Saturday, December 31, 2011

Itik mati lemas? pernah korang dengar berita pelik tu?...

Sebelum itu...
Tadi aku sempat hantar SMS kepada Tuan Syed Mohri menjemput beliau datang makan kenduri (sembang2) di Restoran Alfa Maju, Puchong Permai. Tuan Syed (TS) memang suka melawak. Elok pun jumpa sana kerana kebetulan aku bawa baju-baju-T h4u yang yang ditempahnya, jadi boleh serah disana aje...
Aku: Jom mlm ni jam 12.30 bersengkang mata bersama staffid di puchong permata!
TS: Puchong permata ok...
Aku: Datang nnti pakai seluar je, baju x payah pakai...sbb 3 psg baju (h4u) dah sya bawakan hehe...
TS: aku dtg telanjang boleh?
Aku: Boleh! cuma katup muka je...segan org kenal nnti hehe.
 
Aku tak tau apa punca nak melukis idea ini tiba-tiba menyerang. Mesej yang sangat jelas buat manusia yang dicipta 'serba sempurna'. Walaupun dah tersiar hampir setahun tapi mesejnya sangat mengujakan aku sendiri. Aku rasa korang tentu dapat menafsirkannya...


Friday, December 30, 2011

Lembaran 2012 dengan T-shirt H4U super limited edition!

Rocker terkenal Ali juga grafik artist Star iPad bergaya dan beraya dengan t-shirt H4U '2001 special edition in appreciation to h4u members'
Sebelum itu aku ucapkan tahniah kepada krew Star iPad kerana merangkul Gold Award sebagai Pemenang dalam 'Asian Digital Media Awards 2011' yang berlangsung di Hong Kong bulan lepas, tabeekkk!

2 versi hitam dan hijau, manakala yang coklat versi memenuhi 'kuota'.

Memang serammm, ada 'lampu' bahagian depan t-shirt

Untuk keselamatan belakang ada 'lampu brek ke-3'...Haha nampaknya baju ni tak selamat dipakai ketika operasi khlawat  la..

T-shirt yang direka khas untuk para peminat jam serata dunia tapi hanya ujud 101 helai sahaja dimuka bumi.


Kepada seluruh warga H4U aku ucapkan Selamat menyambut 2012!

Wednesday, December 28, 2011

BESI BERTUKAR MENJADI EMAS...

Tak banyak jenama yang lama disimpan boleh menjadi emas, makin lama semakin berharga. Bertuahlah sesiapa yang berkesempatan memilikinya sebelum model-model itu berubah nasib menjadi buruan, pujaan dan pujian ramai para penternak.

Contohnya Tudor Oyster Prince ini. Milik seorang kawan yang layak disimpan bersama barang kemas berharga yang lain, bahkan kalau isterinya terlupa memakai perhiasan gelang emasnya ketika keluar ke majlis kenduri kawin maka kawan tu sarungkan aje Tudor ni ditangan isterinya sebagai ganti... haha

Patina jelas pada marker indeknya, jarum mungkin dah bikin lain.

Tiada kilauan berharga dibelakangnya, cuma perkataan ROLEX yang megah menjadikan perasaan syahdu melihatnya, mungkin ramai juga yang allergic dengan perkataan itu hehe...

Sudut  pemandangan yang sangat cantik, mata aku suka bersiar-siar di sini.


Ada yang bertanya berapa harga market jam ini, tapi harus di ingat bahawa Nilai jam-jam sebegini tidak harus dilihat pada harga jualan/beliannya. Tinggi atau rendah maskawinnya bukan nilai sebenar isteri tercinta...betul tak? 

Saturday, December 24, 2011

Kebiruan yang merehatkan....

Biru mengambarkan keluasan lautan dan juga angkasa raya. Biru juga menyatakan dalamnya perasaan yang karam dilautan cinta...

...iaitulah cinta pada lautan harulogi yang tak berkesudahan.

Keindahan Vostok dualtime ini melupakan aku kerungsingan dunia barang seketika...  

Dua laras crownnya mengingatkan model-model GMT era 70-an, tampak gagah.

Aduhhh... hati tambah nyaman bila dipaut ke pergelangan tangan.

Sudut ini pemandangan sangat cantik! Dial tersangat kemas dengan gabungan biru dan kelabu st.steel. 

Enjin yang tak payah dipersoalkan kejujurannya menghitung masa.

Kalau tengok gambar pun perut dah senak apatah lagi kalau dapat tangan menyentuhnya dan merasai seni binaannya.

Inner bezel membuat permukaan jam kelihatan luas.

32 jewels... fuhh!

Fikirkan berapa harga jam ini kalau ia kelahiran SWISS?

