Showing posts with label epos. Show all posts
Showing posts with label epos. Show all posts

Friday, July 19, 2013

HANTU SEBELAH!...

 Tengah-tengah malam jumaat ni aku nak bawa satu kisah seram... Ishh, meremang pulak bulu tengkok aku nih... Ah ni kan malam Ramadan, malam berkat.

Diceritakan berlaku di tahun 2000, di asrama pelajar di sebuah negeri di pantai barat...

Malam itu beberapa blok asrama dah gelap kerana hampir keseluruhan pelajar balik kampung kerana cuti semester. Namun ada beberapa bilik yang masih terang berpenghuni kerana ada diantara pelajar khususnya dari Sabah dan Sarawak yang tinggal beberapa hari lagi kerana terikat dengan jadual penerbangan.

Oleh kerana rakan sebilik masing-masing pulang awal maka Siti bersama Azura berpakat berkongsi bilik dengan Salina rakan senegerinya yang tinggal ditingkat 2 asrama itu. Jadi, ditingkat 2 hanya bilik mereka yang terang berlampu malam itu, di tingkat lain ada beberapa bilik yang masih berpenghuni.

Esok semua mereka akan balik kampung! Memandangkan malam ini adalah malam akhir maka mereka berseronok bancuh air dan cecah biskut sambil bersembang hingga jam hampir 2.30 pagi!

Malam itu mereka leka bercerita hal masing-masing sehinggalah seorang dari mereka bercerita kisah hantu yang pernah terjadi dikampungnya, sedang asyik melayan seram cerita itu tiba-tiba pintu bilik mereka di ketuk!
TUK! TUK! TUK!
"BUKA PINTU, BUKA PINTU..." suara seorang perempuan di sebalik pintu.
Masing-masing terkejut dan berpandang sesama mereka, jam di meja dah 4.00 pagi.
"Ehh...Lina, siapa ketuk tu?" Tanya Siti.
Salina terdiam sekejap, cuba mengecam barangkali...

"SIAPA TU?" Tanya Salina.
"AKU ORANG SEBELAH.." jawab suara itu lagi.
"Lina, pergi la awak bukak pintu tu, jiran awak bilik sebelah katanya" Azira bersuara.

"Err setahu aku bilik sebelah tu dah kosong 2 hari lepas. Mungkin dia balik semula nak ambil barang? err.. Siti, tolong buka pintu." Desak Salina kepada Siti yang duduk paling hampir dengan pintu.

TUK! TUK TUK! 
"TOLONGLAH BUKA PINTU SEKEJAP, AKU ORANG SEBELAH LAH..." kata suara tu lagi.

Rasa didesak maka Siti pun mencapai tombol pintu dan buka pelahan-lahan....
Sebaik aje dia menjengokan kepalanya di pintu dia terus menjerit sekuat hati! Terpacak didepannya satu lembaga manusia berbadan sebelah, seperti hancur dicincang.

Mendengar jeritan Siti yang kuat membuatkan Lina dan Azira turut menjerit histeria dan jatuh pengsan. Kekecohan yang berlarutan sehingga subuh itu mula reda setelah tok bomoh dipanggil merawat mereka. Sejak itulah asrama itu di takuti kerana kemunculan HANTU SEBELAH.

JAM MERAH SEBELAH! (Ni pun lembaga seram)

Puasa hari ini aku pakai epos diver..

 Di pejabat setia menunggu pencabarnya Seiko.

Petarungan timur dan barat.

Seiko diver 200m ini dah dianggap klasik.

Epos juga begitu, bezel merah/hitam tambah klasik.

Mana lebih kacak?

Aku serahkan mengikut selera masing-masing.

Namun dari perbezaan harga Epos 2.5X lebih mahal dari pesaingnya itu.

Perbezaan harga yang ketara memang tidak menonjol pada aspek luaran. Mungkin ia boleh dikesan melalui uji pakai beberapa tahun.

Indek jam masing-masing berbeza.

Bezel Seiko yang tebal lebih mudah di putar dengan jari. Duduk berkerja sambil memutar bezelnya memang seronok, bunyi TING! TING TING best. (Kalau bunyi TUK! TUK! TUK !..awas tu hantu sebelah ye!)

