Sunday, February 17, 2013

MINI H4U DI KAMPUNG PARIT KEROMA DARAT!

Sempena cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini Muar menjadi rumah persidangan mini H4U.

Sejak pagi langit teduh memayungi Bandar Di Raja ini, 5km dipinggirnya terletak Kampung Parit Keroma Darat yang merupakan desa kelahiran ku.

Bertempat di tengah kebun getah dan sawit berdiri rumah kecil tiang seribu. Lantainya terbentang menanti tetamu ku dan sekitar jam 4 petang...

 ... Sdr Razif dari Tanjung Agas, Sdr Amar dari Batu Pahat dan Sdr Zul Oyster dari Melaka sampai dengan ternakan masing-masing.

Sekitar awal 1970 tapak tempat kami bersimpuh ini adalah rumah papan yang dikelilingi kebun getah dan semak, dan halamannya tempat aku bermain dan berkejar-kejaran bersama ayam, kucing dan kawan-kawan ku....

Kenangan silam rumah lama ...
Kisah 40 tahun dulu dimana asalnya ia adalah rumah papan beratap zink karat. Dari anjung hingga ke dapur tingkapnya tak boleh ditutup rapat, bila senja tingkap ditutup begitu aje tanpa dikunci, kalau longgar disendal aje dengan kertas atau kain asalkan tingkap dapat ditutup.

Bukan setakat jam, beberapa koleksi Ray-ban milik Zul begitu memukau pandangan ku! Mai try pakai! Depa kata aku nampak muda 20 tahun! Nak awet muda tak payah krem sapu atau ubat telan lagi haha.

Makanya kalau hujan tengah malam dan angin bertiup kuat maka ada tingkap yang terbuka. Nak tutup semula tingkap-tingkap yang terbuka agak mencabar perasaan, aku takut kalau-kalau ketika nak tutup tiba-tiba terpancul lembaga dimuka tingkap! Sebab...

Pernah terjadi pada jiran aku Izan, malam ketika dia nak menutup satu tingkap rumahnya yang terbuka, ceritanya...
 "Masa nak tutup tingkap aku nampak lembu terapung depan tingkap!". Kawan aku ni beumur 6 tahun sebaya aku ketika tu. Tingkap rumahnya tinggi 7 kaki dari tanah, jadi mengikut logiknya masakan lembu boleh menjenguk setinggi itu? jadi dia menyangka 'lembu' itu terapung.

Sebetulnya bukan binatang lembu yang dilihatnya, sebaliknya apa yang dilihatnya itu adalah hantu/jin bertanduk tinggi 10 kaki separas tingkap rumah dulu-dulu, telinga capang sejengkal dan muka berbulu, dalam keadaan malam yang berbalam-balam ia kelihatan seperti lembu.

 Menurut atuk aku, dulu manusia dan jin selalu bertembung sebab kedua-duanya 'sekampung'.
 "Dulu kampung ni adalah hutan tempat jin bertandang..." katanya.
Persidangan mini H4U kali ini dimantapkan dengan barisan koleksi-koleksi terhangat! Spesis Omega yang unik milik Zul 'tanpa caseback'! Payah jumpa nih...

Inilah wajah tampannya yang unik. Nak tengok enjin kena kopak depan!

Omega sub-second yang jarang-jarang jumpa.

Dan banyak lagi koleksi berbisa yang ikut serta.

Di antara spesis berhantu!

Tahun 1973 bapak aku bawa balik sebuah talibesen (TV) 2nd yang dibeli dgn harga RM260! Mahal tu! Tak silap aku masa tu siaran TV bermula jam 6 hingga 10 malam.

Selepas isyak aku sekeluarga berlonggok depan TV, kucing-kucing aku pula berlonggok atas TV. TV dulu boleh keringkan baju sekolah. 

Filem Melayu klasik dimainkan pada tiap malam Jumaat. Filem hantu pernah aku tonton ketika itu ialah 'Pontianak Gua Musang'! Seram beb! Bila habis menonton aku susah nak tidur, adegan seram tadi bermain-main semula di kelopak mata. Untuk mengurangkan perasaan takut aku ajak Tompok sekeluarga tidur keliling aku haha. Itulah pengalaman  pertama aku tengok 'hantu' hehe...

 Beberapa jenama silam yang keluar dari petinya...

Benrus dan Elgin jenama yang tinggal sejarah.

5 spesis lama yang sangat unik kerana jentera pengeraknya...

...menggunakan micro-rotor!

Bellmatic Rado yang sangat jarang ditemui.


Tapi tengok hantu di luar kaca TV aku belum pernah, tapi kawan aku kasi petua mudah tengok hantu! Tak perlu berpantang, tak perlu makan ubat, tak perlu bersenam dan tak perlu keluar duit se-sen pun!...

"Jam 12 malam ketika anjing menyalak sorang-sorang ko tangkap sekor, ambik air matanya dan sapu kat mata ko, garanti ko nampak hantu!" katanya. Nak tangkap anjing? Err... tapi walau apapun masa tu aku percaya hehe.

Tapi balik rumah aku terfikir, macamana nak tadah air mata anjing? Seumur idup tak pernah aku tengok kucing-kucing aku menangis berderai-derai air mata macam manusia...emmm

Dah dapat air mata anjing kena titikkan pulak kat mata, supaya nampak lebih jelas... ishhh geli pulak aku.

 "Hai... I lah Hantu Mak Limah dalam TV tu... TERUJA NAMPAK? hehe  " 

Model ultra-rare Rolex!



Bukan seketul dua tapi...

Sekeluarga bertandang ke mari!

West End Watch Co, jarang jumpa spesis gold.

Gold Panda! 1 dalam 1000!

Menurut kawan aku lagi, hantu boleh menyerupai manusia! Wah payah ni.. Camana nak tau? tanya aku. Katanya kalau jumpa pempuan tengah malam... "Ko tonggeng depan dia konon-konon nak ambik barang jatuh, sambil tu tengok dari kelengkang samada kaki dia cecah tanah atau tak. Kalau cecah itu manusia, kalau tak cecah itu hantu!...boleh cabuttt!" katanya.

Dengan menggunakan petua mudah periksa terlebih dulu samada ianya manusia tulin atau sebaliknya....selamat mencuba!

 Jam 6.40 petang H4U bersurai, kehadiran 3 orang kuat H4U ini menghimpunkan koleksi yang sangat bernilai! Terimakasih!

7 comments:

  1. San, berapa bijik ray ban ko beli? Tapi ko memang dah nampak muda, tak payah pakai apa2 :-)

    ReplyDelete
  2. KP, rayban tu mahal sgt, kalau nak nmpak lebih muda aku pakai topeng power rangers je... terus jadi budak lagi best hehe.

    ReplyDelete
  3. Kumpul rayuan pun boleh jadi berhantu bang Asan... Payah nak stop tu :D

    ReplyDelete
  4. Rayuan plak... Rayban daaa

    ReplyDelete
  5. titik eye mo masuk idung.. hahaha.. real la..

    ReplyDelete
  6. Anonymous5:26 PM

    Hantu kum kum pun femes kat parit sakai

    ReplyDelete
  7. Anonymous5:26 PM

    Jangan lupa keling penyabit...

    ReplyDelete