Sunday, February 28, 2010

FORTIS 3 time zones ($OLD)

Ini model FORTIS yang terbaru 2011!

Sebenarnya aku tangkap banyak gambar jam pilot ni, siap dengan set lengkap kotak dan resit belian yang tertera harga RM+++7K, dibeli pada 18hb Febuari 2010...

...tapi sayangnya time aku download gambar2 bogel model ni tetiba aku terdelete separuh gambar terhangatnya... kesan terujaan kut. cis!

Jam ni dibeli disebuah butik jam diKLCC, berharga +RM10K!

Body masih licin, silau dan mengiurkan

Dial bertingkat-tingkat menampakkan fungsi yang bakal ditawarkannya. Klik ni 

FUH! Tangkap lentuk! bezel dan inner bezel boleh diputar...
Han...Tangan nak merasa hayunan jam RM10K? Pilihan aku FORTIS ni, BEST!!!


Saturday, February 27, 2010

Friday, February 26, 2010

PAKAR BAIKI JAM...

Kelmarin aku tersua dengan seorang kawan yang pakar membaiki dan memulih jam-jam sakit samada sakit sendi, kejang/strok atau cepat letih. Beliau pernah berkerja disebuah syarikat jam tersemuka di Malaysia sebagai juruteknik jam.

Hubungi:
Sdr Adnan, Blok C160-8N, Flat Sri Kelantan
Jalan Sentul Pasar Kuala Lumpur Tel: 03 4044 6819 H/P: 016 367 0684

Temanku ini hari...Dikala artis-artis vateran kawin gadis muda... aku kawin janda beranak 7 ni. Waduh waduh! Ligat lagi beb!

Thursday, February 25, 2010

ALBA WHITE SHARK! ($OLD)

Ada kala kita keliru

Bukan kita ditipu, tapi kita tertipu...

Saja aku kasi nama haiwan ganas-ganas, sesuai dengan imejnya...ada masa aku buh gambar lagi.

Saturday, February 20, 2010

WEST END WATCH Co ($OLD)

Pernah lihat haiwan yang memiliki 'dua' wajah yang diguna mengelirukan mangsanya? ...Haha..manusia lebih dari itu! Patut le kita yang kerap tertipu... Tertipu oleh diri sendiri...hehe


Saja aku letak harga unik RM777

Sebab West End ni pun unik diantara banyak model lainnya yang kita jumpa.

Mannual winding, aku ada simpan sebiji AVIATOR perang dunia ke-dua, mirip ini jugak.

Crown bulat jam enjin berkunci ni memang sedap digentel -gentel.

Sesiapa yang suka imej ketenteraan memang ini jam yang sesuai untuk dibawak pakai









Ayuh kekawan, harga boleh dimesyuaratkan...

TECHNOS

Hajat aku jumpa (Tuan Syed) kerana TECHNOS ni laa...

Tapi lain pulak penyudahnya. Tujuan datang nak minang kakak tapi tersarung cincin dijari adiknya pulak...ishhh.

Kemas gila, crown terselit dalam casingnya yang unik...

Rasanya lebih elok adat menyarung cincin pertunangan di tukar kepada jam sebagai tanda pertunangan, amacam? Setuju?...

Thursday, February 18, 2010

REVUE THOMMEN

JOM! berhibur lagi dengan jam Irhomdeys! haha ha...

Sapphire glass dgn dial hitam yang meruntun kalbu

Meliur dibuatnya! Kalau burger Mc dah lama aku baham, kalau ayam KFC dah lama aku ratah, kalau Maggi dah lama aku mamah...

Ish! geram betul aku! Ketika Tuan Syed leka aku ramas2 geram jam dia ni, haha.
Nak tanya rega takut! Sebab mengikut adat Melayu yang penuh sopan santun bertanya maksudnya mesti 'JADI' tu! Kalau tak kena saman malu...

Kalau korang keluar airliur tanpa dapat dikawal, HAH! itu tanda-tanda ketagihan jam yg kronik...

