Tuesday, October 9, 2012

GRAND...

Bukan semua rekabentuk cantik mencapai tahap 'GRAND', begitulah yang pernah aku dengar dulu.
 Kali ini aku menilai secara fizikal GRAND Seiko (GS). Jika diperhatikan secara jauh tiada apa bezanya dengan model-model Seiko lainnya. Aku sendiri pada awal menceburkan diri dalam dunia Seiko tak kisah tentangnya, ceritalah apapun tentang kehebatannya aku tetap suka apa yang aku suka aje...haha

Namun, hari itu aku bagai di pukau. Entah dari mana datangnya rasa berani tetiba aku gagah untuk memilikinya. "Nah! cuba ko pegang!" paksa pemiliknya, bila GS tergenggam ditangan mengaum bunyi didalamnya! Macam ada rimau dalam kandang! "Ko dengar tak?, degil kan?" katanya lagi. Memang betul, rotor bergerak agresif begitu terasa ketika mengerakkan tangan, malah detikan saat macam kuda belari kencang! Bukan macam lembu jalan berlenggang. Balik rumah aku belek untuk cuba mencintai model GS ni... 

Aduhhh! Potongan rata pada sudut yang sangat cantik . Gred st. steel terbaik membungkusi enjinnya terasa sejuk ketika didakap...

Belakang berkilauan emas...di sini jelas GS membezakan dirinya dari yang lain.

Tompok emas.. Boleh buat cop rasmi surat menyurat emm.

Aku intai puas-puas belakang dan depannya untuk dihirup semua keindahannya, barulah syok sangkut kat tangan.

Biarpun menampakan wajah biasa sebuah jam (sememangnya aku suka rekabentuk biasa untuk sebuah jam dress) luar biasa disitu adalah gerakan jarum saatnya yang dipalu pada kadar 10bps!

Beberapa hari aku test-drive model GS ni sebelum aku perap ia menjadi tatapan mata semata-mata.

Tak perlu digosok berlebih-lebihan berkilau sampai keluar asap, model-model klasik lebih anggun dengan keredupan st. steelnya. Calar-calar halus pada bahagian yg sepatutnya tidak mengurangi bahkan menambah nilai sejarahnya.

Untuk menikmati sesuatu yang GRAND kita perlu mempelbagaikan posisi ketika melihat waktunya.

Kerana model-model sebegini direka untuk dinikmati setiap inci sudutnya. Berbanding sesetengah model yang hanya cantik depan aje.

Jam-jam potongan klasik memang tak lapok ditelan zaman. Semakin berusia semakin berharga.

Sememangnya tabiat aku lebih suka meletakkan jam di dashboard berbanding di tangan, supaya fikiran tak jem ketika kereta merangkak di jalan jemmm

Meskipun terlewat memilikinya namun itu tak membuat aku menyesal...

..kerana sememangnya sesuatu yang GRAND suka muncul LEWAT...mungkin disitu menunggu nikmat teristimewa buat para penternak yang $$$abar... huhuu.

2 comments:

  1. Memang grand! Terbaik bang hassan :)

    ReplyDelete
  2. terbaik, boleh simpan...

    ReplyDelete