Saturday, May 23, 2015

SEKOLAH KAMPUNG TAHUN 1975

Selamat hari guru aku ucapkan kepada semua terutama kekawan jam yang bertugas sebagai tenaga pendidik dan sini ada sikit kisah persekolahan aku di era 1970-an. Jangan takut, kisah kali ni tak seram pun.

Sekolah Kebangsaan Parit Keroma Darat hanya sebuah bangunan setingkat dengan 6 bilik darjah. Sebelahnya padang sekangkang kera. Cikgu bertugas hanya 7 orang, 6 semua lelaki kecuali 1 perempuan. Murid-murid yang dapat cikgu kelas pempuan memang gumbira sesangat haha. Bukan apa, ketika tu cikgu-cikgu lelaki semua sebaya bapak aku, susah anak murid nak bermanja-manja hehe.

Yang bawak kereta kecik Mini Cooper ni adalah guru besar aku Cikgu Mat Yassin. Garang dan tegas orangnya, susah nampak dia tersenyum. Kalau dia lalu aje kelas-kelas yang bising jadi sunyi sepi, nak kentut pun tak berani, kena lepas hati-hati tak kasi bunyik hehe.

Ini cikgu Abu Hassan penolong kanan. Memandu kereta panjang Ford Capri, aku suka lukis keretanya. Tapi ramai kekawan aku tak suka dia datang sekolah sebab beliau terlalu garang hehe. Bila berjalan dadanya tinggi kedepan..gaya berjalan pun dah nampak garang kan? Dengan rotan sentiasa ditangan dan kalau dia menengking satu sekolah akan dengar! Tapi bestnya dia selalu mengajar sambil buat kelakar haha.

Ni Cikgu Sahak mengajar sains, sejarah dan lukisan. Biasa letak Ford Escort tengah padang. Aku selalu mengantuk kalau dia mengajar hehe.

Ni cikgu Mat mengajar ugama. Ke sekolah dengan Vespa atau Toyota Corolla. Kulit gelap sawo matang tapi tapak tangannya tembab kemerah-merahan. Semua cikgu agama yang mengajar aku punyai tangan serupa itu...emm itu le yang aku perasan.

Satu-satunya cikgu perempuan kat sekolah, mengajar bahasa Malaysia dan Metamatik. Mula-mula ke sekolah dia berbasikal aje, beberapa bulan lepas tu dia bawa Honda cup. Masa tu aku rasa pelik bila tengok perempuan bawa motosikal...barangkali atau sememangnya aku tak pernah tengok perempuan bawak moto haha.

Berkaca mata tebal ni Cikgu Mail, selalu dengan Vespa hitamnya. Mengajar Bahasa Ingeris. Rasa-rasa aku dialah satu-satunya cikgu yang tak pernah memarahi murid apatah lagi memukul atau merotan.

Itulah cikgu-cikgu yang berjasa dalam hidup aku. Membentuk anak-anak kampung menjadi insan yang celik ilmu.

SEIKOLAH!
Seiko 6105 memang sangat popular, menjadi buruan peminat di serata dunia. Mengikut rekod pasaran harga model 6105 tak pernah turun, saban tahun harganya naik selalu sehingga mencecah lebih dari RM3000.

Semakin payah dijumpai di pasaran adalah punca utama harganya maka sudah tentu peluang nak memilikinya semakin sukar.

Menumpang populariti Seiko 6105 maka lahirlah beberapa model homemade ini...

DAGAZ, model ni hanya 500 ketul di serata dunia.

 
Berintikan enjin NH35 (Seiko)

Kuasa selaman 300m!

Glass sapphire!



Klon 6105
Gigi bezel sikit beza.


Bawah ni juga klon 6105 berjenama Lamafa denga kuasa selaman 200m.

Enjin NH35 juga tapi mempunyai jarum yang agak cantik.

Glass sapphire dengan crown skru serupa Dagaz.


Dalam gelap Dagaz lebih menyerlah.

Ringkas dan selesa dipandang, aku suka ini.

Cuma gigi bezel agak kurang menarik berbanding Dagaz/6105.


Hanya 500 biji di serata dunia, model ini juga datang dengan versi berwarna biru.


Jangan kopek! plastik original tu!

3 comments:

  1. 6105 the original... still the best

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:20 PM

    bila la seiko nak recraft 6105....huhu

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:19 PM

    Aksi panas atas jalan

    https://www.youtube.com/watch?v=cLvH7WHh5Tg

    ReplyDelete