Showing posts with label luminox. Show all posts
Showing posts with label luminox. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

TIUB GAS...

Kini 'tsunami radioaktif' pula yang masih belum reda. Laut, darat dan udara sekeliling loji nuklear Fukushima terdedah kepada kebocoran radioktif akibat gempabumi. Mungkin ini semua petanda bumi semakin uzur. Air, udara dan tanahnya semakin nipis diratah 7 billion manusia diatasnya. Apakah itu petanda kalendar dunia akan berakhir 2012 ni? Kiamat? Mungkin belum...

Walaupun bencana mengganas dan memusnahkan sebahagian bumi, belum tentu ia menandakan kiamat alam ini. Bahkan ribuan tahun dulu bumi pernah menbenam seluruh spesis dinasour, kaum manusia berserta negeri dan kota.

Walau apapun bencana yang bakal, kehidupan harus diteruskan sesuai dengan semangat sabda junjungan s.a.w (kalau tak silap aku yang pernah aku dengar 25 tahun dulu) "Jika ada sebutir benih ditapak tangan mu, diketika itu kamu lihat langit sedang digulung (kiamat esok), tanamlah benih itu". Baiklah, kita teruskan urusan dunia, yang mana dengan urusan ini kita berbakti kepada kemakmuran bumi....jam.

Ada dua ketul jam ditangan aku yang menggunakan teknologi canggih luminous. Pertama aku beli  4 tahun dulu adalah LUMInox! Model diver.

Tiub halus yang terdapat pada jarum dan indek jam ni sangat unik.

Self-powered micro lights (3H), tiub halus mengandungi elektron gas tritium yang aktif bergerak dan menghasilkan cahaya apabila merempuh dinding tiub yang diselaputi luminous phosphors. -gambar dari http://www.worldtempus.com/en/brands/partner-brands/ball-watch/

Pada siang hari tiub 3H ini nampak biasa aje.

Tapi apabila mentari terbenam diufuk timur dan malam mula melabuhkan tirainya (eewah bahasa...) maka tiub-tiub ini mula mengeluarkan keramatnya. semakin kelat malam semakin terang ia.

Selain Luminox, Zeppelin diver ini juga dipasangkan tiub 3H hanya pada indeknya .

Dari jauh nampak macam biasa aje kerana tiub 3Hnya terlalu halus.

Tapi dari imej setalite kelihatan jelas tiub ini tersembunyi dan tertanam pada permukaan dial.

Umpama kunang-kunang (fireflies) di Kuala Selangor, tiub sentiasa bercahaya selama lebih 25 tahun!.

Sepertimana Luminox tiub ada dua warna, hijau dan kekuningan.

Pandanglah, lihatlah...alam ciptaan tuhan

Tiub berbagai warna pada dial memeriahkan suasana malamnya dan...

... walaupun pakai siang hari aku sengaja cari tempat gelap semata-mata nak tahu waktu ditangan haha.. seronok melihat nyalaan tiub gasnya.

Tuesday, January 4, 2011

Yang haram memang makanan hantu setan, betul ke?

Sabtu lepas aku ke Muar, keluar dari plaza tol Tangkak aku singgah ke Sungai Sagil tempat hantu langsuir makan belacan, dalam 20km aje. Terletak dibawah kaki Gunung Ledang...

Agak nyaman.. Banyak jeram kat sini, sesuai bawa keluarga mandi-manda.

Keliling boleh dirikan kemah, nak bermalam pun boleh, tapi kalau takut diusik langsuir boleh sewa resort  berhampiran.

Luminox military diver tangkal hitam yang sentiasa aku pakai untuk dibawa di tempat-tempat 'keras' sebegini. Azak pesan kena berhati-hati, banyak tempat-tempat keras sekitar sungai ni khususnya kawasan yang ada batu-batu besar...haha.

Yang haram memang makanan hantu setan, betul ke?

Haha sungai inilah Azak jamu langsuir dengan belacan bakarnya...
Jom, kita berhibur diSungai Sagil dengan irama rock gorengan Rusty Blade berjodol LANGSUIR LIAR (klik)

'Langsuir' bertanduk ni koleksi peribadi aku... tunggu jelmaannya...