan le garang...
 
  Tapi beso tangan aku lagi kan?
Memandangkan kita bukan penyelam maka semua kecanggihan yang terpapar pada skrin tersebut tak berguna kecuali angka-angka yang menunjukkan waktu, hari/bulan dan suhu aje.

 Bacaan suhunya boleh kita layan secukupnya. Kalau nak tau panas demam kepitkan aje jam dabak ni kat ketiak, tak payah kulum stick thermo lagi...kecik sangat, tak rasa apa hehe.


 Ingat digital korang ingat Casio aje, sebetulnya Seiko juga mengeluarkan banyak model digital, tapi sayang pasarannya agak terhad disini.

 Tahun 1980-an Seiko banyak mengeluarkan jam-jam digital sebelum pasaran ditenggelami Casio.

Maka kerana itu hari ini kemunculan Seiko digital di celah-celah kebanjiran Casio sangat memeranjatkan. ..aduhhh bahasa aku...Hantam aje la asalkan korang paham!

Monday, December 23, 2013

TOYOL WADEMAN !

 Lama terperap dalam kotak, akhirnya...

 Dalam ia mengukur detik waktu rupa-rupanya ia sendiri hancur dikunyah waktu. Beginilah kehidupan dunia ada pasang ada surut, ada kembang ada kecut dan reput... Kita layan cerita kurafat dulu...

Korang tau TOYOL? Badan kenit tak tutup aurat, sana sini telanjang bulat. 
Dolu-dolu jika berlaku kehilangan duit secara misteri maka tok bomoh akan tuduh itu angkara toyol. Hanya hilang duit aje, tapi kalau hilang motor itu aku tak pasti...

Modus operandi toyol ni mudah aje, ia akan mulakan operasi pada waktu malam, dan kalau jumpa duit dia tak kebas semua. Dia kebas sebahgian duit yang dijumpanya dan meninggalkan sedikit baki recehannya, misalnya kalau RM30 dia kebas RM10 aje. Mungkin dia ambil bahgian yang 'halal' aje kut?

 Ternak toyol boleh jadi kaya ka? Itu bergantung kepada prestasi (KPI) toyol jugak, kalau dapat toyol pemalas serupa tuannya...

 ...maka terpaksa le tuannya rendam maggi aje.

Macam bela ayam dan itik jugak maka bela toyol untuk menambah side-income aje.. kut?
Kononnya setelah penat buat 'operasi' toyol balik ke rumah dan menghisap ibu jari kaki tuannya, dia hisap darah kat situ aje sebab hisap tang lain tuan dia tak tahan geli.

 

Mana nak dapatkan toyol? e-bay ada? 
Menurut cerita orang dolu-dolu toyol dibawa masuk oleh sebilangan kecil jemaah haji dari Mekah...naauzubillah. Di katakan dalam Masjid Haram berdiri satu tiang besar bernama 'Tiang Jin'. Mereka yang berhajat memiliki toyol (khadam) akan memeluk tiang tersebut secara membelakangi tiang sambil membaca beberapa mentera (peluk aje,tak payah panjat). Kerja kurafat ni dilakukan pada tengah malam...ishh seram.

 
nak buat kerja maksiat dan kurafat pun kena ada ilmunya, kalau salah 'khadam' lain yang dapat, lagi bahana!

Mereput, satu masalah jam yang berunsurkan plastik atau getah.

Selain rekahan satu tanda pereputan plastik/getah ialah 'melekit' bila disentuh.

Lekit itu datangnya dari cairan yang ujud dipermukaan (luar/dalam), nampak? Pada tahap serius cecair likat muncul dicelah rekahan dan  boleh dihancurkan terus dengan jari aje.

Tapi Casio Wademan Limited Edition ini hanya bodycase sahaja yang mereput, sementara strap dan bahgian lain masih utuh.

 Dengan rasa seronok aku baraikan satu persatu...

Setelah ditoggelkan nampak sisa cecair kimia pada permukaan dalam.

Rasanya model2 awal 2010 tidak lagi menggunakan plastic/rubber sepenuhnya, sebaliknya ia menggunakan risin/silicon ruber yang lebih lembut dan lasak.

Model limited ni! Tak silap aku brharga rm1200 ketika dibeli dulu.

Toggel macam TOYOL!!

Apa strap yang sesuai? Ini ok kut...

Kurang segak la.

Aku sarungkan tali Seiko military, nampak lagi samseng.

Bezel kompas dari logam titanium, jarang2 jam gunakan logam ni.


Rupa tatinium sikit gelap dari st.steel.


2 hari tangan aku bergaya dengan Wademan yang dah ditoyolkan ni. Kelainannya membuatkan seorang rakan aku perasan dan bertanya.."GANAS BETUL JAM NI. JAM APA NI?"

