Tuesday, September 8, 2009

Memikul sifat manusia...



Ganas singa kerna lapar, jika perutnya sentiasa kenyang ia mesra dijadikan kawan , malah jinak ditunggangi, begitulah perhatian aku pada dunia manusiawi ni. Diantara sebab kita mampu jadi baik kerana cukup makan-pakainya.
   

Memenuhi keperluan nafsi ini satu tuntutan, juga tekanan yg boleh mencetus peperangan dimana tipu, ganas dan kejam dah jadi halal didaerahnya.
Nafsu, kelihatannya spt sejenis mahluk yg rakus dan ganas, apabila dimasukkan ia kedalam tubuh kerdil bernama manusia, maka sudah tentu berbagai berita kerosakan, ngeri, zalim dan kejam didengar berlaku disana sini, semua ni disebabkan tangan-tangannya.
  

Setinggi mana liar nafsu ni boleh dilihat pada kecenderungan kita. Cuba perhatikan diri kita;
Sebelum kita membeli suratkabar, berita (muka depan) apa yg menarik? Tentu berita buruk lebih menarik daripada berita baik bukan? Berita cerai lebih menarik dibaca dari berita kawin, berita kematian lebih menarik dpd berita cedera ringan je. Begitu juga selera ketika tonton movie, cerita lebih ganas dan lebih seram lebih menarik dpd yg kurang ganas/seram... Maka 'makanan' siapakah semua itu?
Salam ramadhan.

Jom layan benda yg super-super rare ni, mungkin boleh release tekanan. Tapi jika silap boleh buat tekankan juga...hehe 
(Jam kacukan, teknik kacukan baka kambing india jamnapari dgn kambing jepunmari)

No comments:

Post a Comment