Wednesday, June 10, 2015

TISOT YANG SANAGT COMEL!


 Bila sebut TISSOT teringalah aku kucing kesayangan aku bernama TISOT. Mata bulat dan montel. Sangat manja dengan aku, tapi sangat takut dengan mak aku. Maklum le dia selalu kacau mak aku kat dapur, selalu kena penyapu.

Sepanjang pengalaman aku menternak kucing sedikit ilmu yang mungkin munafaat buat kawan-kawan yang baru nak berjinak-jinak jadi kucing hehe. Kucing ni melatih kita untuk bersifat memelihara dan menyayangi...kan?

Perangai kucing ni macam manusia jugak suka dibelai dan dimanja. Macam kita juga dia ada perasaan. Yang betina pula pandai mengasuh baby2nya hehe.

Ini sedikit sebanyak ilmu kucing yang aku pelajari dari TISOT...
 
 Mengesel-geselkan badannya kat kaki kita: Kekadang dia toyoh hidungnya yang comot berdaki kat kaki..wekkk! Itu tanda dia meminta sesuatu. Biasanya dia tunjukan aksi ni kat dapur aje. Kalau kat luar rumah pun dia gesel-gesel kaki tu tandanya dia ajak ke dapur mintak makan.

 Badan kaku abis, cuma ekor aje gerak-gerak: Tu tandanya dia tengah sekodeng. Aksi ni le yang korang tiru dia kan? atau dia tiru korang wakaka....

Hidu benda-benda sekelilingnya: Itu tandanya dia nak pancut, jadi kalau korang nampak sesiapa  hidu-hidu cam tu cepat-cepat perhambat.

 Duduk sambil melipat tangan kedalam: Bila sejuk kucing perangai serupa orang. Bila kita usap-usap badannya keluar suara dengkur..GGGGRRR gitu. Aku suka leraikan tangan comelnya tu haha..

Bergegas ke penjuru bilik/rumah: Kalau nampak kucing tergesa-gesa ke penjuru2 bilik tak payah korang tanya-tanya dia lagi, memang dia nak melepas situ! Cepat-cepat pimpin dia keluaq rumah. dia malas keluar rumah gali lubang haha.

Baring melentang sehingga menampakkan anggota pusat dan lututnya: Biarkan, dia bukan nak mengatalnya. Biasanya mak kucing yang banyak anak akan tidur melentang cam tu ajak anak-anaknya menyusu, dan supaya anak-anaknya tak berebut sampai tergigit putingnya hehe.

Sejak kebelakangan ini aku dikerumuni model-model 'NOS' (New Old Sock). Walaupun tak sebenar-benar NOS tapi dengan usia yang berpuluh tahun dengan kondisi original tanpa calar serius serta mannual/label asal itu sudah memadai bagi setengah kolektor menganggapnya 'NOS'.
 
 Aku bukanlah peminat jam-jam 'kotak2', tapi lain pula hari ini bila bersua TISSOT 'kotak2' ni yang membuatkan aku lama termenung bentuknya yang besegi-segi tu.

Aku bawa jam ini ke pejabat dan tunjukkan ia pada seorang kawan.
"Apa komen ko tentang jam ni?" tanya aku
"Macam bentuk jam lama, jam dolu-dolu'" jawapnya.

Kalau aku tanya semua orang (yang minat atau tak minat jam) aku akan dapat jawapan yang sama juga. Jelaslah bahawa rupa TISSOT ini membawa sekali sejarah silamnya. Sejarah yang ekslusif yang memisahkan dulu dan sekarang.

 Berbeza sangat dengan model-model baru Tissot hari ini yang disalut modern.

 Rekabentuk moden Tissot era terkini semakin memisahkan aku dengan jenama besar Swiss ini, sekalipun ia berisi teknologi terkini. Kalau masuk ke butik jam aku tak selera lagi nak tengok model2 barunya.

 'Ketulinan' jenama ini lebih jelas pada model-model lamanya .

Potongan 'diamond' seperti ini sangat cantik jika terbias cahaya...

 ...bahkan menampakkan muscle yang mantap.

 Dial sunbust kebiruan, ciri-ciri pekat jam klasik.

 Bahagian yang biasanya calar dan mudah calar bagi jam-jam lama, tapi dia masih licin berkilau.

 Rasnya era penghujung 1960-an

 Dulu inilah yang otai-otai jam ingatkan. Kebanyakkan jam lama kena patuhi petua penting ni. Jangan tukar haribulan ketika jarum sedang menunjukkan jam 10pm-12am.

 Bila mana aku mula cenderung pada jam-jam klasik ni mungkin dah berlaku sesuatu perubahan selera dlm jiwa aku haha...kut kut?

 Caliber 2461

(36 x 40)mm dengan lug 20mm



VINTAGE!

No comments:

Post a Comment