Tanda-tanda seseorang yg diserang ketagihan jam:
1) Airliur melilih tanpa dapat dikawal (ternganga terlalu lama, perlukan bantuan untuk dikatup semula)
2) Ketiak berpeluh (pikir kat siapa lagi mau berhutang nak beli jam ini)
3) Kepala mula feneng (pening) dilanda ilusisasi (cth: Kenapa le jam ni mahal sangat? Bila la Man Kering nak bayar hutang aku? Kenapa le gaji msuk/abis awal sangat? dan mcm lagi)
4) Terduduk mencangkung (jatuh pengsan secara terkawal)

HAHAHA MERAPU LE KITA!!!


Wednesday, February 17, 2010

MARATHON

Tengahari semalam buat pertama kali aku sempat bertemu Tuan Irhomdeys. Tak sangka, ramah betul orangnya. Beberapa koleksi yang dibawanya hebat-hebat berlaka, 100 keping gambar yang aku tangkap tak akan dapat menceritakanya kehebatan sebenarnya tanpa menyentuh, membelek, mendengar (detikan) dan melihat dengan matakepala sendiri setiap model yg dibawa.

Kerana mata kita amat daif, ia hanya mampu melihat tapi buta dalam merasa. Betui?

Aku tak jumpa elemen logam sekeliling casing jam ni kecuali penutupnya belakangnya aje(sekeping st.steel)

Ish...Ngapa kecik pulak tangan aku ni?  Ooo...aku lupa nak pi gym tadi...padan le...

Hitam putih! simple....senang nak baca

Teknologi tiub gas memang terbukti...mahal! mahal sikit la..

Terkejut aku! Bila Tuan Irhomdeys keluarkan 'kediaman' jam ni...golongan homeless US... kesian. Tapi pakej ringkas sebegini sangat menarik.

Thursday, February 4, 2010

CITIZEN GOATHEAD ($OLD)

Koleksi yang mesti ada bagi peminat jam-jam pelik sedunia!

Oleh kerana kecil sikit dari Seiko bullhead aku rasa sesuai dia dinamakan GOATHEAD..amacam?

Terpacak 3 'tanduk' dikepala goathead ini...

...rasanya dah tak muncul lagi jam bentuk sebegini dimutakhir zaman ini.

Ciri-ciri sport vintage memang menyerlah ganas


Bahaya kalau letak kat lantai, kalau terpijak berdarah buku lali...

Itu hari isteri aku try sangkut seketul kat tangan bawa berjalan.. Fuhh! pandangan sekeliling menjadi begitu controversy!

Korang pernah dengar lagu Si Cincin Emas alunan A. Rahman Onn?

Haha, mungkin ini le cincin A. Rahman On yang cuba disarungkan dijari manis kekasihnya...!
Apa kata Rahman dalam lagu Si Cincin Emasnya tu? 
"Pemberian ku tak diterimaaa.... "memang padan pun.

Wednesday, February 3, 2010

TISSOT SEASTAR ($OLD)

Ring bergigi halus buat aku jatuh cinta.

Jam yang cantik gila, crown dan buckle ada huruf 'T'.

Enjin auto dan boleh juga kunci yg berkerja dengan cermerlang!

Ada kelebihan jam 'satu warna' sebegini (sesemua warna st.steel) dimana kelusuhan jam menambahkan nilai klasiknya, contoh terdekat macam aku laa...makin berusia semakin kelihatan tampan berbanding muda remaja dulu... "Eeehem kuh!puih!"... Apasal ngan ko Man, tak sihat ka? "Takda apa-apa Asan, tekak aku loya tetiba..."...

..."Hah, mesti perut ko banyak cacing"

Si Man ni kawan aku yang ada masalah penghadaman, dia dengki bila tengok aku syok sendiri.

Apa kata jam vintage semacam ni digubah cantik-cantik buat hantaran kawin?

Agak-agak apa kata makcik-makcik dibelakang tu ye?