Friday, July 25, 2014

JOM BALIK KAMPUNG!

Beraya 30 tahun dulu

Selepas 20 Ramadan keadaan malam makin gelap gulita, pelita dipasang di sekeliling rumah serta  dilorong jalan menjadikan suasana malam di kampung begitu cantik sekali. Masjid atau surau terang benderang dikerumuni orang bagi menyempurnakan solat tarawih.

Begitulah meriahnya malam ramadan 40 tahun dulu, hari ni sesetengah orang kata itu khurapat, tapi yang jelas lampu-lampu pelita itu menyuluh kaum tua dan kanak-kanak berjalan ke surau atau masjid, kerana ketika itu orang kampung ke surau/masjid dengan berbasikal dan berjalan kaki aje, bahkan semua rumah dikala itu menggunakan lampu gasolin kerana tiang letrik tak diciptakan lagi.

 Berbagai jenis pelita dipacak. Selain pelita tin ada juga pelita-pelita yang dibuat dari buluh, tin susu atau botol minyak rambut (Bylcream). Lenggan-lenggok api lampu sangat mempersonakan.

Namun budaya pasang pelita itu semakin kurang dipraktikkan kini kerana jalan dan rumah di kampung diterangi lampu letrik. Namun aku nampak masih ada yang pacak pelita bagi membangkitkan suasana raya dolu-dolu.

Selepas solat tarawih acara diperhebatkan lagin dengan moreh!.

Hidangan moreh disediakan oleh orang kampung mengikut giliran. Beberapa dulang disusun di dimasjid untuk mengeratkan lagi tali silaturahim yang sedia terjalin. Time ni le aku dan kekawan 'beriktikap' di masjid haha.

Selepas maghrib aktiviti kurapat bermula...iaitu
'PERANG SEDARA!'
Acara bedil membedil! Meriam siapa paling kuat melotup! Aktiviti yang mencabar keberanian anak-anak kampung. Bukan semua budak-budak yang berani main meriam tau!

Selesai aktiviti meriah sebelah malam, pada belah siangnya pula kedatangan posmen sangat ditunggu-tunggu. Setiap isi rumah menanti surat-surat bersampul putih. Mendapat kad raya dari abang/kakak dan saudara mara atau kekasih sangat mengujakan. Beberapa tahun kumdian muncul kad raya ajaib, keluar muzik bila di buka! Wow...

 Sorang makcik dikampung aku 'terkesima' bila membuka kad raya ajaib tu, melatah sampai naik semput budak-budak ketawa..Siapa punya kerja kalau tak kekawan dikedai yang mengusiknya. Ketika tu kebanyakan surat-surat orang kampung posmen longgok di kedai runcit aje. Kad-kad raya yang diterima akan digantung di dinding rumah menjadi hiasan aidilfitri.

Tibalah detik balik raya (balik kampung)
Dulu kebanyakan anak-anak perantauan pulang ke kampung hanya setahun sekali iaitu pada hari raya aje. Maklumlah ketika tu pengangkutan tak sebaik sekarang. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Muar saja perlu turun naik 4-5 buah bas, Ke puduraya-Kuala Lumpur-Seremban-Tampin-Melaka-Muar-Kampung (dengan becha/teksi).

 Bas 'berenti-berenti' serupa ini le yang menghubungkan bandar ke bandar. Turun aje bas sedia menunggu abang-abang beca, teringat lagu 'Abang Beca' nanyian Broery Marantika haha itule bukti jasa besar penganggkutan beca yang pernah menghidupkan jalanraya bandar.

Time tu bas ekspress takde aircond, tak silap aku awal 1980-an baru le aircond dan jamban disumbat kedalam bas haha. Dulu mana ada highway dan R&R macam hari ni, yang ada hanya warung-warung perhentian di tepi jalan lama.

 Ini orang kampung aku Abang Nan pulang beraya, bertahun kerja di Singapura. Sekali balik macam nak pindah rumah, bermacam-macam buah tangan dibawanya. Ketika itu Kuala Lumpur dan Singapura tempat penghijrahan penduduk desa. Masa tu RM1 sama $1 Dollar Singapore dan time tu penduduk di Johor berurusan dengan dua jenis matawang!

Memandangkan anak-anak dikota pulang setahun sekali maka kepulangan mereka sangat dirindui ibu ayah di kampung. Tu sebab perayaan Aidilfitri begitu bermakna buat kaum desa. Ini le masanya juga aku dapat berjumpa dengan kakak dan abang yang bertahun terpisah di perantauan.
Setiap kali abang pulang beraya macam-macam yang dibawanya....syokkk.
Tahun 1972 abang balik beraya bawak moto Vespa, motor popular ketika tu. Sini le bermula datang minat aku pada duna permotoran haha.

 Dapat le aku merasa naik Vespa, sekali pulas minyak bunyi fuhhh...dah tak perlu lagi bako mercun.

Raya 1975 abang balik beraya dengan Honda cup pulak! Motosikal yang comel dengan bunyi enjin yang merdu, dulu aku kata "Macam bunyi kentut" haha.
 "Kaki kangkang ye, takut kena lidi"

Dan awal 1980-an abang balik bawak moto baru Suzuki screambler (TS125ER), sebelum tu scrembler memang kegilaan. Tinggi betul moto ni...

"Buat apa baldi tu?"
"Nak buat panjat moto la"

Tahun 1980 juga (kalau tak silap) musim YAMAHA RX/RXS100! Pertama kali dapat tengok RXS100 dipekarang masjid selepas selesai solat raya. Moto legend ketika tu!

 "Fuh! tempat duduk dia ikut bentuk bontot la.."

Raya tahun kemudiannya abang Burn (jiran) pula balik raya bawak RD125, setahun kemudian dia raya dengan Suzuki RG250, motosikal paling cantik ketika tu!


Namun dunia permotoran dulu dah tak serupa sekarang. Dulu bermacam-macam model sport (retro) bersaing di jalan raya khususnya jenama Suzuki, Kawasaki, Honda dan Yamaha. Dari pengalaman aku balik raya dengan menunggang motosikal memang seronok. Kesibukan jalanraya di sepanjang jalan rasa begitu meriah sekali.

GLYCINE

Nama yang aku suka kerana gagah bunyinya.

 Nampaknya nama mempengaruhi aku haha

Tapi model COMBAT ini memang ringkas dan menawan, ciri-ciri klasik jelas pada bezelnya.

 Sebaik aku melihatnya di kotak pameran kedai kepala tak sempat berfikir, kaki terus aje mengusung aku ke mesin ATM huhu...

 Kenapa le dial ko tulis GLYCINE, kalau tulis Seiko kan jimat poket aku...

 Namun takpe la, nasik dah jadi bubur lambuk... bedal aje le.

 Di ikat dengan tali kulit, selesa dan selamat. Kerana tali kulit tak mencalarkan caseback jam berbanding brecelet.

Dan tali kulit juga kurang menampakkan jam sebagai sebuah barang 'jewellery'. Betul tak?

KEPADA KEKAWAN SEMUA AKU UCAPKAN SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR BATIN,

2 comments:

  1. Best cerita ni. Memori yang sukar dilupakan bila raya. Pernah naik bas ikut tingkap nak chup tempat duduk.

    ReplyDelete