Friday, September 18, 2009

Selamat Beraya!


Selamat datang Aidilfitri...

Terkenang raya tahun 70an, bukan setakat bom, meriam pun kami produce sendiri...hebatkan?
Apabila senja diselimut malam, tak tau mana arah dan tempatnya, meriam2 ini berdentum dikanan dan kiri lorong2 kampung memecahkan keheningan mlm tujuh lekor...

Sampaikan pihak berkuasa terpaksa masuk kampung dgn landrover buru dan rampas meriam2 buluh ni, tapi budak-budak kampung yg sememangnya mahir bermain perang-perang (ala gerila) ni cepat je menghilangkan diri mencelah-celah kegelapan. Zaman meriam buluh dah jauh berlalu, hari ini awal dan akhir ramadhan tiada lagi suasana malam yg dapat aku membezakannya.
Selamat jalan Ramadhan, insyaAllah tahun depan kita bertemu lagi...

Kepada kawan-kawan semua Salam Aidilfitri...

No comments:

Post a Comment