Showing posts with label seiko diver. Show all posts
Showing posts with label seiko diver. Show all posts

Wednesday, March 8, 2017

KING CAESAR DIVER

Model chrono diver ni agak bagak! Pertamakali aku lihat pada 2008 di sebuah majlis kawin ditangan seorang ahli kumpulan kompang. Bentuknya agak berbahaya kerana silap hayun ia boleh mencederakan dan mengkomakan orang lain.

  Dikenali dengan jolokan Seiko Caesar dengan fungsi/movt chrono yang dibalut dengan tank selam.
Jarang jumpa jam chrono yang boleh dibawa menyelam kerana crown dan pushernya nampak yang togel tanpa merisaukan kita untuk dibawa mandi sekalipun.

 Namun model ini menghilangkan keraguan tersebut. Setiap pusher dan crown dibina sepertimana jam diver!

Hampir semua komponen luar bagak dan besar2.

Rekabentuk sebegini meyakinkan untuk dibawak lasak. Bahkan kita boleh gasak dalam xtiviti apapun tanpa belas kesian.

 Banyak jenis dan warna strap boleh dipadankan.

Lume pun hebat dan ganas.

 Dengan strap MM300 lebih nampak samseng.
 
Bezel sangat mencengkam begitu juga crownnya. Gaya 'sumo'.
 
 Crown macam kepala pemutar skru. Putar dgn jari kaki pun takde masalah.
 
Stadium bezel sangat bagus untuk melindungi glass dari calar, terbukti.

'STADIUM'

Kalau bersukan main bola atau bermesera dengan keluarga aku nasihatkan jangan pakai jam ni. Bahaya!

Crown dan bezelnya boleh mencederakan jika mendukung anak.

Juga tak boleh simpan campur aduk dengan jam-jam lain, nanti gaduh.


 Datang dengan bracelet.

 Satu lagi Caesar datang dengan enjin kinetic.

 Sebetulnya jarang jumpa jam dial kuning berbanding oren, biru atau hitam.

 Aku guna zulu untuk pelukan lebih bagus keran tangan aku yang agak slim.

 Warna yang rajin memanggil mata sekeliling melihatnya.
 
Kinetic merupakan movt hebat yang dipelopori oleh Seiko sejak 1988, sehingga kini ia masih menjadi pengerak model2 hebat termasuk Sportura yang berbelas ribu RM. Jadi tak menghampakan kalau kita simpan satu buat pelengkap.

Saturday, September 10, 2016

SEMANGAT SAMURAI BIRU

Bertahun-tahun aku hidup bergelumangkan seiko baru inilah pertama kali spesis biru ini menyerah kalah. Aku teringat cerita seorang askar Jepun yang bersembunyi selama 30 tahun di hutan Filipina kerana menyangka perang dunia ke-2 (1944) belum tamat. Alkisahnya kewujudan askar Jepun bernama Onoda bersama 2 kawannya itu dikesan pada 1972 setelah berlaku berbalas tembak dengan tentera Filipina, 2 kawannya mati sementara dia berjaya lari bersembunyi.

Akhirnya insiden itu sampai kepada kerajaan Jepun. Lalu Jepun terpaksa menghantar wakil tenteranya untuk memujuk dan memberitahu kawan-kawan mereka dah lama menyerah dan balik Jepun.Setelah dipujuk dan ditazkirah panjang lebar barulah Onoda keluar hutan dan pulang ke Jepun.

Menurut Onada dia dan 2 rakannya ditugaskan sebagai perisikan oleh komandernya. Mereka dah diprogram bersikap seperti pahlawan Samurai dimana tak akan menyerah kalah dan sanggup bunuh diri untuk memilihara maklumat rahsia.

Begitulah darah setia dan berani Pahlawan Samurai Jepun yang aku warisi melalui Samurai biru ini.

 
Calar balar tanda perjuangannya yang penuh kental.

Sungguhpun begitu jenteranya setia berdetik dengan cemerlang.

Sekalipun badanya penuh luka calar balar ia sungguh membanggakan aku.

Aku cuci daki-daki yang ada.

Tukarkan bajunya

Dan sangkut kat tangan


Fuhh...The Last Samurai dibumi Malaysia.

Tali getah pun masukkkk.


Sumo dan Samurai= SUMORAI

Lengkap sudah koleksi Samurai.

