Showing posts with label Omega. Show all posts
Showing posts with label Omega. Show all posts

Tuesday, July 5, 2016

ACARA akhir malam di Ramadan dolu-dolu...

Dolu-dolu sekitar tahun 70-an akhir Ramadan ditutup dengan aktiviti akhir yang paling mencabar dari malam sebelumnya, iaitu malam Lailatudodol, iaitu malam menjenang/kacau DODOL! Ini le satu-satunya kuih tradisional yang diserah pada kudrat lelaki. Kuih-muih lain macam kuih sempret, peyek, tumpi dan lain-lain itu kerja kaum ibu.

Pakcik-pakcik dikampung menunjukkan kejantanannya dengan menjenang dodol kerana ia perlu dikacau selama 8 jam dengan kayu sudip gergasi sebelum masak sepenuhnya, ada pusingan tertentu ia perlu dikacau laju2, makin pekat dodol makain berat! Sekarang aktiviti menjenang dodol dah makin pupus.


Esok Hari Raya bakal bergema disurau dan masjid takbir raya. Pagi-pagi kita berkumpul di masjid atau surau beramai-ramai mengalunkan takbir raya. Tanda kemenangan melawan hawa napsu sepanjang Ramadan dimana kita bertahan dari makan, minum dan berkaroke...

Satu hari di hari raya yang mengHARUkan...

 (Bole jadi wak rasa pegang mikrofon karoke... hai wak, wak)

Bagi peminat jam pastinya raya tak sempurna tanpa ditemani koleksi tersayang.
Ada beberapa koleksi pasti dibawa untuk menjadi penyeri pakaian raya.

Layan wak!














Akhir kata di bulan mulia ini buat kekawan semua...
MAAF ZAHIR BATIN dan SELAMAT HARI RAYA

Monday, June 27, 2016

'VAN 'PUTIH' MUNCUL LAGI!!!

Van putih memang misteri sehingga kini, kerana  kes-kes penculikan kanak-kanak sekolah dulu dikaitkan dengan penglibatan van putih. 

Dolu-dolu dalam bulan posa van putih jugak menjadi igauan, terutama pada mereka-mereka yang ponteng posa. Pihak penguatkuasa agama akan tangkap meka yang tak posa dan angkut mereka ke jabatan ugama menggunakan van jenazah. Di sana mereka akan diberi tazkirah.

Mengangkut orang yang tak posa dengan van jenazah juga bertujuan untuk memberkan keinsafan pada orang ramai tentang kematian.
Jadi, lagi ramai tangkapan kes ponteng posa lagi banyaklah van jenazah diperlukan.

 
 Kalau semua van jenazah sibuk angkut orang tak posa aje maka terpaksalah para jenazah hari tu guna pengangkutan awam untuk ke kuburan.....

 ishh nayaaa...

OMEGA!
Walaupun aku pengemar Seiko (kerana 85% koleksi aku adalah Seiko) namun beberapa jenama Swiss sangat-sangat meruntun kalbu. Merenung beberapa model dressnya ditangan kekawan hati mula tertawan.

Biarpun tua aku suka tengok 'gaya mahal'nya.

 Model Constellation ini sangat bermutu kerana mencapai pensijilan 'Chronometer'. Kerana perkataan tersebut melonjaklah harga dan nilai buruannya. Mana-mana Chronometer dari model Swiss maupun Jepun memang bermutu.

 Apatah lagi model Constellation yang mempunyai ring 'ulat gonggok' seperti gambar. Kerana ring tersebut ditatah dari logam emas putih.


 Tengah glass ada logo..ketulinan masih terpelihara.

 Kilauan emas putih (white gold) lebih menyucuk mata berbanding kilauan st.steel.

 Dial texture yang cantik, mungkin dari logam platinum juga.

 Ada beberapa versi berbeza, model2 Contellation memang unggul.
Bawah dari model Constellation adalah Omega Geneve.

Sepasanga Geneve yang simpoi.

 Kaki lug yang kecik dengan dial penuh begitu disenangi pandangan.

 Genama unggul dengan gaya ringkas dan santai.


Model-model dress swiss sangat aku minat, apatah lagi kalau dapat kondisi yang bersih sebegini, buruk tidak bersih sangat pun tidak. Auranya begitu terasa sekalipun hanya pandangan sahaja.

Raya dah nak dekat, jadi kepada kekawan semua yang mengenali aku samada jauh atau dekat aku hulur keampunan jika sepanjang aku berblog ni ada pekara-pekara dalam seloka tulisan/posting aku yang menyinggung perasaan.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

Friday, January 22, 2016

MARK TWO DAN LORI HANTU!

Sedih sungguh bila mendengar berita 2 anak sekolah maut di rempuh lori hantu minggu lepas. Lori hantu adalah istilah untuk lori yang diguna hanya dalam kawasan projek yang tak mempunyai apa-apa insuran atau cukai jalan. Salah jika diguna atas jalan raya.


Mau pun lori hantu atau tak apa yang penting sikap pemandunya, kalau pemandunya bawak macam hantu diatas jalan raya memang hantulah lori tu.

