Friday, July 25, 2014

BERAYA DENGAN JENTERA BARU PROSPEX! ( Katun BONUS)

Kalau singgah rumah nenek, ubi, pisang, durian, cengkodok tah apa-apa lagi dia kirim buat kita atau sedara mara, begitu le baiknya warga kampung kita. Dulu aku pernah bawak seguni durian dengan kapchai dari Muar untuk dikirim pada sedara di KL. Harap korang dapat dan sanggup membayangkannya.





SEIKO PROSPEX KINETIC!

  Kehadiran mesin terbaru Seiko PROSPEX beberapa bulan lepas hangit diperkatakan di beberapa forum luar negara kerana model siri PROSPEK yang biasanya berkubu di pasaran Jepun mula dikerah untuk menyeberangi sempadan Jepun melalui beberapa model terbarunya.

 Pada mulanya aku sekadar menghidu-hidu aje berita tersebut dan tak berselera menjamahnya kerana ia masih menggunakan jentera kenitic yang pernah melenguhkan tangan aku kerana pulun mmengoncangnya untuk menjana baterinya yang lemah. Maklum le 5 bulan aku terlupa pakai haha...padan muka.

 Bermula dari pengalaman ngeri itu aku jadi trauma untuk memilikinya lagi.

 Namun beberapa hari lepas segala-galanya berubah.  2 ketul Prospex SUN023P1 yang dihantar oleh seorang agen Seiko membuatkan aku terlupa mengatup kelopak mata. 

 Sebaik bungkusan di buka... Tak sedar berlenangan air 
liur aku membasah dagu kerana terasa hiba melihat model kinetic kembali dengan wajah baru.

Pembuatan yang kemas dan selesa dihayun sekalipun agak besar dari model sedia ada.

 Di salut dengan 'jecket keselamatan' serupa Seiko sawtooth dan Seiko tuna.

 Jentera 5M85 dengan diameter 47mm!
Lug 24mm! Sapphire glass! GMT! dan rubber strap silikon!.

Dan ia di bina untuk para penyelam 200m.

 Insert bezel indek warna oren, tapi bertukaq kuning jika terkena cahaya.

Gagah perkasa

 Bila letak bersebelahan, Seiko monster dah nampak macam hamster je.

 Bila disangkutkan kat tangan terus tak larat nak angkat, berat haha.

 Mantap! Drive pelan-pelan je sebab enjin kinetic ni tak guna banyak petrol, serupa enjin hybrid.

Bestnya putaran rotor boleh terasa di tangan, rasa macam pakai jam auto.

Dah tergolek... penat bawak jam ni la.

No comments:

Post a Comment