Friday, August 8, 2014

Seiko GAZA!

 "Di saat poket aku memerlukan perhatian dan kasih sayang tiba-tiba kau hulur tangan... TAMBAH DERITA AKU BEB!" Kawan aku merintih bila aku menghulurkan tangan kemaafan sempena Aidilfitri...

 "Aku hulur tangan ni nak bermaap-maapan jer, tu pun ko marah?" Balas aku yang purak-purak tak paham....haha.

 Selepas terkesima dengan kehadiran model SUN023P1 aku peracun dia awal raya kali ni kawan aku sangkut tangan model SUN019P1 yang lebih kejam dan ganas.

 Model 'steel' ni tak kalah dengan tampan dan gagahnya, diameter 47.5mm.. berat wei

 Sayang nak buka plastik tu, plastik ori beb! Kalau hilang Tongsia pun pening kepala nak order.

Tiada warna-warni selain hitam/kelabu/putih/.

 Alat sulit kontot tapi besaq!

Gigi bezel mengigit jari bila diputar.

Indek jam tak nampak putih, agak kekuningan seolah-olah dah patina.

 4 jarum bertindih-tindih.

Ada yang selera tengok belakang? Nah aku kasi gambo belakang.

 Agak terkejut aku bila pembekal jam menamakan model kiri sebagai Seiko PITA manakala kanan Seiko GAZA. katanya senang untuk rujukan berbanding kod model yang susah dan lupa  aje.

 Selain model Prospek GMT ada beberapa model lain yang mengerumuni pasaran. 
Layan...



No comments:

Post a Comment