Saturday, September 29, 2012

LAKARAN BELANJAWAN 2013...

Belanjawan Malaysia 2013 sudah dibentangkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia Jumaat petang tadi. Seperti biasa tugasan aku dimeja grafik adalah serupa pembentangan juga...  Apa nak dibentangkan pada muka depan sisipan akhbar esok?

Setelah berbincang dua mata dengan boss maka konsep 'tabung uji U' dipilih (seperti lakaran asal diatas). Menceritakan tentang sekumpulan pakar ekonomi Malaysia merangka ramuan budget negara melalui tabung uji raksasa!..

Projek membina tabung uji raksasa itu terserah ditangan aku. Bagaimana nak merangka dan membangunkan 'projek mega' ni? Biar aku kongsikan...

Bermula dari lakaran pensil yang ringkas(diatas tadi) kita scan dan trace semula dalam Adobe Illustrator untuk mendapatkan lakaran yang kemas.

Selepas itu buka grafik itu dalam program Adobe Photoshop, di'kedai' ini kerja mewarna lebih pantas dan mulus hasilnya, tengoklah berapa banyak layer aku gunakan...50.

Dalam Photoshop ada berjuta2 warna tersedia, mewah! namun kerakusan boleh membuatkan hasil yang menyakitkan mata.

Ada kala ketika melakarnya datang ilham2 yang bermurah hati  menegur dan memberi cadangan. Contohnya kabus putih yang aku tambah bagi menampakkan suasana futuristik!

Kenapa mesti lukis orang pada sesuatu likisan? Haha soalan yang bagus! Imej orang perlu dalam sesuatu lukisan/foto untuk memudahkan pembaca membuat anggaran luas/saiz sesuatu objek didalamnya, serta menampakan ujud 'aktiviti'. 

Final!

Terimakasih juga pada Sandoz Sub ni.

Setia menemani tangan ketika melakar dan megaru-garu dahi.

Bagai sirih pulang ke gangnam...silap. Bagai sirih pulang ke ganggang, sebetulnya jam ni dah aku jual dan sempat berkhidmat pada dua penternak dengan cermerlang. Tapi aku pujuk agar kembali kemari buat menghias semula kandang Detikduabelas ni.


Monday, September 24, 2012

ENDANGERED SPECIES! S800...

Tak dapat digambarkan perasaan kalau terjumpa saki-daki Seiko digital '4 butang' ni di kedai. Bahkan kalau jumpa spesis ni sangkut di tangan seseorang pasti kita terkesima.

Model yang lahir di era perang teknologi digital ini aku temui 'sembunyi' di celahan jam-jam baru di sebuah kedai 5 tahun dulu. Selaput plastik original dah melekat habis, nak tanggalkan taku mencederakannya jadi aku biarkan aje.

Menurut tokey jam ni dah lebih 8 tahun berkurung dalam kedainya, tiada sesiapapun perasan termasuk aku yang kerap berkunjung kesitu, barangkali dah jodoh aku. Err..8 tahun tak laku? Boleh masuk MBOR nih... 

Dulu sekitar tahun 80/90an agak payah nak jumpa jam selam digital. Kebanyakan jam digital yang ada dipasaran hanya model biasa yang rata-ratanya dari Jepun, ramai budak sekolah yang gilakan teknologi baru ni.

Ketika itu jam-jam 4 butang macam ni sangat digilai kerna nampak moden....

1986 ketika jam bateri (digital/quartz) sebegini menguasai tangan-tangan rakyat Malaysia ada seorang kawan aku pakai jam lebih canggih disekolah!...tak guna bateri katanya!

Aku tanya kawan tu apa jam yang dia pakai? Dia jawab "Jam aku ni tak pakai bateri tau!"
Wah, dikala semua tangan kekawan sangkut jam bateri tapi jam dia tak pakai bateri! Terperasan lah aku jam ditangannya tentu lebih canggih... "Kalau tak pakai bateri pakai apa?" tanya aku.

"Bapak aku kata jam ni pakai kuasa nadi,...dia ikut denyut jantung kita, bawah pergelangan tangan kita ada urat berdenyut kan? Kat situ le jam dapat power" katanya, terkesima aku... 

...hari ni tahu le aku sebenarnya  jam kawan tu pakai enjin goncang (automaatik la). Tapi tak tau pulak camana istilah KUASA NADI itu muncul yang seolah-olah ia teknologi lebih canggih dari digital/quartz ketika tu... 

Nombor dan abjad putus-putus dah sinonim dengan gaya skrin digital, dikenali sekarang sebagai 'digital font', masih diguna sampai sekarang! Teringat aku skrin digital mesinkira elektronik menggunakan 'dot font' yang bercahaya hijau/merah...dulu aku tersuka tengok nombor berlampu hijau/merah kalkulator kedai Pak Latip tu hehe...korang ingat tak?

Reka bentuk digital era 80-an yang boleh dianggap klasik.

Bentuk BULAT yang membuatkan ia menarik, kerana kebanyakan jam digital bentuk bersegi.

Kira NOS (New Old Stock) tapi strap rubber asal dah mereput, jadi aku tukar getah silikon yang jauh lebih lembut dan gebu.

Dan aku memang suka jam berbentuk bulat, kerana kelihatan jelas, selesa dan....

..memberikan gaya seimbang...

...err dah seimbang pun hehe.

Nikmatilah beberapa aksi-aksi S800 yang sempat aku rakam ini...





S800-0019, digital klasikkk!

Sunday, September 16, 2012

Anak aku meraung nampak HANTU SODUT!

Maghrib semalam anak aku Firas Auji bangun tidur sambil menangis kuat di sofa, badan menggigil sambil matanya terpacak pada suatu sudut di ruang tamu. Apa yang dilihatnya kami pun tak tau, tapi dari reaksinya macam dia melihat sesuatu yang amat menyeramkannya. Ketika tu badannya terasa agak panas dan berpeluh, setelah dijampi serapah dengan ayat-ayat suci dia pun reda.
 
 Sebenarnya malam kelmarin ketika demam dia kena macam ni jugak. Berkali-kali aku tanya apa yang dia nampak? Berkali-kali pula dia jawab nampak 'SODUT' dekat kain-baju di almari. SODUT? tak pernah aku dengar nama HANTU SODUT, mungkin spesis baru kut?
 
 Kali ni abang-abangnya buat soal sisat, ditanya macam mana rupanya, cantik atau hodoh, matanya, hidungnya dan macam-macam lagi. Tak puas hati si abang sulungnya kasi dia pensil dan kertas kotor "Cuba Auji lukis apa yang apa yang Auji nampak tadi"... Setelah didesak maka dia pun lukis rupa wajah lembaga misteri 'sodut' yang menyeramkannya itu...
 
Sebelum itu apa kata kita layan Seiko Pepsi yang semakin hilang dipandangan.

Kelmarin aku nampak seorang teman memakai model 6319, "Dah lama tak jumpa Seiko 6139 sangkut tangan!" kata aku.

Memang pun! Model 6139 semakin sukar nampak dipakai, yang kerap diberitakan dikalangan penternak adalah model 6138 atau model diver, kalau vintaj Swiss memang selalu, kalau model baru pula ramai jemu.

6139 PEPSI ni memang seksi, aku cukup suka reka bentuknya, benda menarik memang susah nak padam di ingatan.

Warna bezel sebegini pun dah tak jumpa pada model-model chrono hari ni.

Mantap dan sarat dengan imej klasik, kalau pakai aku kerap menerima teguran kaum keliling.

Sememangnya rekabentuk silam ini membuatkan sesiapa teruja, kekadang mereka yang tak minat pun boleh jatuh cinta dan terjebak.