Tentunya Vostok ini mampu menambah seri koleksi korang...

Thursday, December 22, 2011

CITIZEN ALIEN...

Tapi para peminat jam lama memang degil! Buruk, kulat, panau atau kerepot tetap melempias nafsu serakahnya haha...

Dalam dunia digital yang semakin canggih model ini kelihatan 'semakin pelik' sekarang...

Ini Citizen digital yang mengujakan kenangan 70/80-an. Push button berwarna merah dan biru ..

Muka skrin ringkas, terasa macam mengadap TV hitam/putih. 

Jam digital dah tahap klasik, kini masih terus memberikan pandangan yang tak urang hebat.

Koma dan tak bertenaga ...

...darah kurang gula agaknya, kena masuk bateri nih...

Biarpun koma 'gelang besi' ni boleh dipakai begitu aje sebagaimana orang rumah kita memakai gelang perhiasan ditangan hehe, apa nak heran?

Terimakasih Mr. Gan!!! Koleksi member you ni memang hebat!

Monday, December 19, 2011

Tempahan T-SHIRT h4u ditutup secara rasminya...

Terimakasih para penternak serata Malaysia juga sebilangan dari Jordan, Mesir dan Indonesia yang bersusah menghubungi aku untuk mendapatkan T-shirt h4u 2011 limited edition.
Peringkat awal aku hanya mencetak 50 helai sahaja dan tempoh tempahan dibuka bermula 10hb sehingga 20hb Dec, Alhamdulillah dalam 3 hari 50 helai dah ada bakal pemiliknya, lagipun aku terpaksa tutup tarikh tempahan lebih awal kerana risau kesibukan luar biasa hujung tahun. Memang pun,  banyak bomoh cetak yang dihubungi tak dapat menyiapkan sebelum tahun baru 2012 ... Aduh, terpaksalah cari bomoh lain supaya para penternak dapat berdemo sakan sebelum masuk tahun baru. Insyallah 27hb t-shirt pertama akan muncul di sini...

Ishhh, kenapa ada coklat pulak?

50 helai T-shirt berwarna hitam dan hijau dicetak, Ada 20 penternak membeli 1 set (hitam dan hijau) maka... 20 helai T-shirt versi coklat yang lebih berkhasiat dicetak sekali bagi melengkapkan 'kuota'.

Edisi ini hanya ditawarkan pada para penternak yang menempah 1set (hitam dan hijau) kerana aku tau mereka ini bukan setakat kumpul jam bahkan apa saja yang berkaitan jam dikumpul sama, cuma mereka perlu menambah RM45 lagi. Jika mereka tak mau barulah versi coklat ini dibuka pada kekawan diluar sana dengan harga RM50 termasuk pos.

Salam kekawan semua!

Thursday, December 15, 2011

H4U terus berkembang biak!!!

Biarpun tanpa acara demonstrasi besar-besaran tahun ini tapi H4U (Harulogi for unity) terus menjelajah segenap pelusuk menemukan para penternak jam. 

Mungkin masing-masing mengambil berkat sempena cuti sekolah ni. Aku juga tak ketinggalan dijemput bersidang di beberapa tempat, walaupun semua pertemuan itu sekadar minum teh tarik aje.

Semasa dalam perjalan dari Puchong ke Sungai Petani aku sempat singgah di Perak bertemu dengan para penternak veteran disana. Lepak sehingga jam 12 pagi di sebuah restoran mamak bersama 4 penternak disana, selesai sebiji pisang dan sepinggan mee goreng beberapa ternakan mula beraksi atas meja, tak beberapa banyak tapi kami bersembang rancak! 

Walaupun letih memandu lebih 300km tapi sorakan orang ramai disekeliling buat aku teruja dan terharu err... (sorakan orang ramai disekeliling meja kami yang sedang saksikan perlawanan bola Liga Perdana Inggeris di TV besar restoran laa... )

Alhamdulillah, selesai pertemuan aku selamat sampai ke destinasi jam 1 pagi melalui 20km jalan estate getah yang sunyi sepi. Dengan bertemankan 'tangkal' jepun ini rasa seram aku lenyap dalam kelalaian memandangnya ketika memegang setereng kereta haha. (In gaambar diambil ketika siang ye)

Setahun lebih aku  perap dipeti kerana perasaan jemu dah cecah tahap 4, tapi semalam sebaik terpandang di celah peti kasih terpaut kembali... 2 hari aku pakai menemani kemana aje aku pergi.

Tu laa... kalau tak mau di hurung jemu janganlah hanya layan seketul hari-hari, tukar-tukar le ikut giliran dengan koleksi lain jika ada...Kalau lain jam pun tak simpan belilah strap lebih untuk ditukar-tukar seminggu sekali supaya mata sentiasa segar memandangnya.

