Showing posts with label seiko 6139. Show all posts
Showing posts with label seiko 6139. Show all posts

Monday, January 21, 2013

SPESIS 6139 YANG DIANCAM KEPUPUSAN...

Spesis terancam Seiko Pepsi 6319, senasib dengan badak sumbu sumetera.

Semakin susah nak jumpa, dah 3 tahun buru baru jempa seketul! Itu petanda yang menunjukkan kadar populasinya semakin mengecut dipasaran.

Namun syukur setelah bertahun tak bersua aku temui ia melekat ditangan seorang penternak Seiko.

Dial biru gelap ini menjadi kegilaan para pemburu tegar. Ramai yang bertanya aku model ni. 

Perkataan 'WATER70ft PROOF'! serupa badak la...






Kepada kekawan yang masih simpan spesis 'badak sumetera' ini aku sarankan peliharalah ia dengan sabar dan kasih sayang. Usahlah rasa jemu membuatkan korang  mudah melepaskannya. Jemu ni penyakit yang bersifat 'datang dan pergi', time ada kita jemu, time takde kita rindu semula. 

 Bagi aku model ini lebih berharga dari RM nilai pasarannya.

Lagipun dengan keadaan handsome sebegini bukan senang nak cari lagi...

Sunday, September 16, 2012

Anak aku meraung nampak HANTU SODUT!

Maghrib semalam anak aku Firas Auji bangun tidur sambil menangis kuat di sofa, badan menggigil sambil matanya terpacak pada suatu sudut di ruang tamu. Apa yang dilihatnya kami pun tak tau, tapi dari reaksinya macam dia melihat sesuatu yang amat menyeramkannya. Ketika tu badannya terasa agak panas dan berpeluh, setelah dijampi serapah dengan ayat-ayat suci dia pun reda.
 
 Sebenarnya malam kelmarin ketika demam dia kena macam ni jugak. Berkali-kali aku tanya apa yang dia nampak? Berkali-kali pula dia jawab nampak 'SODUT' dekat kain-baju di almari. SODUT? tak pernah aku dengar nama HANTU SODUT, mungkin spesis baru kut?
 
 Kali ni abang-abangnya buat soal sisat, ditanya macam mana rupanya, cantik atau hodoh, matanya, hidungnya dan macam-macam lagi. Tak puas hati si abang sulungnya kasi dia pensil dan kertas kotor "Cuba Auji lukis apa yang apa yang Auji nampak tadi"... Setelah didesak maka dia pun lukis rupa wajah lembaga misteri 'sodut' yang menyeramkannya itu...
 
Sebelum itu apa kata kita layan Seiko Pepsi yang semakin hilang dipandangan.

Kelmarin aku nampak seorang teman memakai model 6319, "Dah lama tak jumpa Seiko 6139 sangkut tangan!" kata aku.

Memang pun! Model 6139 semakin sukar nampak dipakai, yang kerap diberitakan dikalangan penternak adalah model 6138 atau model diver, kalau vintaj Swiss memang selalu, kalau model baru pula ramai jemu.

6139 PEPSI ni memang seksi, aku cukup suka reka bentuknya, benda menarik memang susah nak padam di ingatan.

Warna bezel sebegini pun dah tak jumpa pada model-model chrono hari ni.

Mantap dan sarat dengan imej klasik, kalau pakai aku kerap menerima teguran kaum keliling.

Sememangnya rekabentuk silam ini membuatkan sesiapa teruja, kekadang mereka yang tak minat pun boleh jatuh cinta dan terjebak.

...Firas Auji pun melukis lembaga misteri yang dilihatnya tadi, dengan penuh debaran pula si abang-abangnya menunggu hasil lakarannya...
 
Akhirnya lembaga seram 'HANTU SODUT' itu berjaya dirakamkan! (lihat imej dalam bulatan). Walaupun lakarannya tak seberapa tapi sekurang-kurangnya aku tahu dah rupa 'HANTU SODUT' tu! Padan le hantu tu takut nak menjelmakan diri. Sebab,
... kalau dia menjelmakan diri konpom pedih kena gelak ngan anak-anak aku WAKAKAKA...

FOR Sale RM550!

Thursday, August 11, 2011

Oh Azizah...

Rupa mu nan jelita
Gaya kamu nan manja
Membuat aku kini tergoda

Siang jadi kenangan
Malam jadi impian
Kerana mu Azizah..

Putih kulit mu, putih kulit mu pandang tak jemu..

Manis senyum mu, manis senyum mu
Mulia hati mu...
Haha begitulah, hati yang mulia memancarkan seri wajahnya. Wajah itu bukanlah seraut muka yang selalu disolek-solek tu. Wajah disini bersifat 'ghaib' sebagaimana ghaibnya hati. Wajah solekan hati merangkumi seluruh anggota lidah, tangan dan kaki yang membentuk PERANGAI/AMAL kita. Maka wajah berseri-seri orang-orang beriman dilihat menerusi kaca ini. Hodoh perangai bererti hodoh wajahnya (hati didalamnya) biarpun muka diluarnya manis menawan ramai...wallhualam

Senikata hebat yang aku kutip dari lagu ciptaan Alahyarham P.Ramle yang memuja-muji keindahan ciptaan tuhan dan aku tuju lagu itu untuk Seiko 6139 ni...