 Pada kekawan semua aku ucapkan SELAMAT AIDILADHA.
Semoga korban kita diterima Allah...AMINNNN

Friday, July 22, 2016

SELOKA HARULOGI

"Pukul berapa sekarang?"
Pernahkah korang tertanya kenapa dan dari mana perkataan PUKUL itu datang?
Haha... cuba korang fikirkan sejenak.

Dulu-dulu tok nenek kita takde jam untuk menentukan waktu. Nak tau subuh terpaksa tunggu ayam berkokok. Nak tau petang tengok ayam pulang ke reban. Kalau ayam sakit tekak atau sesat hutan tentu celaru jadinya. 

Jadi bagi menyelesaikan masalah itu mereka tak pakai khidmat ayam lagi, sebaliknya meka pakai PUKUL pulak. Segala aktiviti penting kampung seperti kenduri kendara, solat dan lain-lain dibuat dibalai raya/surau/masjid dengan pukulan tabuk/gong/kentong dan sebagainya. Begitulah asal usul PUKUL. Begitulah barangkali asal usul perkataan Pukul digunakan untuk waktu jam. Betul atau Tak? Emm entahlah, sebab itu hanya teori harulogi aku je haha.

HARULOGI PEMINAT JAM...

Zaman semakin maju, seiring dengan kemajuan itu adalah kecanggihan mesin pengukur waktu yang berdetik ditangan kita. Bermula dengan jam enjin kunci, enjin nadi/automatik, enjin bateri/quartz, kenitic, solar dan sebagainya. Walau pun begitu semua itu ada kesan kebaikan dan kelemah.

Jam kuasa nadi dulu-dulu orang kampung tak kenal perkataan automatik lagi. Jadi nak senang faham disebut aje ia jam NADI...pakai jam hidup, tak pakai jam mati. Sebab jam dapat tenaga dari denyutan nadi kita, Nadi sangkut jam pun sangkut hehe.


Satu lagi jam enjin kinetic. Jam jalan sentiasa walau tak dipakai, tak payah fikir nadi kita berdenyut atau tak. Tapi kalau jarum saat mula sangkut-sangkut tanda bateri/kapasitor kurang tenaga. Nak top-up power kena goncang jam beberapa minit. 

Nak power reserve cepat penuh goyang pinggul terus laju-laju ikut rentak dan irama...

 
...baru rasa happy haha.

Jam solar pulak lahir untuk mengatasi masalah enjin kenitic, tapi dia pun ada masalahnya.
Bila jam solar ditanggalkan ini pulak kesannya...


 Ni pulak kesan persekitaran bila pakai jam 'BERJENAMA' mahal. 

HARULAGI MENTACAP JAM

Ahh.. jam apapun tentu ada kesan baik buruknya. Apa yang penting kita terhibur dengan hobi ini.
Kelmarin aku dapat seketul lagi Seiko TUNA MONSTER model 50th anniversary. Garang dan bengis rupanya.

Besarrr..

Besarrr... Aku cuba tukar beberapa strap berbeza warna yang sesuai dengan saiz tangan aku kerana strap asal terlalu tebal dan panjang.

Satu pekara yang aku kurang minat adalah putih pada indek bezel seramiknya, indek bezel berwarna putih serupa indek dialnya, nampak terlalu seba putih, nampak semak pulak.
Untuk mengatasi masalah itu aku cuba warnakan indek bezel dengan warna lain supaya senang membezakan indek bezel dengan indek dial. Mudah aje nak buat.

Sediakan marker pen Sharpie (ikut warna kegemaran korang), tissu dan kanta pembesar (kalau korang masalah rabun dekat).

Warna putih indek bezel memudahkan kita mewarna dengan banyak warna yang kita suka.
Setelah beberapa saat hasilnya...

Tambah lawa.

Bertambah-tambah ganas lagi.

Selain merah kalau korang nak tukar warna lain pun boleh. Senang je, pergi kedai dan beli beberapa ketul lagi Tuna Monster untuk diwarnakan sesuka hati. Jangan risau nak warnakan kerana ia tak menjejaskan langsung ketulinan bezel.

....try kuning pulak hehe.

Biru pun cun

Oren

Dark blue

 
Dalam semua warna itu merah paling garang.
Selamat mencuba kawan...