Saturday, September 29, 2012

LAKARAN BELANJAWAN 2013...

Belanjawan Malaysia 2013 sudah dibentangkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia Jumaat petang tadi. Seperti biasa tugasan aku dimeja grafik adalah serupa pembentangan juga...  Apa nak dibentangkan pada muka depan sisipan akhbar esok?

Setelah berbincang dua mata dengan boss maka konsep 'tabung uji U' dipilih (seperti lakaran asal diatas). Menceritakan tentang sekumpulan pakar ekonomi Malaysia merangka ramuan budget negara melalui tabung uji raksasa!..

Projek membina tabung uji raksasa itu terserah ditangan aku. Bagaimana nak merangka dan membangunkan 'projek mega' ni? Biar aku kongsikan...

Bermula dari lakaran pensil yang ringkas(diatas tadi) kita scan dan trace semula dalam Adobe Illustrator untuk mendapatkan lakaran yang kemas.

Selepas itu buka grafik itu dalam program Adobe Photoshop, di'kedai' ini kerja mewarna lebih pantas dan mulus hasilnya, tengoklah berapa banyak layer aku gunakan...50.

Dalam Photoshop ada berjuta2 warna tersedia, mewah! namun kerakusan boleh membuatkan hasil yang menyakitkan mata.

Ada kala ketika melakarnya datang ilham2 yang bermurah hati  menegur dan memberi cadangan. Contohnya kabus putih yang aku tambah bagi menampakkan suasana futuristik!

Kenapa mesti lukis orang pada sesuatu likisan? Haha soalan yang bagus! Imej orang perlu dalam sesuatu lukisan/foto untuk memudahkan pembaca membuat anggaran luas/saiz sesuatu objek didalamnya, serta menampakan ujud 'aktiviti'. 

Final!

Terimakasih juga pada Sandoz Sub ni.

Setia menemani tangan ketika melakar dan megaru-garu dahi.

Bagai sirih pulang ke gangnam...silap. Bagai sirih pulang ke ganggang, sebetulnya jam ni dah aku jual dan sempat berkhidmat pada dua penternak dengan cermerlang. Tapi aku pujuk agar kembali kemari buat menghias semula kandang Detikduabelas ni.


3 comments:

  1. perghhh Subhanallah
    kreatif sungguh idea abe asan

    ReplyDelete
  2. hebat kawan kita ni. Syabas bro!

    ReplyDelete