Seiko Bullhead! Memberikan keunikan gaya ketika memakainya! 
Selamat bersidang pada rakan-rakan h4u di serata tempat sempena cuti sekolah ini!.

Tuesday, December 13, 2011

GLOW IN THE DARK!

Semua t-shirt edisi 2011 (hitam dan hijau) yg menggunakan dakwat putih adalah jenis 'luminus' yg bercahaya- glow in the dark! Terang lagi bersuluh

Mungkin lebih super dari super luminova Seiko Monster haha!
Dimana-mana manusia berlonggok, diutara atau selatan, dibarat atau timur dunia kerana minat jam maka disitu ada H4U!

 Memandangkan tempahan hampir mencecah 50 helai maka mungkin aku terpaksa menutup tempahan lebih awal dari tarikh 20hb Dec ni, jadi insyallah boleh kita pakai sebelum tahun 2011 menutup tirainya... HIDUP H4U!

Saturday, December 10, 2011

T-SHIRT h4u SPECIAL EDITION 2011!

Salam hormat para penternak h4u (harulogi for unity). Tahun ini sedih buat kita kerana tak berkesempatan mengulangi detik manis perhimpunan HOROLOGY FOR UNITY (h4u) seperti tahun lepas yang diwarnai dengan berbagai koleksi penternak serata Malaysia.... Uihh manisnya kenangan itu. 

Aku juga terasa tahun ini agak sunyi tanpa h4u jadi atas inisiatif sendiri aku meluangkan sedikit masa meerka design T-shirt h4u dengan tema '2011 special edition in appreciation to h4u members' yang juga sebagai memahat tanggal 4hb Disember 2010 sebagai 1st anniversary h4u. 

Dengan kesibukan kerja hujung tahun agak pening juga nak memikirkan design konsep terbaru h4u kali ini , tapi setelah di edit beberapa kali inilah hasilnya...

2011 special edition in appreciation to h4u members!

GRAFIK A : Sesuai dengan menetera slogan 'horologi for unity' (kelabu) maka aku letak jam tangan (putih) sebagai simbol utama, dimana strap/tali jam itu umpama dua tangannya yang memeluk dan menyatukan para penternak berbagai rasa dan desa. 

GRAFIK B: h4u (horology for unity) (kelabu)  dengan angka '4' direka mirip 2 jarum utama jam, memandangkan perkataan 'h4u' dah laris diserata dunia maka aku jadikan ia objek utama di sini.  Manakala bulatan separuh (dial jam) dengan mark indeks jam yang klasik dengan perkataan '2011 special edition in appreciation to h4u members ' didalamnya, dibawahnya logo pertama/tetap h4u berupa jam dan slogannya menjadi simbol h4u sampai bila-bila.

Apa warna t-shirt h4u 2011?

Mengambil warna asas sebuah jam klasik (s.steel/kelabu-hitam-putih) maka untuk t-shirt hitam...

T-SHIRT HITAM: GRAFIK A/B dengan dua warna iaitu kelabu dan putih istimewa (glow in the dark-bercahaya dalam gelap). Sangat garang di waktu malam maupun siang.

Aku tahu, ramai penternak selesa dengan imej lasak maka...

 T-SHIRT HIJAU MILITARY: GRAFIK A dan B dengan dua warna iaitu hitam dan putih istimewa (glow in the dark). Sesuai digayakan bersama jam tangan lama. Jadi dua t-shirt ini mudah-mudahan menjadi kenangan h4u sepanjang 2011 yang tak kurang rancaknya.

Memandangkan kesibukan dan kesulitan lumrah hujung tahun maka edisi khas h4u ini dicetak 50 helai aje (25 hitam + 25 hijau), mudah aku nak urus saiz dan penghantaran haha.

WARNA: Hitam (25 helai) dan hijau (25 helai)
ZAIZ: XL, L, M, S
HARGA (termasuk pos):  RM50 sehelai. dan RM100 sepasang (hitam dan hijau).
CARA TEMPAHAN: Kawan yang SUDAH BUAT BAYARAN PENUH  SAHAJA boleh terus hantarkan sms ke 012 3939 084 dengan taipkan: WARNA /SAIZ/JUMLAH dan ALAMA.T POS. (Maaf banyak2, ini nak mengelakan kecelaruan urusan yang mungkin).
TARIKH AKHIR TEMPAHAN: 20hb DISEMBAR atau sehingga 50 helai habis (tertakluk pada mana dulu).

Friday, December 9, 2011

HOTSHOTS!

Polis dengan topi besi.. mungkin ada yang tak pernah tahu haha...

