Showing posts with label seiko 6138. Show all posts
Showing posts with label seiko 6138. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Penangan minyak senyonyong...

Minyak senyonyong, antara salah satu benda sihir yang pernah aku dengar dolu-dolu, ada juga sebut minyak pengasih dan ada juga sebut minyak dagu (minyak yang menitik dari dagu mayat yang dipanggang kepalanya). Minyak dagu disebut-sebut oleh rakyat jelata ketika negara dihangat oleh kes pembunuhan seorang (bekas ahli politik) sekitar tahun 1993. Baru aku tau bukan semua minyak senyonyong datang dari sumber galian yang bersih. 

Minyak senyonyong diguna untuk kerja-kerja pukau orang atau bahasa kasarnya SIHIR! Dengar cerita ia diguna oleh sang kumbang durjana untuk memikat mawar bergetah (jika cinta tak berbalas). Bagi mendapatkan 'cinta' maka sang kumbang mepalit minyak senyonyong pada si mawar. Dalam beberapa detik saja si mawar akan jadi mawar miang dan menggatal tahap gaban pada sang kumbang, sang bunga akan mula teringat-ngat sang kumbang di setiap detik waktu! Sehingga sanggup lari  rumah ikut sang kumbang! Nauzubillah... 





Sempat bertemu beberapa penternak jam di Restoran Hidayat kelmarin. Di sana muncul beberapa model klasik Seiko berwajah 'baru'.

PVD coating...boleh korang agak apa model asalnya?

Model klasik yang dah dihitam legam semua.

PVD Seiko UFO..auff silap.

Pertamakali nampak aku sangkakan ia keluaran terbaru Seiko. Sentuhan yang berjaya mensenyonyongkan pandangan aku haha...

Kemas hasilnya.

Sebetulnya ini adalah koleksi seorang teman yang meminati seni ubahsuai jam. Hasilnya sungguh memberangsangkan. Ada beberapa utas jam yang menjadi bahan santapan kami ketika bersembang tapi 3 ketul ini mencuri lebih tumpuan hehe namun...

....aku perasan lembaga misteri yang sentiasa muncul ketika kami bersembang...emmm!

Saturday, September 21, 2013

MISTERI LORONG KECIL KAMPUNG PARIT SAKAI!

Kampung Parit Sakai Jalan Kereta Lembu, begitu nama jalan yang menghubungkan 4 buah kampung pada 50 tahun dulu kerana ketika itu jalan tanah merah itu kerap dilalui oleh kereta lembu yang membawa kayu, buluh dan hasil tani orang kampung.

Kini nama itu telah pupus, di ganti nama Jalan Datok Haji Kusai. Kampung Parit Sakai ni berjiranan dengan Kampung Parit Keroma. Bersebelahan balai raya kampung Parit Sakai itu ada sebuah lorong kecil tak berturap, menghala kedalam terdapat kebun getah dan kelapa sawit serta dusun terbiar.

Cerita misteri yang nak aku ceritakan ni berlaku 2 tahun lepas di lorong tersebut dimana seorang kawan dari Perak ke kampung itu menziarah abangnya yang lama menetap di situ.

Kerana minat memancing maka suatu petang sekitar jam 1 petang dia bermotosikal menyusur parit panjang bersebelahan lorong itu mencari lubuk untuk mencampakan kailnya.

Sedang tekun meninjau parit disepanjang lorong itu dia ternampak di celahan pokok sawit sana sebuah kolam besar! Dia menghampiri kolam itu dan nampak ramai orang sedang memancing, di sebelah kolam itu terdapat gerai-gerai makan. Gembira hatinya bukan kepialanggg terus aje dia meletakkan motosikal untuk memacakkan jorannya.

“Kenapa la kawan aku tak bagi tau sini ada kolam besar?” kata hatinya ketika melihat keindahan kolam besar itu. Beberapa jam memancing dia dapat 3 ekor ikan keli besar lengan. Balik  memancing dia singgah bertemu seorang rakannya.

