Sunday, May 10, 2015

One Vintage yang menyeramkan...

Apapun cerita masih tentang JAM, tapi kali ni pasal Jam-ban yang seram!!!!
Jamban dikatakan tempat yang disukai jin dan jembalang. Dengarnya disitulah depa datang cari makan dan tinggal. Teringat aku pesan seorang kawan supaya jaga kebersihan jamban dirumah, dia pesan khususnya pada kaum pempuan supaya jangan buang 'pad' tanpa dibersihkan terlebih dulu kerana ada jenis jembalang yang ketagihkannya.

Tapi cerita yang aku bawak ni bukan berlaku di tandas/jamban pempuan, sebaliknya berlaku di tandas lelaki.

Seorang kawan menceritakan pada suatu hari dia kerja sehingga lewat malam bersama dua lagi rakan sepejabat. Dalam jam 11.30 malam perutnya memulas nak terberak, lalu dia pun ke tandas yang terletak jauh di hujung blok bangunan. Sepanjang lorong ke situ hanya beberapa lampu kaki lima aje yang menyala. 

Sampai ditandas dia terus aje masuk satu dari beberapa pintu yang ada, sedang dia memerut dengar bunyi air paip terbuka di jamban sebelah macam sedang cuci berak, "Ehh malam ni ada insan senasib dengan aku rupanya" bisik hatinya rasa lega tak keseorangan. 

Selesai berak dia keluar, tapi dia perasan tandas sebelahnya tadi masih bunyi air paip terbuka tapi pintunya terbuka sikit, nak tengok siapa segan. Tapi ketika ke sinki cuci tangan dia pandang tandas pintu sebelah tadi melalui cermin besar didepannya. Terkejut dia kerana di sebalik pintu tandas tadi berdiri seorang berambut sangat panjang. "Ehhh aku silap masuk tandas pempuan ka? eer.." Keliru dia sekejap, kurang terang kerana sudut itu agak gelap sikit. Dia segera melangkah keluar risau silap tandas.

Di luar jamban memang pasti tanda didinding dia masuk tandas lelaki, melihat keliling yang suram tiba-tiba dia rasa seram, apa lagi berlari dia ke pejabat. Dia cerita pada kekawan yangnya, la tu juga semua tak tunggu lagi, lekas-lekas semua balik!.

Satu lagi JAM yang menyeramkan... Steinhart One Vintaj!
  Homage Rolex 6200 cuma saiz besar sikit, lebih segak dan perkasa. Siap sedia 'patina' jadi tak perlu tunggu 50 tahun haha..

Brecelet...

 Helmet selam 300M! Itulah yang diberi pada kebanyakan jam-jam homage sekarang.

Sebetulnya aku tak minat ROLEX, tapi aku minat memakai mana-mana jenama swiss yang serupa Rolex.

 Glass buncit yang seksi merupakan ciri-ciri wajib vintaj haha.

 Dan istimewanya design ni sangat cocok/sesuai dengan berbagai jenis strap! Tengok ni kalau tak caya...












Jam mahal manapun poket lebur kita pasti akan jemu, jadi elok kita sedia beberapa strap berbagai bentuk dan warna untuk memberikan ia wajah baru.

Ni juga salah satu model model dari Steinhart milik kawan harulogi.

1 comment:

  1. Bekkk... steinhart ni pakai movement apa bek? Manual ke auto? Swiss ke Japan movement? Menarik...

    ReplyDelete