Thursday, June 18, 2015

RAMADAN BERSAMA HEUER CARRERA

Ibadah Puasa bukan sekodar menahan lapar-darhaga tapi ia juga adalah melawan napsu tidor yang liat nak bangun untuk bersahur, itu le puasa masa kecik-kecik dulu. Emak aku bukan aje letih memasak tapi yang lebih menguji kesabarannya ialah mengejut aku adik beradik bangun sahur. Kekadang dengan selimut sekali aku heret ke dapur dan makan sambil mata separuh pejam...haha.

Selepas bersahur sebelum tido balik emak aku ajar baca niat puasa "Nawai tu samaqqqhordin..." (pelat masa kecik2 dulu haha). 

Tapi lain orang lain halnya, kawan aku si Dris selepas bersahur dia korek hidung kasi bersih dan berkilat haaha. Sebetulnya dia memang tabiatkorek idung, mana-mana pergi tangan korek hidung, dalam banyak galian agaknya.  Sebab tu jugak kekawan sanggup kebulur tak sanggup nak ngecek jajan yang ada di tangannya...geli siottt hehe.

Tapi bila bulan puasa hobinya tu terhalang, takut batal posa dia rela bertahan tak korek hidung dari pagi sampai senja..itulah sebenar-benar ujian posa baginya hehe.

...bila Dris belek idungnya kat cermin.

Carrera...
Tiba-tiba aku mula nyaman mata bila melihat jam-jam dress. Dan aku perhatikan beberapa kekawan yang main jam diver akan menyimpan seketul dua jam dress sebagai obat kejemuan. 

Heuer Carrera lagenda yang lahir sekitar 1964, se-era dengan kereta Posche Carrera yang  juga sekitar 1960-an.
Beberapa model klasik untuk layanan mata dan seronok pakai untuk sekali-sekala.

Jam-jam dress sangat sesuai degan dial putih/kelabu (silver).

Imej yang bersih dan suci sesuai dibawa ke surau atau masjid ketika bertarawih...ewahh

Tiap kali mata memandang fikiran yang berkocak kembali tenang...

Mahal atau susah manapun kita akan cuba mencari ketenangan dengan cara yang berbagai gaya. Anggaplah itu sebahgian dari kurniaanNya.

HEUER merupakan nama asal bagi model TAG-HEUER yang ujud hari ini.

Jenama hebat yang banyak menaja sukan-sukan yang berprestaj.


Tengok jauh mulus tengok dekat halus.







Tag Heuer Carrera Re Edition (WS2112)

Maka di awal bulan mulia ini aku ucapkan kepada kekawan semua SELAMAT BERPUASA serta MAAF ZAHIR BATIN.


1 comment: