Wednesday, March 6, 2013

'KAPAL SELAM' JEPUN!

 Aku teringat al-kisah di zaman jurassic ketika aku masih hingusan dulu, zaman nakal, degil dan tak dengor kata! Ketika tu, musim hujan adalah musim bebudak kampung berpesta terjun parit dan bermandi-manda. Tapi kalau emak tau memang kena rotan mandotori. 

Ye la, kita mau suka tapi orang tua fikirkan bahaya. Maka nak sembunyikan aktiviti terlarang tu dari terhidu maka aku dan kekawan terjun parit tanpa basahkan pakaian, pelik? Haha mudah aje... caranya sebelum terjun parit pakaian kasi tanggal (lucut) dulu laaa.

Tapi sebelum tanggalkan pakaian tip melintas jalanraya perlu dipatuhi. Tengok kanan tengok kiri dulu, bila keadaan sekeliling selamat semua lompat ke parit macam kerbau dapat lopak!

Tapi kawan aku Si Seman mempunyai bakat menyelam luar biasa! Dia terjun titi sini, tiba-tiba muncul pulak kat titi sana, bukan dekat woo. Kekadang dia buat aksi pelik dengan menimbulkan hujung kakinya dipermukaan air mengikut arus! Sebijik macam teropong kapal selam timbul. Kekawan gelar aksinya tu sebagai 'kapal selam'.

Cerita pasal kapal selam ni aku ada satu imej menarik dari satu web site asing.

Dalam perang dunia dulu Jepun memiliki beratus kapal selam, tapi semua dah tenggelam...kapal selam memang la tenggelam weiii! Tapi hari ini ada beberapa model kapal selam Jepun yang masih utuh beroperasi, satu darinya ialah model 6105-8000 ini!
 
Dengan kuasa selaman 150m, kapal selam berjenterakan enjin 6105 ini masih kencang menongkah arus!

Berdaki, lusuh dan kerepot akibat usia, tapi bagi para peminatnya itu bukan halangan!

 Bagi mereka, itu semua kesan sejarah dan bukti keunggulan yang tak wajar dibersihkan.

 Dial, jarum dan bezel lusuh seragam, bukti keasliannya!

Model 8000 ini semakin sukar ditemui, 3 tahun lepas ia berharga sekitar RM900, tapi kini ia dijual RM1400-1600!

 Mengikut trand pasaran model Seiko sebelumnya aku jangka harganya bakal mendadak lagi.

 Bagi aku model-model 'pencen' lebih anggun dengan tali kulit.

 Kerana tali kulit sangat mujarab mengimbangi kelusuhan jam-jam lama. Maka itu aku  mengumpul/membeli tali-tali jam terpakai yang lusuh untuk digandingkan dengan koleksi lama sebegini.

Berat mata memandang berat lagi tangan menghayun, sebut saja jam vintaj maka terbayang sudah kualiti steel yang membungkusi jenteranya. Apatah lagi jam diver yang nyata lebih berat berbanding model lainnya.

Maka bila dipakai jam ini begitu terasa ditangan dan terkesan dihati.

Glass cembung seperti lensa kamera, kebanyakan jam-jam hari ini guna glass rata (flat), sebab kos agaknya.

Gigi bezel yang cantik seperti siling 50sen lama.

Alhamdulillah, selesai sesi khas bersama Seiko 6105-8000 milik Adi ini aku berhenti sejenak di satu sudut di pinggiran Kuala Lumpur.
 Little India, Lama aku tak ke mari. Empat tahun berlalu kesibukan merubah wajahnya. Sebaik berhenti di sini bisikan yang melintasi difikiran aku ialah "Sini ada kedai jam?" haha...

No comments:

Post a Comment