La ni lori hantu mula ditakuti ramai sebab dah ada yang menjadi mangsanya, dan baru mereka tau kenapa dinamakan ia LORI HANTU.


RAJA JALANAN ERA 70-an
 Petang yang nyaman, kelihatan ayam-ayam berehat dibawah pokok rambutan yang rendang setelah kenyang meraih dari hasil mengais. Di anjung rumah kucing-kucing aku sedang tidur. Sekali sekala daun-daun berterbangan di halaman rumah ditiup angan petang. Tiba-tiba suasana damai itu dipecah oleh satu bunyi yang sangat bingit tapi merdu. Bunyi dari RXS100 yang membelah tengah kampung dan meninggalkan dijalan kepulan asapnya yang harum.

Tahun 1982 model lagenda itu sangat digilai muda-mudi kampung.

 Hampir 40 tahun berlalu... Kelmarin aku nampak mesin lagenda itu disebuat setesen minyak. Tanpa segan aku menyapa gang-gang RXS ini.

 RXS atas tu model pertama kalau tak silap. Lampu bulat. model selepasnya lampu kotak.

Dan ini pula model terkemudiannya, ada cover lampu belakang yang menambah cantik bahagian lampu belakangnya. Begitulah sikit kisah model lejen yang aku tak sempat merasainya kerana masih bersekolah lagi.

Omega Mark II

Model-model 'MARK' memang digilai ramai penternak Omega chrono.

Racing dial macam ni lagi payah jumpa.

Koleksi seorang kolektor di pinggiran kota.

Sporty!

Walaupun aku tak begitu kenal dan arif dengan model klasik ni namun tangan aku cepat mesra mesra dengannya. Nasib baik mahal, kalau murah terus aku bawak balik je.

 Jam lama sangat berbeza gaya persembahannya. Kepuasan yang tak dapat dijelaskan dengan kata-kata.

Kemunculannya dikhalayak dunia moden pasti menjadi tumpuan...

Sebagaimana juga jentera RX ini.

Wednesday, March 27, 2013

HARUMNYA SAMPAI MELINTASI GUNUNG...

HARUM BAU MU SI BUNGA LAH TANJUNG
HARUMNYA SAMPAI MELINTASI GUNUNG"

Serangkap pantun dari lagu klasik 'Bunga Tanjung' dendangan Addy Silitonga.
Begitulah juga OMEGA PIE PAN yang harum namanya melintasi benua, lautan dan melangkaui zaman!

 Model keluaran 1960-an ini adalah pelengkap bagi peminat Omega. Selagi tak dapat selagi itu hati rasa terkiram...errr KIRAM?

 Dan bagi aku memiliki sebutir Omega Pie Pan sama seperti memiliki seluruh model Omega! err... melampau tu San!
Ahh...aku pedulik apa!

 Pemandangan indah yang mententeramkan jiwa.

 Datang dengan brecelet original yang langsung tak mengoda hati nurani ku. Maka untuk nampak lebih merbahaya aku sarungkan ia dengan kulit buaya, nampak tenang tapi ganas macam buaya.

 Aku gandingkan lagenda Swiss ini dengan pencabarnya dari Jepun Grand Seiko (GS) hi-beat! Nama yang digeruni timur dan barat.

 Disebalik kelopaknya tertanam jentera yang dikagumi kaum harulogi.

 Setelah dikupas nampaklah isinya. Enjin CHRONOMETER! Untuk mendapatkan status 'chronometer' ia perlu melalui piawaian ketat COSC. Jadi untuk melepasi standard tertinggi itu setiap jentera chronometer mesti melepas ujian 'komando VAT 69'!

Megah mempamerkan ketulinan alat sulit memasing.

 Kedua-dua mereka memiliki reka bentuk yang elegent! Ringkas dan selamba, tak semak dengan garis-garis atau warna-warni yang merimaskan mata, ciri jam dress yang aku tersuka.

 Permukaan dial cembung meminimakan ruang enjin, ini membuatkan jam kelihatan nipis dan ranggup.


 Perhatikan ketingnya yang kurus dan unik.

 Dial, crown dan lug bersegi, ciri-ciri unik yang sangat membezakannya dengan yang lain.

 Gaya dan rekabentuk moden rancak pada era 60-70an. Korang boleh perhatikan era kemodenan dalam rekabentuk bangunan-bangunan diera tersebut, berkotak dan bersegi.

 Pada 1952 Omega melahirkan model pie pan pertamanya, dan ini generasi pelangsungnya lahir sekitar 1968.


Segala kepakaran dikerah dalam menciptanya dan hasilnya mampu bertahan sehingga berdekad-dekad lamanya.

Ringan sikit berbanding GS disebelahnya.


"....TUAN KU HARAP UMPAMAKAN PAYUNG
HUJAN DAN PANAS 
TEMPAT BERLINDUNG"
Barangkali itulah yang dia diharapkan pada ku... 
 Nak dengar lagu klasik 'BUNGA TANJUNG'? (sila klik)