Gambar tahun 1981 operasi memburu banduan yang terlepas dari Penjara Penang antara gambar-gambar menarik yang terkandung dalam...

HOTSHOTS, iaitu edisi khas sempena 40 tahun usia akhbar The Star. Di dalam terkandung beberapa gambar dan catatan menarik serta sedikit tentang sejarah akhbar The Star.

Antara yang termuat gambar Tunku Abdul Rahman Putera 1972, Al-Marhum pengerusi pertama juga penulis dalam akhbar The Star sehinggakan perkataan STAR di ambil dari nama beliau 'Suara Tunku Abdul Rahman'?

Gambar 1978, Perdana Menteri ke-3, kala ini aku berusia 10 tahun... jam apa Tun pakai? Sebagai penternak jam itu hal penting kita kena ambil tau haha.

Kes pembunuhan dan perbicaraan Canny Ong's dimana aku terpaksa kerap berulang ke makamah tinggi Shah Alam melakar situasi perbicaraan. Bukan itu aje, bahkan dalam  kejadian kemalangan tragis aku kadangkala terpaksa turun padang untuk kerja-kerja info-grafik juga.

Banyak lagi gambar-gambar hangat yang terkandung didalam Hotshots termasuk liputan pemburuan dan penangkapan  gangster terkenal 'Botak Chin'  1970-an. Aku 'kenal' dia 5 tahun kemudian setelah rumah ada TV dan bapak aku pula rajin bawa pulang akhbar jawi Utusan Zaman. 

Botak Chin dipenjara selama 5 tahun sebelum mati digantung 1981, menurut warden penjara tiap pagi apabila siaran radio RTM memulakan siarannya dengan lagu 'Negaraku'  beliau akan berdiri hormat seorang diri, hiba aku...

Sukan berbasikal, tengok topi dan basikal  1989...kira vintaj ni haha...

Aksi kumpulan pemuzik rocks tahun 80-an yang rancak membingitkan dunia hiburan, etah berapa ribu kumpulan rocks yang tumbuh dikala itu, semua lagu-lagu gorengan mereka masih rancak sampai kini... antara yang aku minati Wings, Search, Kembara (M.Nasir), Alleycats, Headwinds... Ella & The Boys aku kurang minat, sebab aku tak boleh dengar suara perempuan diserakkan kerana rocks haha.

Piala Merdeka 1976 Malaysia menyungkurkan Jepun 2-0. Ketika itu Jepun, Korea maupun Brazil kecut berdepan Harimau Malaya. Masa tu juga suratkhabar lama di ikat dengan getah skerap bulat-bulat kemudian ditendang buat bola haha, tiap petang kawan-kawan kampung main bola kat kebun getah.

Menarik gambar ni... teringat ketika aku terjun parit kecik-kecik dulu, time hujan je kawan-kawan panggil ajak main bola dan mandi parit.

Juga terkandung didalam sejarah 'Editorial Artist', seksyen penting dalam kerja-kerja grafik suratkhabar, disinilah tempat aku betapa selama 18 tahun! Antara yang dipaparkan ialah lakaran aku tu yang dihasilkan menggunakan cara tradisional haha... kenapa?

Pada 1970-80 an, seksyen grafik menggunakan 'cow' gum, cutter, pensil warna, marker warna, water colour, pen dakwat celup untuk kerja-kerja lukisan/grafik dan layout. Awal 90-an aku joint benda-benda itu masih digunakan kerana dikala itu aku tak percaya komputer boleh buat kerja tu semua hehe.

Tapi hari ini semua itu dah pupus, bahkan tangan tak dikotori lagi dengan 'cow gum' sehinggakan terasa macam baru selesai menoreh getah selepas membuat kerja-kerja 'cut n paste'. hari ini setiap pereka grafik berdepan dengan satu PC, mereka mesti kuasai 3 software penting didalamnya. Tapi skill individu/kreativiti masih menjadi bakat utama sebelum menyentuh 'mouse'nya.

Tersiar pada Nov 1997, 2 tahun setelah aku joint The Star. Ketika itu aku mewarna lukisan ini menggunakan Photoshop- Apple Macintosh. Strok bebas seperti ini di gelar 'lukisan kreatif' .. Kenapa? 

Kerana kita dikerah memnghasilkan idea yang menarik dengan ruang masa yang terhad, jadi kreativiti masa dan teknik menjadi keutamaan. 'Mahal' manapun lukisan yang dihasilkan ia mudah jadi 'murah' di kertas suratkabar, apa taknya...seminit selepas dibaca ia menghiasi bungkusan nasik lemak diwarung pula... Tapi itu tidak bermakna kualiti dan standard karya diabaikan...