“Gila! Mana ada kolam besar!” Jawab rakannya yang lama tinggal di kampung itu.
“Sumpah memang ada! Abis keli 3 ekor ni apa?” Dia menunjukkan bukti.
“Mungkin jugak? Mungkin ada orang bukak kolam ikan kat sana kut?”rakannya mula percaya.
"Kalau cam tu esok balik kerja aku ajak Rahim mancing sana, lepas maghrib kita jumpa kat tembok sebelah balai raya tu" cadang kawannya.

Maka esoknya selepas maghrib dia bersama 2 rakannya menaiki 2 motosikal menyusur lorong tersebut menuju kolam besar itu, lengkap membawa joran masing-masing. Semakin jauh ke dalam keadaan makin gelap dan sunyi, semalam hanya 3-5minit tapi kini dah setengah jam berjalan mereka masih tak jumpa kolam besar itu. Toleh kanan dan kiri gelap belaka, bayangan lampu pun tak ada. Akhirnya mereka berhenti ditengah-tengah kebun disitu.

“Biar betulll...setahu aku dalam ni tak ada kolam, kubur jepun ada la”  bisik kawannya. Masing-masing mula terkedu.
"Tak de belok mana pun, kolam tu betul-betul sebelah kiri!" balasnya.
“Balik laa, aku rasa semacam la” balas seorang lagi rakannya yang mula nampak sesuatu yang tak kena.

Tanpa soal jawab lagi mereka pecut keluar dari lorong gelap itu. Sehingga kini tiada pekebun atau penduduk disitu menemui kolam besar yang dikatakan itu. Ramai yang menganggap kolam besar yang didakwa itu adalah sebuah perkampungan bunian (jin).

Mungkin inilah 3 ekor ikan keli datang dari kolam orang bunian tu. LAYANNNN!

Sibuk mengail spesis Bullhead, Panda dan UFO yang menjadi buruan dipasaran kita lupa keluarga Big Blue ini.

Biarpun populariti tak sehebat UFO atau Bullhead apa yang jelas spesis Big Blue ini tersangat payah ditemui! Ramai penternak Seiko langsung tak pernah nampak model ini.

Pertamakali jumpa aku belek-belek jam ni bersama seorang rakan jam. Nak beli atau tak ye? hati aku berbelah bagi. Nampak dial tulis Speedtimer, bila aku pulas crown pepelan tiba-tiba kawan aku menjerit pelahan "KANJI!!!" Rupanya ketika aku pulas crown muncul tulisan KANJI pada 'window day'.

Jeritannya buat aku panik dan terbeli.... kalau tak melepasss. Bukan senang nak jumpa weii.

Kondisi sangat memuaskan hati sehinggkan aku rasa risau nak pakai selalu haha.

Ada yang mengelarnya Seiko Big Brown.


Atas jarum lain dari yang bawah. Dari komen beberapa rakan aku percaya kedua-dua model ni memang wujud.





Thursday, June 21, 2012

Memandu 340km untuk menjamah sepinggan nasi?

Sabtu aku sekeluarga bertolak ke Maran, Pahang bertujuan memenuhi jemputan majlis kawin saudara dekat (sebelah isteri). Kerana kesibukan jam 1.00 petang barulah aku dapat bertolak, hampir rasa tak bersemangat kerana kelewatan itu dan bakal memandu lebih 170km pula.

2 jam setengah memandu akhirnya aku sampai di rumah kenduri jam 3.30 petang. Lengang, tiada  lagi tetamu jemputan kecuali aku sekeluarga sahaja, rupa-rupanya majlis kenduri dah lama selesai. Setelah bersalaman dengan tuan rumah aku menceduk nasi yang tinggal sepinggan dua dengan baki lauk yang ada. Nak jumpa pengantin pun tak dapat kerana mereka dah ke rumah sedara mara,  "Kau lambat sangat Hassan, pengantin dah bukak seluar pun..." kata Pak Andak (tuan rumah) berseloroh haha.

Selesai bersembang pendek kami sedia nak bertolak balik. Belum pun hilang penat memandu tadi kini aku memandu balik pulak. "6 jam aku memandu barat ke timur semata-mata menjamah sisa nasi kenduri? Seolah-olah datang nak menampakkan muka (kehadiran) aje"- begitulah fikir singkat aku.