Kuning keemasan warna yang melambangkan kemewahan...

...simbahan cahya memercikkan kilauan yang menyegarkan mata

Sayangnya, 'Azizah'ku ini tak seanggun dulu, lama tak berjalan memaut tangan..maklumlah dah berpuluh tahun berbakti.
Berjalan menepati masa tapi enjinnya perlu diservis untuk jalan terus menerus tanpa sangkut. Sesiapa yang mahu melamarnya dengan harga terbaik sila bagi tau aku?

Tuesday, May 11, 2010

SEIKO BLUE CHELSEA (OFFER RM430)

Perkataan pertama didunia yang disebut dengan betul oleh puteraku Firas Auji ialah 'JAMMM!'. Hehe..teringat kisah Adam mengajar malaikat nama-nama benda.. hebat sungguh manusia berbanding malaikat, malaikat mahluk yang tak pandai..
tak pandai bohong dan tak pandai bantah.

"Auji, apa bendanya ni yang buat poket ayah kering?"...."JAMMMM" jawabnya. Mungkin dia sudah mengenal benda tu sejak diperut ibunya...

...apatah lagi sibapak juga kerap terpaksa membawanya membuat lawatan-lawatan mengejut kekedai-kedai jam.






Jam dial biru Chelsea!...Berdezup! NEGO!

Tuesday, March 2, 2010

SEIKO HELMET! ($OLD)

Tak payah nak aku perkenalkan artis rock 70-an yang popular dengan kontroversi ni...
Antara lagunya pernah meletup dicorong-corong radio ialah 'Aku diburu resah', Berikan aku masa' dan terakhir lagu 'Kemana lagi hendak aku pergi'...

Dengarnya dia suka pinjam duit member, tapi liat nak bayar walaupun dapat show tiap hari. Bahkan ramai ahlong diperdaya sampaikan ada ahlong yang terpaksa buat aduan pada Michael Chong di Biro Aduan MCA akibat tertekan emosi kerananya

Seorang ahlong yang tak mahu dikenali mendakwa dah 37 tong cat dia simbah kat rumah artist tu...

" Haiya! ini macam wa lugi busat! hali-hali mau beli cat..Huhuuu"
Dengarnya album barunya berkonsepkan nasyid rock bertajuk 'Kau mewarnai kehidupan ku' dibiayai pinjaman 10 ahlong.

SEIKO HELMET 6139 dial putih. Koleksi korang tak sempurna tanpa 'artist' popular 70-an ini.
Ayuh hanya RM530...NEGO

Saturday, January 30, 2010

SEIKO 6139 - 8030

TQ Ben... Jam Seiko ni tak pernah saya jumpa sebelumnya.

Aku tukar leather hitam untuk menonjolkan shape mukanya yang handsome macam Shah Rukh ni.

Macam pesawat UFO...

Petang tadi aku pergi Suria KLCC, Setiap 10 langkah terjumpa kedai jam... fuh untuk peminat jam sana memang meriah!

Tapi aku takut nak singgah, sebab sejak kebelakangan ni banyak kes pukau... 
Dah 23 kali aku dipukau promoter jam, entah mentera apa dia hembus kat telinga aku, tanpa niat terbeli juga akhirnya...

Bulan lepas kawan aku jadi mangsa terbaru, niat nak tukar bateri je tapi balik pakai Seiko RM800! 3 minggu terpaksa dia telan MEE SEGERA SODAP, "haha...betul-betul hoo liauu!" katanya ketawa sambil berlinang air mata sedih...

Wednesday, December 23, 2009

SeIKO HELMET 6139


Teringat 35 tahun dulu masa aku budak hingusan..

Pakcik aku yang kerja gomen di KL menghadiahkan bapak aku jam Citizen automatik (RM170 harga agak mahal ketika tu), bapak aku seorang pengayuh beca memang tak minat jam,...

...dekat 3 bulan aku tengok jam itu dimerata tempat, semalam atas meja, hari ni kat bawah meja, esok atas lantai, lusa atas radio sampai le dah tak kelihatan langsung!

Rupa-rupanya sekeluarga aku termasuk si tompok dan sitam tak berminat, kami tak memerlukan jam dalam rumah. Time makan tengahari ditentukan dengan azan zohor dimasjid aje, manakala time mandi petang dengan melihat ayam2 beratur masuk reban.. haha..

Seiko 6139 hitam dengan dial yang bersih, berserta bracelet president. Jam solid st steel ni berat, seronok menimang-nimangnya ditapak tangan.