Monday, September 24, 2012

ENDANGERED SPECIES! S800...

Tak dapat digambarkan perasaan kalau terjumpa saki-daki Seiko digital '4 butang' ni di kedai. Bahkan kalau jumpa spesis ni sangkut di tangan seseorang pasti kita terkesima.

Model yang lahir di era perang teknologi digital ini aku temui 'sembunyi' di celahan jam-jam baru di sebuah kedai 5 tahun dulu. Selaput plastik original dah melekat habis, nak tanggalkan taku mencederakannya jadi aku biarkan aje.

Menurut tokey jam ni dah lebih 8 tahun berkurung dalam kedainya, tiada sesiapapun perasan termasuk aku yang kerap berkunjung kesitu, barangkali dah jodoh aku. Err..8 tahun tak laku? Boleh masuk MBOR nih... 

Dulu sekitar tahun 80/90an agak payah nak jumpa jam selam digital. Kebanyakan jam digital yang ada dipasaran hanya model biasa yang rata-ratanya dari Jepun, ramai budak sekolah yang gilakan teknologi baru ni.

Ketika itu jam-jam 4 butang macam ni sangat digilai kerna nampak moden....

1986 ketika jam bateri (digital/quartz) sebegini menguasai tangan-tangan rakyat Malaysia ada seorang kawan aku pakai jam lebih canggih disekolah!...tak guna bateri katanya!

Aku tanya kawan tu apa jam yang dia pakai? Dia jawab "Jam aku ni tak pakai bateri tau!"
Wah, dikala semua tangan kekawan sangkut jam bateri tapi jam dia tak pakai bateri! Terperasan lah aku jam ditangannya tentu lebih canggih... "Kalau tak pakai bateri pakai apa?" tanya aku.

"Bapak aku kata jam ni pakai kuasa nadi,...dia ikut denyut jantung kita, bawah pergelangan tangan kita ada urat berdenyut kan? Kat situ le jam dapat power" katanya, terkesima aku... 

...hari ni tahu le aku sebenarnya  jam kawan tu pakai enjin goncang (automaatik la). Tapi tak tau pulak camana istilah KUASA NADI itu muncul yang seolah-olah ia teknologi lebih canggih dari digital/quartz ketika tu... 

Nombor dan abjad putus-putus dah sinonim dengan gaya skrin digital, dikenali sekarang sebagai 'digital font', masih diguna sampai sekarang! Teringat aku skrin digital mesinkira elektronik menggunakan 'dot font' yang bercahaya hijau/merah...dulu aku tersuka tengok nombor berlampu hijau/merah kalkulator kedai Pak Latip tu hehe...korang ingat tak?

Reka bentuk digital era 80-an yang boleh dianggap klasik.

Bentuk BULAT yang membuatkan ia menarik, kerana kebanyakan jam digital bentuk bersegi.

Kira NOS (New Old Stock) tapi strap rubber asal dah mereput, jadi aku tukar getah silikon yang jauh lebih lembut dan gebu.

Dan aku memang suka jam berbentuk bulat, kerana kelihatan jelas, selesa dan....

..memberikan gaya seimbang...

...err dah seimbang pun hehe.

Nikmatilah beberapa aksi-aksi S800 yang sempat aku rakam ini...





S800-0019, digital klasikkk!

3 comments:

  1. Anonymous3:10 PM

    bro Hassan, nak jual tak seiko ni??

    ReplyDelete
  2. Ada logo Tsunami jugak kat caseback dia..

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:35 AM

    ada kawan penah cakap jam atok dia dah 20tahun tak berhenti. Tanya dia pny atok pakai reaktor nuklear ke? Dgn bangganya dia ckp atok dia punya jam pakai diamond sbg penjana.

    ReplyDelete