...Firas Auji pun melukis lembaga misteri yang dilihatnya tadi, dengan penuh debaran pula si abang-abangnya menunggu hasil lakarannya...
 
Akhirnya lembaga seram 'HANTU SODUT' itu berjaya dirakamkan! (lihat imej dalam bulatan). Walaupun lakarannya tak seberapa tapi sekurang-kurangnya aku tahu dah rupa 'HANTU SODUT' tu! Padan le hantu tu takut nak menjelmakan diri. Sebab,
... kalau dia menjelmakan diri konpom pedih kena gelak ngan anak-anak aku WAKAKAKA...

FOR Sale RM550!

Saturday, September 8, 2012

RADO PURPLE HORSE, SEBUAH LAKARAN HIDUP...

Tic-tac-tic-tac....tiba-tiba jantung aku berdetik kuat macam jam kunci lama.  Memang pun, sejak kebelakangan ini tangan aku mula letih asyik menghayun jam baru/moden aje, namun bila terpandang seketul RADO PURPLE HORSE jantung aku berdegup macam kuda belari.


Kelmarin masuk kerja jam 4 petang bos panggil aku "San, you banyak kerja tak? Kalau tak boleh tolong sketch untuk page one cover? jam 5 nak bawak meeting la" katanya. Seperti biasa walaupun aku ada kerja tapi bila ada kerja lebih penting ni aku akan jawab "I takde kerja, page one apa mau?" jawab aku.  
"Gambar foto takde yang sesuai, dan kalau adapun kita mungkin tak boleh gunakan jadi I mau you buat sketches, dummy page one ni I nak present kat meeting jam 5 ni" katanya... Situasi sebegini memang biasa buat aku dimana aku selalu berdepan dengan keangkuhan masa!

Disinilah pengalaman yang ada memberi aku keyakinan, meja kreatif perlu dibentang dan pikiran diajak berbincang ... Disini daya imaginasi menjadi kertas lakarnya.

Tiada lain hanya RADO, model klasik ini masih berupaya pancutkan bisanya ke mata... errr

Hebatnya, barang lama ni masih mampu beraksi! Nak tau apa rahsianya maka aku  kepak belakang...

Tu dia... kuning macam isi durian tembaga! Nak aje aku buka sentiasa enjinnya untuk menikmati irama gerak nadinya ini.

Meeting selesai jam 8.30 malam bos bagi tau aku lakaran aku untuk page one diterima. Bermakna aku hanya ada 1 jam 30 minit untuk siapkan lakaran lengkap untuk page one esok. Dalam ruang masa yang kecil itu apa yang aku ukur adalah apakah teknik yang pantas dan sesuai, sia-sia aje jika lukisan cantik tapi siap diluar tempoh masanya dan begitu juga sebaliknya. 

Spesis 'ROLEX' yang sangat popular di pantai timur yang dulu kurang aku gemar memakainya...

Tapi kini lain pula, mungkin itu petanda perubahan usia aku yang memberi kesan.

Case back gambar kuda laut, bukan jentik-jentik nyamuk ye...

Best, date warna merah.

Yang paling istimewanya SAUH di tengah cermin masih jelas kelihatan.

Aku lebih bersedia memakaikan tangan dengan jam-jam vintaj yang sikit lusuh sesuai pada usianya, tapi tak terlalu lusuh seolah-olah jam berusia melebihi usia sepatutnya. 


RADO nama paling utuh dikalangan jam-jam lama!

Akhirnya siap, teknik lakaran tangan lebih cepat dan mudah diterima. Ia memberika daya imaginasi yang tinggi pada pembaca berbanding gambar foto (hiasan). Sebuah 'lakaran hidup' yang memberikan pengaruh emosi sebagaimana mendengar detikan jam RADO ditengah malam sunyi...tic-tac-tic-tac tic-tac-tic-tac tic-tac-tic-tac...

..detikan yang menghidupkan kenangan..