Jarum pangkal hitam membuatkan dial tampak lebih ringkas. Untuk Swiss diver aku lebih seronok memiliki model ala-ala klasik macam ni.

Thursday, April 12, 2012

EPOS DIVER TERBAHARU HUHU...

Selamat menyambut Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu 11hb kelmarin. 

Dan pada hari yang sama juga sebahagian bumi nusantara digegarkan oleh gergasi laut Tsunami yang kesan gegarannya sampai ke tapak kaki aku, terasa 'pening lalat' seketika tapi alhamdulillah tiada kejadian buruk berlaku.

Syukur Ilahi, maha kaya sifat-sifatNya maka terciptalah dari tangan manusia segala yang baru di alam ini bahan buat kita memujiNya. Dan satu darinya adalah Epos diver ni!

"Macam jam lama" kata isteri aku sebaik aku sua-suakan tangan aku depan wajah ayunya.

"Apa bestnya jam ni?"... Nak dipendekan cerita begini, aku memang meminati jam-jam diver yang mempunyai reka bentuk klasik lagi bersahaja, tak terlalu sporty atau menjolok mata, maka itu wajah era 70/80-an menjadi igauan aku bagi mengapai ilham dan nikmatnya..

Dan sepekara lagi rekabentuk sebegini lebih tahan lama dan panjang usia. Tak risau untuk disimpan lama. Makin lama simpan  semakin seronok di pandang.

Ketiga-tiga jarum 'hilang' pangkalnya, ini menjadikan dial tampak lebih lapang dan  mata terasa aman damai melihat detiknya.

Model baru ini dipukul oleh enjin ETA 2824-3.

Datang dengan brecelet.

Bezel merah/hitam ciri-ciri diver klasik yang aku gemari, gaya seksi era 70-an...

...dan bezel inilah yang meracuni aku.

Lebih garang dengan tali kulit, bersedia untuk menerkam mangsa disekelilingnya dengan perlahan... (RP +RM2.6K). Epos nama yang smakin mahal, menjadikan  tempoh bertenang untuk memilikinya menjadi semakin panjang...


Thursday, January 12, 2012

Pendaratan Epos digurun Mars...

Apakah Mars sesuai untuk kehidupan manusia? Persoalan yang masih belum mendapat jawapan sempurna dari para saintis NASA yang masih mengkaji data-data yang dihantar oleh robot Viking Landernya yang hidup sendirian disana.
Walaubagaimanapun jentera Epos aku yang selamat mendarat di sana mungkin dapat membantu memberikan maklumat penting yang diperlukan...hehe.

Permukaan planet berpasir jadi takda masalah nak buat rumah kat sana, cuma bawak air dan simen aje hehe.  Jika jentera Epos ni takda masalah menghadapi iklim disini itu petanda kita manusia boleh hidup dan beranak penak disana.

Sejam mendarat dibumi Mars degupan jantungnya lancar seperti biasa, emmm...maknanya aku pun dah boleh turun la ni...

...hehe nasib baik aku bawak moto, bolehlah ronda-ronda sekitar Mars bersama Epos Submariner.

Pada awalnya model ini tak laku dipandangan mata aku kerana saiznya besar (44mm) berbanding jari aku, tapi bila setelah masak difikir ia sangat 'simple'! Betul bagai dikata 'Tak kenal maka tak cinta', namun yang buat aku tambah semangat memilikinya adalah kerana model ini sudah dilupuskan pengeluarnya.

...maknanya model ini dah mula memasuki 'THE RARE ZONE'! Alam (zone) yang dipenuhi lembaga-lembaga misteri yang bakal membuat para penternak jam tak lena malam maupun siang.

Wajah penuh kesederhanaan, dan gaya tak menunjuk-nunjuk... tapi kelihatan mantap!
...Tapi saiznya sangat menjolok mata yang memberikan perbezaan ketika melilit tangan.

Melihatnya dalam terang cahaya angkasa memberikan pandangan mengkagumkan...

...itulah yang membuat hati aku tak tertahan.

... satu-satunya dari banyak model Epos yang berjaya mendarat di gurun hatiku yang gersang...asa baeekkk hehe.

Jom kita layang lagu lama popular Jay jay tahun ni... lagu time aku duk bujang trang tang-tang.