Namun setelah aku renungi disebalik lipatan perjalanan itu terserta berbagai bentuk urusanNya. Iaitu, bermula dirumah membeli makanan untuk persediaan perjalanan, membayar petrol di stesen minyak (hakikatnya melunaskan sebahagian rezki ku di situ), membayar tol (hakikatnya utk penyelenggaraan dan gaji ramai kaki tangannya), berhenti makan di R&R (bagi menyampaikan rezki pada peniaga gerai2 disana) dan berbagai lagi hikmah yang tak dapat aku lihat!

Sebagaimana biasa setiap hari Sabtu juga aku akan keluar bersama koleksi vintaj... Menikmati mod yang berbeza!

Ketika balik aku ternampak sebuah kedai jam di pekan Maran, harap-harap terjumpa le model lama tapi hampa...banyak jam 'plastik' aje.

Boring lama memandu aku layan muzik rock dan irama klasik sambil merakam pemandangan sekeliling yang berjerubu. Awan di sekeliling matahari itu jelas berbentuk 'tengkorak' sedang membaham matahari, aku terlewat beberapa saat sebelum imej yang sempurna itu 'pecah'.

Panda ini juga seakan-akan berbentuk tengkorak hehe...

Jam hampir 7.00 petang dan aku masih di puncak lebuhraya. Time ni aku mata aku dah mula mengantuk keletihan.

Seiko Panda sangat segak dikenakan dengan tali kulit. Aduhhh sengal...memang tangkap otot!

Sangat cantik dan masih cantik sampai kini.

Memandu 340km untuk menjamah rezeki sepinggan nasi kenduri? Kalau ada sebutir nasi yang ditakdirkan menjadi rezki kita di hujung dunia nescaya kita akan kesana untuk menjamahnya tanpa kita ketahui hakikat disebaliknya melainkan Dia, begitulah yang aku rasakan. Yang jelasnya di sepanjang perjalanan ke Maran aku ada mengeluarkan RM200, dimana semua itu telah aku 'agih-agihkan' disepanjang perjalanan itu pada yang 'berhak'. 

Begitulah ribuan urusanNya yang berlaku disebalik  'Memandu 340km untuk menjamah sepinggan nasi.' Maka itu jangan anggap sia-sia suatu urusan yang zahirnya nampak kecil/tak berbaloi dan tak menguntungkan diri. Kerana disebalik urusan kecil kita itu terkandung berlapis-lapis urusan besar (Nya). Wallhualam...

Wednesday, June 6, 2012

JAMBUUU! (RM850)

Spesis 6138-3000 ini jaghrrrang-jaghrrrang jumpa. Tak seperti 10 tahun dulu peluang menemuinya di pasaran kini 1 dalam 1000. Spesis yang diancam kepupusan tahap serius.

Situasi meruncing ini membuatkan ia menjadi sasaran pemburu-pemburu haram serata dunia. Apa istimewanya jumbo ni?

Tak banyak aku nampak keunikan padanya kecuali saiznya yang besar! Mungkin ia jam chrono terbesar di era 70-an dulu sehingga di gelar JUMBO!

9/10 model-model 6138 yang ada sangat popular! Gelaran unik seperti UFO, BIG BLUE, BULLHEAD, TOKEI ZARA, PANDA dipelopori oleh kerabat 6138!

Saiz sama besar dengan penumbuk aku, boleh memberikan kecederaan parah kalau dibawak baetumbuk nih!

Sangat sesuai untuk mereka yang bertangan besar.

Model chrono yang menyerikan koleksi korang.

Sangat segak dikenakan dengan tali kulit coklat, insyallah aku akan pasangkan buat ratapan korang.

Rasanya korang tak perasan satu keunikan model chrono ni...

...iaitu model ni tak mempunyai indek tychmeter seperti jam-jam chrono lain.

Ini membuatkan model ini nampak lebih besar sehingga mendapat gelaran tersebut.

Glass rata, permulaan ciri jam-jam modern.

Jarum kuning bagi memberikan gaya sport klasik. 
Apapun model ni tergulung dalam senarai jam-jam buruan para penternak Seiko, dan pada mereka yang suka berhimpun dalam aktiviti H4U besar atau kecil semestinya kehadiran model ini akan mencetuskan provokasi dan huru-hara!

