1945 tepat jam 8.15 pagi (seperti yang dilakonkan semula oleh veteran perang ini) bom atom pertama dunia meranapkan bandaraya Hiroshima dan membunuh 140,000 warganya. Itulah detik penamat sejarah perang terhebat yang pernah tercatat dimuka bumi. Mungkin Seikosha ini sempat melalui detik itu!
Enjin lama yang masih rajin berkerja, serajin warga negara Matahari itu.
Melihatkan komponen yang halus mulusnya terkenang aku betapa sukarnya melengkapkan seketul jam! Apatah lagi era teknologi dulu yang berbeza berbanding hari ini.
SEIKOSHA, nama yang dah tak ujud lagi...
Seiko Precision ini berjarum biru.
Sengaja aku bogelkan jam ini agar korang dapat menikmati pandangan yang lebih indah tanpa dihalang sesuatu...
Lagipun aku masih tercari-cari strap yang 'sebaya'nya.
Seikosha dengan subsecond sangat sukar diperolehi kini, menyimpannya umpama menyimpan sejarah 70 tahun yang bersemadi diwajahnya.
Tiada lagi yang tinggalkan untuk buat kenangan, semua telah pergi diluput zaman. mati tanpa kuburan kecuali...
kecuali ini..Satu-satunya yang masih berdenyut-denyut ditanganku.