Memang Ganas!

Saturday, April 21, 2012

Berkelana di Muara...

Muar di istihar sebagai BANDAR DI RAJA JOHOR baru-baru ini. Alhamdulillah, bandar Maharani (nama lama) ini semakin sibuk dan berdebu, dulu sekitar 1970-an beca-beca sibuk berkeliaran mengutip rezki dilorong-lorongnya dan seorang dari mereka itu adalah arwah ayah aku.

Dulu beca lebih banyak dari kereta, ia menjadi nadi pengangkutan utamanya. Pernah aku jumpa seorang pengayuh beca dari Melaka ke sini menghantar penumpangnya! Jarak lebih 40km! 

Aku tinggalkan seketika cerita itu, ketika bercuti di kampung adik aku turut balik bersama 'teman'nya ini, mata kuyu dengan mulut nganga badak. Model awal...

....Kawasaki er-6n. Ketika mencubanya mesin 600cc ini menerkam jalan dengan rakus sekali.... Ketika kelajuan hampir 170km/h mulut aku tergangga dikepak angin, nak katup terpaksa slow down balik haha....

Kisah moto kita letak tepi dulu, kita alih tajuk utama yang menghangitkan peminat Casio seMalaysia.
"San, ko ada Casio Eminem tak?" tanya kawan aku beberapa bulan lepas.

 "Keparat betul la! Dia nyanyi tapi tangan duk tunjuk pakai Gshock!" bengangnya lagi. Sebetulnya ramai bertanyakan aku model ni , tapi memang payah jumpa! Kalau cari pun jumpa kat internet jer hehe.

Kedua-dua model ini popular kerana menjadi 'model' dalam video klip artis antarabangsa...

Memang lawa, semua rakyat Malaysia sukakanya...

Putih, merah dan skrin kebiruan...

Model klasik yang tak pudar sehingga sekarang.

Inilah yang eminem pakai.

Digital  padan dengan konsep lasak.

Kalau mata kata cantik apatah lagi tangan yang memakainya...

Sebagaimana hitam atau merah, putih juga sangat garang.

Lewat petang ketika perjalanan ke ibukota aku singgah di sebuah masjid indah di kuala sungai Muar,  berkelana ditebingnya sehingga senja lenyap... Alhamdulilah, hanya dibandar kecil ini Casio itu berjaya aku jumpai.

Tuesday, March 27, 2012

CASIO SEA-PATHFINDER!

Kalau korang nak tau model Casio yang sangat jarang dijumpai di Malayisa serta negara sejirannya ialah SEA-PATHFINDER ni! Sebaik memasuki ruang udara Malaysia harganya model barunya mencecah lebih RM2600!

Model yang berpengalaman dilaut dan daratan yang ditempa dari logam titanium, tapi masih agak berat seperti s.steel (mungkin komponen dalamnya yang padat). 
Model terpakai. Harga RM900 (termasuk cukai jalan).

Thursday, November 10, 2011

PRGHHH! PRG 250 BERBISA!

Sebaik sampai di pejabat aku ditunggu oleh 2 penternak Casio bro Amos dan bro Shen. Mereka berdua ni memang pemburu tegar beberapa model popular yang ada antaranya sukar diperolehi dipasaran Malaysia.

Mereka berserta barisan G7900 yang aku bawa khas dari Selatan. Model ni paling selesa dipakai maka tak heranlah mereka sanggup kumpul lebih buat koleksi kenangan nanti, terimakasih bro!

Bersama aku juga PRG terbaru! Model canggih ini sangat digeruni kerana mampu menghidu keadaan cuaca sekelilingnya! Barometer, altimeter, thermometer, moon data, tide data, compas dan macam-macam lagi!

Bezel kompas boleh diputar dan direka dengan bentuk yang menarik, sungguh mengoda model terbaru ni kerana ada elemen steel body casenya, jadi tak le terlalu 'plastik'.

Kalau korang minat memancing prg 250 sesuai dibawa ke lubuk manapun.

Jangan risau tentang bateri kerana ia menyerap sumber tenaga dari bintang paling hampir dengan planet kita iaitu matahari.

Dicipta buat mereka yang terdedah pada aktiviti luar.

Tak sabar nak memeluk tangan hehe.

Kompasnya sangat berguna bagi muslim menentukan arah kiblat yang betul.

Sebagaimana telefon bimbit yang kini bukan lagi sekadar telefon maka jam ini bukan setakat jam semata-mata haha...maka selain telefon bimbit, kini PRG250 ni suatu yang mesti sebelum kita keluar rumah! (RM760)