Wednesday, October 17, 2012

"Ishh...pempuan mana bergayut tengah-tengah malam tu?"

(UNTUK KESAN 3D SILA BACA KISAH NI SORANG-SORANG SELEPAS DETIK 12 MALAM, NAK LEBIH PERISA PADAM LAMPU! HEHEEEE...)

Kisah yang meremangkan bulu dada ni berlaku sekitar tahun 70-an. Seingat aku ketika tu pondok talipon diperbuat dari rangka aluminium berdinding plastik biru, dindingnya sampai ke paras lutut. Dipondok talipon itu jugalah kekadang kekawan aku meraih rejeki dengan menjolok lubang silingnya, kalau ada duit sangkut dapat le seposen-dua buat beli jajan, ada ketikanya mencurah duit siling keluar macam mesin jackpot haha lumayan...

Kekadang budak-budak lepak situ, saja-saja dial '0' (free line-operator talipon) smbang dengan minah operator, walaupun kencing masih bercabang tapi ada hati nak mengorat kerana tersangatlah ramahnya haha.

Sebelah malamnya pula talipon awam itu menjadi tumpuan kaum dewasa yang terpaksa beratur untuk menggunakannya, lama atau sekejap bergantung tempoh bergayut masing-masing. 

Kerana tak mau sakit hati menunggu dan beratur maka si Lias (Alias) menggunakan talipon tersebut hanya di lewat malam, bermadu cinta dngan aweknya. Bergayut lama manapun takde siapa nak tunggu.. lagipun selepas jam 12 malam rate murah. 

Boleh dikatakan hampir tiap malam dia bermadu kasih dipondok talipon itu.. Tapi kejadian seram di satu malam itu menyekat kebebasan bersuaranya tu dan permulaan detik suram malamnya...

Jam 11.30 malam seperti biasa dia berjalan kaki kesitu. Sememangnya dia tahu disaat begini tiada siapa lagi menggunakan talipon awam itu ditepi jalan itu. Tapi lain pulak pada malam tu apabila dari jauh dia nampak seorang perempuan di dalam pondok talipon itu, "Ehh..pempuan mana gayut tengah-tengah malam ni? emergency call agaknya" bisik hatinya. 

Dalam samar-samar cahaya bulan itu dia menunggu berhampiran serumpun pokok pisang beberapa depa dari pondok talipon itu. Keadaan begitu sunyi sepi namun tak terdengar langsung suara perbualan perempuan tu...mungkin sedang berbisikkan cinta dengan kekasih sangkanya. Sambil menunggu Lias menyuluh suasana keliling dengan lampu picit buruknya... kekadang terang kekadang kelam, kekadang kena ketuk-ketuk baru nyala.

...Ketika menyuluh-nyuluh sekeliling dia terlihat ke bawah dinding pondok talipon, "Ehh.. mana kaki minah ni?" memandangkan lampu picitnya pun rabun pelan-pelan dia cuba mendekatinya... alangkah terkejutnya dia apabila melihat 'perempuan' itu takde kaki! (kaki tak cecah tanah)! Bergentayangan diam kaku dengan rambut mengerbang menutup muka, seolah-olah perempuan itu membongkok membelakanginya!... Apa lagi, dalam gelap malam itu dia berlari ke rumah sekuat kaki.

Sejak melihat 'perempuan bergayut' dipondok talipon itu dia tak berani lagi bergayut tengah malam di situ.

Ok lah, kita alih satu lagi kisah benar.
Kelmarin aku sempat bersiar-siar 4 jam di Setia City Mall, Shah Alam.

Pomar subsecond ini menjadi temannya, first time aku pakai buat test-drive.

Detikan enjin (kunci) sangat deras dan cergas, boleh didengar ketukannya.

Warna keemasan sebegini cukup aj dngan rekabentuk ringkas dan tak berlebih-lebih.

Jenama ni pertama kali aku jumpa pada tahun 1970-an. Jenama ni malap dan terus malap dikambus teknologi terkini digital/quartz ketika itu.

Namun kemunculannya kini lebih mnyramkan keadaan , lebih seram dari hantu bergentayangan tu!

6 comments:

  1. pompuan tu pakai jam tak Beek?

    ReplyDelete
  2. apa-apapun kita tengok kaki dulu, seksi tak. Kalau kaki pun tak de apa nak tunggu lagi taun? angkat kaki laa haha

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Jam pomar ni dlm tahun 70an memang terkenal di kalangan jam bebudak sekolah..selain dari tu jam Oris...kalau nampak kat kelibat tangan memeber pakai jam ni...pergh kira hebat tu..fuih jam pomar tu...tapi aku pakai jam Titoni Airmaster boy size color gold...hadiah dari abang sbb dapat nombr 2 periksa akhir tahun...kalau tak silap tahun 1973 tu...taoi sayang jam tu pun dah tiada dlm simpanan....

    ReplyDelete
  5. sumber pngalaman yg bernilai...tq me, walupun time tu aku tak begitu minat ttg jam tapi aku suka tgok jam yg melekat kat tgn pakcik/mkcik dan sdara mara yg dtg umah, pomar antara nama yang aku ingat smpai skarang.

    ReplyDelete
  6. Salam San, ME tu Abg Aziz...he he

    ReplyDelete