Showing posts with label model baru. Show all posts
Showing posts with label model baru. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

JUNKERS...

JUNKERS Erster Atlantikflug, begitu le nama model baru yang membuka tirai 2011 ni.

Aku temui terkurung di ruang pameran sebuah kedai jam... "Baru sampai!" Kata toukeh dan memberi aku peluang menyentuhnya...

Sebaik terbaring longai di tapak tangan kamera aku meratah setiap sudut menariknya...memang cantik.

Aku percaya, korang pasti tak kelip mata memandangnya...

Penutup belakang diikat oleh 4 skru halus? Leceh nak buka/tutup...
German pernah menguasai teknologi pesawat sehingga berani mencetuskan serangan seluruh benua Eropah dalam perang dunia dulu. Kegemilangan era pesawatnya diabadikan disini.

Secara keseluruhan rekabentuknya menarik, tapi tak cukup kuat untuk menarik RM1.5K dipoket aku.

Tapi best juga simpan satu buat kenang-kenangan buat tatapan dihari tua.

Kepantasan munculnya model-model baru dipasaran hari ni menjadikan sesetengah model 'cepat tua' dipasaran, namun design retro lebih selamat dari ancaman itu.

Yang ini juga sangat menarik perhatian aku, dual time dua crown dijana enjin quartz.

Dua jam dalam satu dial, jadi tak perlu pakai dua ketul jam macam Maradona.

Gambar pesawat merentas lautan Atlantik

Apa komen korang tentang model baru junkers ni?

Friday, November 26, 2010

Bagaimana dengan putih?

Bos aku dah mula gila jam selam, kelmarin bersama keluarga dia uji dua ketul jam diver di kolam renang condonya, "San, aku selam sampai cecah dasar kolam! jam steady laa!" katanya, err aku meragui cakapnya laa..sebab 10 kilo batu ikat dibadannya sure dia tak boleh tenggelam punya...

Ya, ramai kurang minat jam berdail putih, alasannya payah nak tengok waktu dalam suram cahaya. Jam dial putih pertama aku beli tahun 1988 jenis Alba, tiap pagi subuh aku terpaksa buka lampu semata-mata nak tengok waktu ditangan, tak boleh tahan 4 hari pakai aku terpaksa jual walaupun hati masih sayang... 

Bukan semua jam dial putih senasib dengan Alba aku tu, Rolex Explorer putih lebih lawa dari hitam begitu juga Seiko Helmet 6139 putih harga lebih mahal dari hitam.

Dengan indek dan jarum jam tebal Seiko diver 200m baru ini memadamkan diskriminasi terhadap dial putih. Sebenarnya jam putih sangat bergaya untuk mereka yang berkerja dalam suasana pejabat, ia menampilkan kerektor positif pemakainya.

Tapi kalau nak pakai diluar pejabat sebagai jam harian maka...

... kena buat sikit renovation agar kelihatan lasak dan sesuai untuk aktiviti diluar pejabat maka cara yang mudah dan murah ialah tukar tali! Tapi kalau masih tak menampakkan kelainan boleh tukar cara lain....pergi kedai tukar jam lain terus...hehe

Model baru seiko diver 7s36 berdail putih ni sangat anggun dengan strap canvas hijau!

Sedikit warna merah pada crown dan jarum saat bagi menambat sedikit gaya sporty.

Bracelet dan bazel solid st. steel terasa jam seolah-olah seutas 'rantai besi', strap canvas menjadikan ia lebih selesa dan mesra dipakai dan dipandang.

Aku namakan SEIKO BABY SUMO kerana casing dan jarum sama sepertimana model hebat itu.

Diver military yang bergaya kasual!

Sunday, November 21, 2010

JENTERA SELAM BARU SEIKO!

Tengah hari yang bahagia aku bersiar-siar di sebuah kedai jam di Kuala Lumpur. Setelah poket tipis dihakis 3 perayaan yang datang bersilih ganti aku cekalkan iman tak mau beli jam bulan ni!

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya banjir ditengah hari! Apa taknya? Setiba disebuah kedai jam mata aku mula cari pasal, dia mula mengintai-intai aksi-aksi beberapa model di ruangan pameran...Nah! pada muka aku...Tangan aku tak mau balik tanpa dipeluk model seksi ini!

"Model ni baru sampai raya haji lepas, hanya ada dua ketul aje di sini" begitulah kenyataan berbaur hasutan yang mengusutkan lagi benang-benang fikiran aku yang sudah berpintal-pintal.

Memang lawa dan nampak klasik pada beberapa sudut tertentu.

Beberapa model baru kebelakangan ini menerapkan ciri-ciri reka bentuk silam yang evergreen.

Glass tinggi dengan bazel nipis

Angka sekeliling bazel dengan typeface 'modern'


Casing menyelimut kemas crown untuk perlindungan maksima.

Bazel 'terkeluar' dari casing yang melengkung, mudah untuk diputar.

Selaput plastik biru yang original! Ori...simpan weh! Mana le tau 10 tahun nanti ada kolektor tegar yang mau semua-semuanya original.

Siapa tak gocang iman bila melihat si dia bertahi lalat besar guli melekat bawah dagu!

Gelap? tiada masalah...

Mudah dan perkasa tapi belum tentu model baru ni dapat mencabar populariti turtle 6105 sana tu. 

Lug panjang...

...Tapi itu bukan masalah kerana...

...ia dibentuk melengkung khas mengikut bentuk tangan aku.

Garis-garis bulatan menonjolkan kemasan.

Jarum dan tanda waktu besar gila! mudah dilihat dari jauh.


Kemas komponen dialnya.

Ujian puspakom, celup dalam air di kedalaman 20mm!

Hehe...lulus..

Pada mulanya aku sangka ia menggunakan casing Seiko Sumo, tapi sangkaan aku meleset...

"Yea yea! Sumo tak malu, nampak anu!" begitu le model baru ni mengejek Sumo yang tak cukup 'kain' nak tutup semua crownnya.

Tuesday, October 19, 2010

Khabar berita dari Jepun...

Santau angin yang sangat berbisa kiriman sdr Radzi (http://thetick-thetick.blogspot.com/)... haha beberapa kawan yang aku forward mms pun menderita sebaik memandangnya, banyak pertanyaan mereka yang tak mampu aku ubati.

Model 70an yang famous ni dikilangkan semula dengan enjin baru 7s36! Haha tentu riuh diluar sana bertanyakan mana nak dapatkannya... jangan risau dan cemas dan tak perlu susah-susah mencarinya disini... kerana model ni dibuat di Jepun untuk pasaran Jepun.
Harap sdr Radzi boleh beri komen tentang model ni yang mungkin tak dikenali di sini...

Ada beberapa jam hebat menunggu untuk dijual dan pameran...tungguuu