Wednesday, May 9, 2012

America pitbull... BULLHEAD lagi ganas!

Ahad kelmarin ketika nak keluar membawa anak-anak bersiar di pekan aku terfikir kejap depan pintu sambil lihat EPOS di tangan. Dah seminggu aku pakai, tukar lain la. Aku buka koleksi memilih dan mencari jam yang lebih memberikan mod untuk bersiar-siar nanti.

...haa jumpa dah, BULL! bukan America pitbull yang ganas tu, tapi Japan Bullhead yang lebih bengis lagi, nampak bodo tapi ganas...

Mengikut ceritanya nama BULLHEAD ilham dari lembu tanduk! Siapa manusia pertama yang memberi gelaran itu masih misteri sampai kini...

...Cuma tanduk bull jepun agak tumpul dan kontot... tang mana ganasnya? emmm...

 Apapun dik kerana maukan kelainan yang ekstrem maka Seiko bullhead ini menjadi pilihan ku. Kerana dibawa kemana aje bullhead dengan tenang meragut tumpuan dan pandangan keliling.

Terbukti semalam apabila bullhead brown ni meragut pandangan seorang tokey kedai katanya... "WAA, ini (bullhead) betut-betut cantik ..." aku dah agak dahhh...

.... nampaknya bullhead ini rajin 'menegur' orang keliling...hehe

Suatu hari di lampu trafik merah seorang lelaki memandu Limboghini disebelah kereta aku, pada mulanya aku berperasaan lelaki didalamnya "Megah dan bangga tentunya dia". nak tengok kereta dia aku segan namun tanpa sedar aku asyik melihat kecantikan keretanya tu. Akhirnya aku sedarkan sesuatu dan ucapkan Alhamdulillah dan terimakasih pada lelaki itu, kenapa? Sebab: Diskeraanakan 'pengorbanan' dia lah aku dan yang ada disekelilingnya dapat melihat live kereta sport lagenda itu. Soal bangga atau megah itu lumrah manusia. 

Begitulah semangat yang nak aku kongsikan bila memakai atau siarkan koleksi-koleksi sebegini, tak le begitu hebat tapi cukup memberi kepuasan batin bagi sebahgian peminatnya.

Seiko chrono yang paling aku minati selepas UFO dan PANDA. Boleh dikatakan kesemua model chrono 6318 Seiko menjadi buruan belaka, termasuklah JUMBO, CALCULATOR, BIG BLUE, TOKEI ZARA dll.

Semua bullhead ini kelihatan bersih kerana telah melalui proses baik pulih yang menelan kos. Model-model vintaj seperti ini mempunyai nilai ekslusif yang tinggi.

Bullhead hanya terdapat dengan dua versi, iaitu hitam dan coklat. Yang coklat popular dalam pasaran Jepun.

Fish bone! bagai isi dengan kuku kalau sebut saja bullhead mesti breclet inilah pasangannya. Namun fishbone breclet hanya untuk model coklat (kalau tak silap). Dan aku temui 2 jenis fishbone seperti gambar atas.

Dengan melihatnya saja korang dapat mengagak beratnya... berat mata memandang.

Kebanyakan jam-jam chrono lama mempunyai ring bezel tachymeter diluar yang nipis, macam jam diver.

Semenjak kebelakangan ini spesis bullhead semakin menghangatkan, tak tau kenapa fenomena ini tiba-tiba belaku, semalam aje 3 penternak bertanyakan aku. 

Model-model sekarang ini bukanlah murah, aku pun bukanlah berduit untuk kumpul spesis ini, cuma MINAT menjadikan aku berani perabih duit untuk kepuasan diri dan orang lain...
"Kepuasan orang lain? Apakah aku beli untuk kepuasan orang lain?" mungkin korang bertanyakan itu.

YA, sepertimana cerita Limboghini juga, dan bagi aku setiap suatu yang kita miliki ada bahagian 'milik' orang lain juga, cuma pemilikan itu berbeza sifatnya. Contohnya kereta yang kita beli, apakah tiada orang lain yang dpat feadah darinya? Selain kita (yang dapat feadah secara langsung) isteri, anak, pihak bank, bengkel, pengusaha petrol pam juga mendapat faedah dari pemilikan kita tu...