Showing posts with label orient diver. Show all posts
Showing posts with label orient diver. Show all posts

Tuesday, July 5, 2016

ACARA akhir malam di Ramadan dolu-dolu...

Dolu-dolu sekitar tahun 70-an akhir Ramadan ditutup dengan aktiviti akhir yang paling mencabar dari malam sebelumnya, iaitu malam Lailatudodol, iaitu malam menjenang/kacau DODOL! Ini le satu-satunya kuih tradisional yang diserah pada kudrat lelaki. Kuih-muih lain macam kuih sempret, peyek, tumpi dan lain-lain itu kerja kaum ibu.

Pakcik-pakcik dikampung menunjukkan kejantanannya dengan menjenang dodol kerana ia perlu dikacau selama 8 jam dengan kayu sudip gergasi sebelum masak sepenuhnya, ada pusingan tertentu ia perlu dikacau laju2, makin pekat dodol makain berat! Sekarang aktiviti menjenang dodol dah makin pupus.


Esok Hari Raya bakal bergema disurau dan masjid takbir raya. Pagi-pagi kita berkumpul di masjid atau surau beramai-ramai mengalunkan takbir raya. Tanda kemenangan melawan hawa napsu sepanjang Ramadan dimana kita bertahan dari makan, minum dan berkaroke...

Satu hari di hari raya yang mengHARUkan...

 (Bole jadi wak rasa pegang mikrofon karoke... hai wak, wak)

Bagi peminat jam pastinya raya tak sempurna tanpa ditemani koleksi tersayang.
Ada beberapa koleksi pasti dibawa untuk menjadi penyeri pakaian raya.

Layan wak!














Akhir kata di bulan mulia ini buat kekawan semua...
MAAF ZAHIR BATIN dan SELAMAT HARI RAYA

Wednesday, June 3, 2015

MELIHAT KAU SELINGKUH, SAKITNYA TUH DI SINIKKK...

Ramai tau dalam banyak-banyak spesis hantu sundel bolong paling seram!
Rambut mengerbang, dial mengerutu, jari panjang meruncing, kuku panjang tak potong...

  Tapi spesis sundel bolong yang menjelma dalam malam ni lagi seram gila!

Rasa-rasanya ramai tak pernah jumpa, aku ulangi TAK PERNAH JUMPA!

 Tu dia sebelah... Serammmm

ORIENT KING DIVER  AAA DELUXE.

 Insert terbenam dalam casingnya, Kalau bezel Seiko monster boleh kita putar dengan kaki, yang ni nak putar kena guna hujung jari sebab nipis dan halus sangat.

 Enjin seiras Seiko 6105 je? kan?

 Tak sangka aku rupa-rupanya Orient rancak mengeluarkan jam berbagai model yang kita tak jumpa sini kerana dari mula pengeluarnya ia menumpukan pasaran dunia barat berbanding Asia. Tu la asyik bergelumang dengan Seiko aje haha.

Adoii...pedih mata. Dah tua pun nampak lawa apatah lagi muda-muda dulu ye.

 Maap la sebab aku tak dapat nak ulas panjang-panjang sebab tak dapat banyak sumber tentang model hebat ini sebab kesibukan. Dapat tengok dah kira baik la tu haha

Satu lagi... Ganas betul koleksi bro Tun ni. Kalau dapat sembang lama dengannya tentu banyak maklumat dapat aku bongkar, silap-silap sangkut seketul kat tangan aku hehe..


 
 Sakitnya tuh disini, melihat kau selingkuh... adoii.



 Sakitnya tuh disini, melihat kau selingkuh. ADOIII..

Terimakasih sahabat Bro Tun Mufizal kerna sudi berkongsi model ulung King Diver miliknya yang jarang sangat di temui. Sangat susah dijejaki, rasa-rasanya spesis lupus dalam sejarah! Fuhhh Mantap!

Saturday, May 2, 2015

Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa...

Begitu le ungkapan lagu popular dendangan Jay Jay dan Khadijah Ibrahim. Sejarahlah yang mendewasakan akal fikiran kita apatah lagi sejarah itu banyak yang pahit dari yang manisnya.

.1975 bas mini diperkenalkan. Lebih 20 tahun ia beraja dijalanraya Kuala Lumpur. 1986 aku kerap berasak-asak dalam bas mini 25 dari ibukota ke Kampung Pandan. Walaupun bas dah sarat dengan penumpang tapi jangan risau, kambing tepi jalan tahan pun basmini akan berhenti haha. "Belakang lagi! Belakang lagi" kondaktor bas akan sumbat sampai muat.

Pertengahan 1980-an bercambah kumpulan2 muzik rock kapak tanahair. Masa tu bas-bas mini dipandu oleh abang-abang rocker. Waktu jalan sesak gila bas main lagu-lagu popular, berjam-jam berdiri dan berasak pun tak terasa sangat. Ingat ye, masa tu handpon tarak! Jadi nak berhibur kena masuk bas mini jugak hehe..

 Sebulan sekali aku berulang alik Serdang-Kuala Lumpur. Turun dari bas mini 25 aku ke Puduraya naik bas panjang Toong Fong pulak, setesen bas paling sibuk dan sesak! Bila bas sampai kena cari tempat duduk yang selamat, sebab bila bas bergerak rasa macam naik roller coster nanti khususnya bila bas meredah jalanraya luar kota.

Kebanyakan pemandu bas ketika tu memandu gaya berlumba. Selekoh maupun bonggol depa redah macam bas takde brek. Aku ingat lagi 1987, bas yang aku naiki layan selekoh sehinggakan seorang makcik dikerusi terduduk atas lantai bas. Jalan belok-belok tambah pulak bonggol-bonggol di taman perumahan Serdang, sesapa yang duduk kerusi belakang bas memang senak dibuatnya.


Beralih pasal jam pulak.
 Bagi peminat jam tentu arif dengan satu model Orient ni kan?

KING DIVER!

Jarang-jarang jumpa model ni tapi kelmarin aku dapat meramas secara ekslusif koleksi seorang sahabat ni.

Belakang gambar ikan duyung jantan...haha

Rekabentuk yang begitu ringkas sesuai dengan keperluan seorang penyelam.


Dua model military yang cute tapi garang sesangat.

Jam military dan jam diver memiliki beberapa ciri yang serupa cuma saiz jam military sikit kecil bagi menyempurnakan misi-misi bahaya dalam situasi berbeza dari jam diver.

Yang ini dengan H3 tube gas. Dial klasik yang masih diminati sampai bila-bila

Jarum dan indek jam dipasang tiub-tiub kecil yang menyala dalam keadaan apa pun.

Antara model militarmilik king otai Pak Syed blogger klasik Irhomdeys.

Model chrono Seagull (China) yang dikeluarkan khas buat golongan elit tentera China.

Namun hanya beberapa ribu sahaja model ini sangkut ditangan orang serata dunia.



Terimakasih kawan, kerana kasi pinjam biarpun seketika.