Thursday, February 18, 2010

REVUE THOMMEN

JOM! berhibur lagi dengan jam Irhomdeys! haha ha...

Sapphire glass dgn dial hitam yang meruntun kalbu

Meliur dibuatnya! Kalau burger Mc dah lama aku baham, kalau ayam KFC dah lama aku ratah, kalau Maggi dah lama aku mamah...

Ish! geram betul aku! Ketika Tuan Syed leka aku ramas2 geram jam dia ni, haha.
Nak tanya rega takut! Sebab mengikut adat Melayu yang penuh sopan santun bertanya maksudnya mesti 'JADI' tu! Kalau tak kena saman malu...

Kalau korang keluar airliur tanpa dapat dikawal, HAH! itu tanda-tanda ketagihan jam yg kronik...

Tanda-tanda seseorang yg diserang ketagihan jam:
1) Airliur melilih tanpa dapat dikawal (ternganga terlalu lama, perlukan bantuan untuk dikatup semula)
2) Ketiak berpeluh (pikir kat siapa lagi mau berhutang nak beli jam ini)
3) Kepala mula feneng (pening) dilanda ilusisasi (cth: Kenapa le jam ni mahal sangat? Bila la Man Kering nak bayar hutang aku? Kenapa le gaji msuk/abis awal sangat? dan mcm lagi)
4) Terduduk mencangkung (jatuh pengsan secara terkawal)

HAHAHA MERAPU LE KITA!!!


11 comments:

  1. Sdr Timur, takde kata seindah bahasa cuma ungkapan terima kasih tanda ikhlas rasa di dada

    ReplyDelete
  2. timur1:21 AM

    Haha..Yang bisu akan mula bisa bercakap dan yg buta akan mula bisa melihat' apabila disua sesuatu yang indah.

    Terimakasih kembali atas kemurahan hati dan kemurahan jam rega jam tempoh hari...

    ReplyDelete
  3. tanpa bro ex001, blog aku cuma ada dgn jam low-end ja. Bro ex001 dgn murah hati bg aku rasa jam2 hebat. Dptlah juga rasa nikmat jam high-end walau cuma dapat tatap & pegang. Tq bro...

    ReplyDelete
  4. Design military dgn date pointer jam ni satu gabungan yang cukup manarik. Date pointer dgn hujung berwarna merah menyerlahkan lagi daya panarik untuk melihat satu2 nya warna merah di situ. Dengan batang jarumnya yang juga hitam... nampak ia sekali dengan dail. Ditambah hujungnya warna merah. Pasti, mata akan tertumpu di situ. Bijak!

    ReplyDelete
  5. Kalau dah berkenan, tak yah pikior 5 kali, amik je SEMUA jam yang suke. Tentang rege teman rase dengan Tuan Syed selalunye boleh runding...

    ReplyDelete
  6. Kena buat kira2 dulu. Hehehe

    ReplyDelete
  7. pergghh!! hebat! hebatt!! sehebat tuan punya jam.. tengok pun dah acap kali telan air liur nih.. bak kata bijakpandai tuan punya blog duniajam kite ni.."Design military dgn date pointer jam ni satu gabungan yang cukup manarik. Date pointer dgn hujung berwarna merah menyerlahkan lagi daya panarik untuk melihat satu2 nya warna merah di situ. Dengan batang jarumnya yang juga hitam... nampak ia sekali dengan dail. Ditambah hujungnya warna merah..." pergghh!!.. lawa! lawa!!

    ReplyDelete
  8. Haha... memang betui bro. Setiap kali tengok jam ni, tang merah tu jugalah mata akan tumpu dulu. Walau berkali-kali tengok, situ juga mata pi dulu. Muahaha...

    ReplyDelete
  9. Cara Timur ambik gambor memang pro penuh ngan graphik tu yg buat jam bertambah serinya berbanding gambar yang aku ambik dalam blog aku, Hassan, minta izin aku curi gambar2 ni masuk dalam blog aku boleh ke? Berbanyak jutaan terima kasih buat saudara Hassan, itu aje yg mampu ku ucapkan....

    ReplyDelete
  10. Bro Hassan mmg sorang grafik designer yang hebat. Orang seni pandai cari angle yang menarik. Angle yang kena membuatkan jam tu bertambah menarik untuk dilihat

    ReplyDelete
  11. Ok tuan syed, bisa aje...

    ReplyDelete